July 08, 2005

MINGGU KEMALANGAN MALAYSIA



1 Julai
Murid dirempuh terus raptai


KEPALA BATAS:
Murid Sekolah Kebangsaan Kepala Batas (SKKB) di Taman Seri Serdang di sini, yang trauma selepas seorang lelaki melanggar sekumpulan rakan mereka, meneruskan raptai kali kedua untuk majlis penyampaian hadiah sekolah itu.

Guru Besar SKKB, Abdul Latiff Saidin, berkata raptai itu adalah kali kedua, selepas raptai percubaan pada hari kejadian berakhir dengan tragedi murid dirempuh kereta.

2 Julai
Pemuda laung kalimah sekuat hati sebelum nahas

DUNGUN:
“Saya melaungkan kalimah Allah sekuat hati sebaik melihat sebuah kereta tiba-tiba meluru masuk ke laluan saya,” kata pemandu bas Rosmazi Abdul Ghani, 38, menceritakan detik cemas selepas bas itu berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 72.6 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Kampung Pulau Serai, di sini, petang semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.40 petang itu, kereta yang dipandu, Mohd Shafie Abdullah, 60, seorang kakitangan istana di Batu Buruk, Kuala Terengganu bertembung dengan bas berkenaan.Berikutan kejadian itu Mohd Shafie cedera parah di paha kanan, manakala isterinya, Wook Said, 60, dan cucu mereka, Siti Syahirah Rasol, sembilan bulan tidak mengalami sebarang kecederaan. Dua puluh lima penumpang bas itu juga terselamat.

3 Julai
Mati dirempuh kereta terbabas

KOTA BHARU -
Seorang kerani maut dirempuh sebuah kereta yang terbabas dipercayai ketika sedang berlumba dengan sebuah kereta lain di Jalan Kuala Krai di sini, petang semalam.
Dalam kejadian itu, Kua Sew Cheam, 49, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kota Bharu kerana cedera parah setelah melambung kira-kira dua meter akibat dirempuh pada bahagian kaki.

4 Julai
Isteri mati dilanggar depan mata suami

KUANTAN -
Seorang suami terpaksa melalui pengalaman pahit menyaksikan sendiri isterinya maut di depan matanya setelah dilanggar sebuah kereta di Jalan Stadium, di sini hari ini.
Lebih menyayat hati, Md. Nasir Mamat, 52, tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan isterinya, Kamsiah Anuar, 54, sebaliknya hanya mampu mendengar jeritan isterinya ketika dilanggar.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi sewaktu dia dan isterinya baru pulang dari pasar tani berhampiran Stadium Darul Makmur.
Menurut Md. Nasir, isterinya ketika itu sedang berjalan di bahu jalan dan cuba melintas jalan apabila secara tiba-tiba dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta.


5 Julai
Misteri RM1 juta lesap - Lori rempuh van perisai, dua pengawal syarikat keselamatan maut

BALING-
VAN syarikat kawalan keselamatan yang remuk setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Raya Kulim-Baling dekat Kampung Bagan Sena, Sungai Karangan, Baling, semalam. Belum dipasti sama ada kemalangan ini disengajakan atau tidak. Dua pengawal keselamatan mati, dua lagi cedera dan wang tunai RM1 juta lesap.



Ibu saksi anak maut dirempuh

PASIR PUTEH
`Allah anakku... Acik!'' jerit seorang ibu hamil lima bulan Norma Jaafar, 28, cemas melihat anaknya melintas jalan menerpa ke arahnya sambil anak matanya menyaksikan sebuah kereta putih memecut laju.

Lebih menyayat hati apabila ibu malang itu terpaksa memapah tubuh anaknya yang berlumuran darah dan cedera teruk, memasukkannya ke dalam kereta, kemudian memandu sejauh kira-kira 500 meter bagi mendapatkan pertolongan kerana tiada yang sudi membantu.

6 Julai
Lelaki maut berpaut cuba halang kereta dicuri



TUMPAT
Seorang pembantu kedai maut apabila melompat ke atas cermin hadapan keretanya dalam usaha menyelamatkan kenderaannya itu daripada dilarikan oleh seorang lelaki di Kampung Bendang Keriang di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Ibrahim Mohd. Noor, 31, bertindak nekad dengan melompat ke atas cermin hadapan kereta Proton Iswara Aeroback ketika ia bergerak laju.

7 Julai

Empat maut dirempuh bas ekspres di Baling

BALING
Kegembiraan lima orang dari satu keluarga selepas menziarah saudara sepupu mereka yang lama tidak dikunjungi berakhir dengan tragedi apabila empat daripada mereka yang menaiki sebuah kereta terbunuh dalam kemalangan dengan bas ekspres di persimpangan Lebuh Raya Baling-Kulim, dekat Kuala Pegang di sini petang ini.



Anekdot,
7 hari penuh tragedi kemalangan, berapa kerugian yang di catat?
RM1 Juta menjadi terlalu besar jika di banding dengan dua nyawa pengawal yang terkorban di Baling...(?)

7 comments:

Anonymous said...

deanz..
do u mean it?'RM 1Juta menjadi TERLALU BESAR jika dibanding dengan dua nyawa pengawal .??
or it supposed 2 be 'RM1Juta menjadi TERLALU KECIL jika dibanding dengan dua nyawa pengawal'...?

-Masy-

Deanz said...

Masy,
tq atas teguran. Yes! i mean it. "RM1 Juta menjadi terlalu besar jika di banding dengan dua nyawa pengawal yang terkorban di Baling...(?)" kerana rata-rata media menghighlite isu kehilangan RM1 Juta tanpa menghiraukan kehilagan 2 nyawa yg diberi tanggungjawab besar membawa amanah keselamatan Rm1 Juta.

Setelah ada teguran di akhbar barulah nampak family 2 orang pengawal di siar di stesyen tv.

Adakah saya menjawab soalan anda? :)

mayameera said...

deanz.. nampaknya dunia hari ini nyawa manusia tidak lagi bernilai. Ibaratnya nyawa kucing2 yg dilanggar dan terbiar di lenyek di tengah jalan.

dunia hari ini lebih mementingkan kebendaan.

hmmmmmmmmmmmmmmmmmm

www.AlidSorento.com said...

Tak tau apa nak kata dah.
Hari hari kemalangan maut.
Hari hari yang maut tu orang 'kita'.
Yang melanggarnya pulak orang 'dia'

Korang perasan tak, cara ni sama macam cara Yahudi, penghapusan etnik secara halus, membunuh satu-satu kaum tanpa diberi hukuman yang setimpal.

Ala Yahudi kan suka bom orang Palestine, pastu declare tersilap, padahal dah berpuluh nyawa melayang.

Orang 'dia' tu pun macam tulah, sesaja langgar orang saampai mati, pastu kena penjara lebih kurang 3-4 tahun. Pastu keluar pastu langgar orang lagi.

Cuba korang tengok di Penang tu, sapa yang cuba nak membunuh anak-anak kita? Orang dia kan?

Orang atas-atas tak nampak ke? tak guna otak ke? tak guna aqal ke?

Sibuk mengumpul harta sendiri, anak sendiri kena buli, kena bunuh pun tak sedar.

Subhanallah.

Deanz said...

Ya..betul tu Lid, kadang-kadang kita perlu berfikir begitu & mungkin juga depa boleh claim insurance riban-riban, buat lagi dan calim lagi dan lagi....

lady said...

askum deanz...
sebak tak terkata bila baca semula tragedi kemalangan berterusan yg berlaku..bagai diatur2..anak hilang ibu/bapa..suami hilang isteri..ibubapa hilang anak..
Adakalanya bila kita berhati2 memandu..yg lain pulak jd penyebab trjadinya sesuatu tragedi..alangkah murahnyer harga sebuah nyawa...naudzubillah...

Shadow Master said...

hye
menarik la post ni
sbrnya saye pun xcdent gak..tp sblum julai la..
25jun..hmpir2 julai gak tu..hahaha
myb tu smua dah ditakdirkan..nk buat mcm ne..
so yg masih hidup ni,sedekahkan je la fatihah kat yg dah pergi..
selagi hidup tu,byk2 la amalan baik...ok..!