July 27, 2005

PERIBAHASA

Salam Sejahtera,

Peribahasa adalah ungkapan ringkas dan padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip atau peraturan hidup. Nenek Moyang kita cukup sinonim dengan peribahasa di mana mereka sering dikaitkan dengan penciptaan peribahasa pada zaman dolu-dolu. Peredaran dan perubahan zaman membuatkan generasi millenium kurang ambik pot tentang peribahasa yang tercipta mengikut latar zaman dan masyarakat pada masa itu untuk di jadikan panduan pada masa sekarang. Persoalannya adakah peribahasa masih lagi relevan di era millenium ini?

Mungkin kerana terlalu banyak peribahasa yang dicipta oleh nenek moyang kita, terkadang peribahasa tidak sesuai dengan arus zaman, bahkan saling bertentangan satu dengan lainnya.

Keris sebagai lambang ketuanan, kegemilangan dan kekuatan melayu satu ketika dulu...macam orang Umno lak aku.. :)


Contohnya, peribahasa Biar lambat asal selamat, masyarakat zaman ini mentafsir sebaliknya Biar cepat tapi selamat. Mesejnya, kita harus tangkas memanfaatkan peluang dalam dunia yang semakin pantas ini, apatah lagi peluang selalunya datang hanya sekali !

Jika ditanya kepada Pemburu Chenta ungkapan Takkan lari gunung dikejar juga harus diubah katanya...'gunung zaman sekarang ada kaki' (merujuk kepada girlfriend...hehehehe..) tapi seringkali hajat tak kesampaian kerana Hajat di hati nak peluk gunung, apa daya tangan tak sampai. :-D

Peribahasa Genggam bara api biar sampai jadi arang memang mampu membakar semangat juang darah keperwiraan kita pada saat mempertahankan maruah Agama, bangsa dan negara !Namun di sebalik realitinya, apakah kita benar-benar mampu dan perlu terus menerus maju berjuang tanpa berundur? Pada realitinya, ada saat kita perlu melangkah maju, namun ada pula saat berhenti sejenak, bahkan kalau perlu berundur yang bukan bererti kalah untuk pada suatu ketika yang sesuai kita perlu terus maju dan menang!

Jika difikirkan secara logik, peribahasa Rezeki secupak takkan jadi segantang adakah masih relevan lagi? Bukankah mengumpul rezeki itu juga satu ibadah? tetapi harus juga diimbangi dengan amalan ibadah secara spiritual kepadaNya. Sampai bila kita harus bercupak? Tidak bergantang, berlori, berkontena, bergudang dan seterusnya.....?



Aku...
Ayat biar power, dressing biar slumberrrrr.....! chow dulu...




11 comments:

mayameera said...

hmmmm ada betulnya kata ko tu deanz... tapi hidup kita kena kreatif...

'takkan lari gunung dikejar'.. memanglah kalo dirujuk pada pasangan (bercinta) itu lah yg ko maksudkan, tapi bg aku ialah berkaitan ngan 'jodoh'... kalo dah ditetapkan jodoh kita.. pasti akan kawin gak kita... kecuali jodoh kita tu dah dijemput Allah.

'genggam bara api biar sampai jadi arang' memang org dolu2 tujukan pd perwira kita.. tapi utk hari ini kita gunakan utk pembakar semangat.. sekali kecundang bukan selamanya kecundang.. jgn putus asa.. gitulah maksudnya bg aku...

'rezeki secupak takkan jadi segantang'... kalo ikut tafsiran aku ialah kalo kita setakat dok mengharap rezeki yg secupak tu tanpa berusaha, selamanya ia akan secupak... ini boleh dikatakan kiasan org tua2.. suruh kita berusaha lebih gigih... dah dari secupak kita berusaha dan kumpul lama2 akan jadi segantang...

amacam deanz? setuju tak? ini pendapat peribadi je... hehehehe

amylia7 said...

hahahah.emy gelak sorang2 depan screen pc nie deanz... best kan peribahasa org lama ni. amy minat sgt bab2 nie...

ita... said...

deanz... naper tak nak ulas peribahasa ---> berkwn biar seribu, berkasih biar satu?......

jed1 said...

memang dah tak sesuai peribahasa2 tu...
'biar lambat asal selamat'...kalau selamat sampai opis tapi lambat kena bambu gak ngan boss

'takkan lari gunung dikejar'...sekarang gunung dah gondol utk projek perumahan tak pun buat kondo.

'genggam bara api biar sampai jadi arang'...emmm arang pun dah dijual nak buat bara balik utk bbq

'rezeki secupak takkan jadi segantang'....sekarang dah main kilo, takde dah cupak gantang

hahaha :D

www.AlidSorento.com said...

Ehem... Sungguh pandai anda semua... hari ni tak de komen lah.. saja menyibuk kat sini... ha ha

Deanz said...

Tq semua..Maya , amy, jed, ita & Alid.

Apapun pendapat anda semua, aku tetap respek nenek moyang kita yg berjaya mencipta peribahasa walau mereka tak sekolah tinggi tapi cukup kreatif menggunakan perlambangan & bole dijadikan pedoman walau tidak setaraf Hadis or Quran.

Masy said...

sape tau ape maksud 'melukut'?
ape ek mende tu?binatang ke?ampas padi ke?sape tau sila jawab...time kasih!

Deanz said...

Masy,

A.melukut -pecahan beras yg halus-halus, hujung beras, menir;

(Peribahasa spt melukut di tepi gantang)

a) tidak dapat menolong sebab dirinya sendiri susah;

b) seseorang yg dipandang ringan oleh orang lain sebab tiada berkuasa; lukut.

B.melukut

1. sejenis tumbuhan (pokok renek), cemperai dadis, lelimbu, lemak beruk, lemputih paya, mata itik, mata kerling, merembung jantan, pokok kekang, pulai, Urophyllum glabrum;

2. = akar ~Trichosporum lampongum

Di rujuk dari Kamus Dewan.

Satu lagi Lukut..kampung u... ;D

Masy said...

tq...~
kampung i kat melaka la..mana ade tmpt nama Lukut...tembak x kene..hehehe

lady said...

askum deanz...yg saya suka tengok..keris tu..saper punyer tu..berjiwa pendekar org yg memilikinya..tampang gagah perkasa gitu..(keluarga saya buat collection jenis2 senjata yg sebegitu..)

heheh..luar tajuk dah saya ni..

babai..

Anonymous said...

Best regards from NY! Blood pressure pain relievers 2006 toyota highlander Cellulite herbal treatment 2001 isuzu body parts 88 toyota supra window switch Bowmanville car rentals 2002 toyota tacoma pre runner power charge 1985-1995 honda civic Prescription medications weight loss pill Fuzzy pink seat covers Sample invitations for wedding anniversary Mack model l service manual tennis courts diagram http://www.toyota-tundra-4.info/toyota_corolla.html Acura rsx type s supercharger toyota santana King extrusions everett washington phone number