July 05, 2005

KELAB PENGGEMAR DURIAN

Salam Sejahtera,

Musim durian tiba lagi. Raja buah ini mula menguasai pasaran tempatan buah-buahan Malaysia. Dulu, kedatangan musim durian amat ditunggu-tunggu oleh penggemarnya. Tetapi kini kehadiran durian terutama di ibu negara seperti tidak bermusim lagi.

Durian tidak lagi menjadi buah elit seperti satu masa dulu. Ia mudah didapati dimana-mana sahaja. Dari pasaraya besar, gerai tepi jalan sehingga gerai-gerai segera di depan rumah atau di pinggir dusun...semuanya fresh dan mudah dinikmati. Harga bukan lagi satu halangan ianya murah, berpatutan dan berbaloi membelinya!

Gerai-gerai payung di tepi jalan kadang-kadang boleh mendatangkan kekeliruan kepada kita untuk membezakan yang mana satu gerai durian dan yang mana satu payung speed trap polis ! ha ha ha...
peeeeergh! ...terliur...lebih enak dimakan begitu saja! ...nyum....nyum...

Baru-baru ini, Kelab Penggemar Durian (Durian Enthusiast Fan Club - DEFC) telah ditubuhkan. Kelab ini bertujuan utk menggalakkan penggemar raja buah ini bertukar pendapat sekaligus memahami lebih mendalam berkenaan durian. Ia juga bertujuan menggalakkan penanam durian mengekalkan dan meningkatkan lagi hasil tanaman mereka.


Bagi aku ini satu pengiktirafan bagi gologan tani dan buah-buahan tempatan negara kita. Tahniah!


Seperkara lagi, Untuk mendapatkan durian yang baik dalam satu longgokan durian memerlukan kemahiran yang tinggi untuk berbuat demikian. Kebanyakan peraih yang biasa membeli durian daripada pekebun mempunyai kemahiran ini. Menurutnya, kebanyakan buah yang ditebuk tupai adalah buah yang lazat dan berkualiti.

7 comments:

ita... said...

deanz... cuber arrr g Segamat, Johor, ada replika buah durian yg lebih besar dari pic kat bawah tu... segamat memang trkenal ngan buah duriannya........

jed1 said...

Makan durian boleh masuk fear-factor ni deanz :D

Deanz said...

ita & Jed,
Jom joint Club Durian... :D

www.AlidSorento.com said...

Ni yang lemah ni
kalau cerita pasal durian
sebab saya tak boleh makan durian
banyak-banyak
nanti pening (drowsy)

dan satu lagi memang setuju
kalau di jadikan
bahan makanan dalam Fear Factor he
he he baru depa tau.

amylia7 said...

deanz.. malam tadi baru makan durian kat serdang. rm10 4 biji. sedapnyaaaa....

Deanz said...

Lid,
Aku tau ko kalau sate sampai ke lidi ko tak tinggal..durian memang ko tolak...hahahaha...!

Amy,
Patut le sendawa bau durian... ;)

Anonymous said...

This is very interesting site... »