August 05, 2005

AF OH AF!

Salam sejahtera,

Berikut adalah petikan asal dari pendapat peribadi aku mengenai AF di dalam Forum SIM :

Pagi ini apabila saya menyemak email, saya menerima email dari moderator SIM (merujuk kpd forum 'Akademi Fantasia Tersasar Jauh' -AFTJ). Seringkali saya melayari Sim tetapi terus terang saya katakan saya tidak pernah pun mengklik kepada tajuk AFTJ dan hari ini saya tertarik utk memberi sedikit komen.




Kalau ada yang mencadangkan untuk menubuhkan Kelab Anti AF aku orang pertama yang akan menyokongnya. Aku juga tidak mengikuti perkembangan AF secara detail..Cuma yg aku tau Mawi cukup popular bukan sahaja diperkatakan oleh para peminat fanatiknya tetapi juga oleh cendikiawan dan Umno juga khabarnya berminat setelah saya membaca beberapa akhbar tempatan. Baru -baru ini seorang rakan menelefon saya dar JB nak turun KL hujung minggu ni semata-mata hendak menonton AF secara langsung dan aku menjawab aku bukan fanatik AF! Maaf la kalau aku agak songsang dlam hal ini.

Saya hairan mengapa program realiti bersifat hiburan seperti itu mendapat sambutan hangat masyarakat Melayu berbanding hal-hal bersifat pengetahuan dan informasi. Program seumpama itu sepatutnya diterima sebagai hiburan semata-mata dan bukan sebagai perkara utama dalam kehidupan sehingga menjadi agenda utama dlm rutin harian makan, tidur, berak ,makan , mandi, kerja semua nya ...AF!

Tetapi apa yang dapat dilihat, ia sudah lari daripada landasan kesederhanaan dan tiada keseimbangan yang sepatutnya menunjangi kehidupan kita yang berdepan dengan banyak misi besar yang belum selesai. Hiburan popular yang entah kemana hala tujunya nampaknya lebih kuat mempengaruhi masyarakat kita..

Dalam akhbar hari ini pun TPM memperkatakan hal ini..aku belum sempat baca sepenuhnya..Fikirkanlah....


Pendapat ini adalah dari aliran pemikiran aku sendiri dan tidak bertujuan mempengaruhi sesiapa pun terutama peminat AF @ Mawi....Sori erk semua..mohon ampuuunn!! Khabarnya AF akan berakhir hujung minggu ni. Sekian.

15 comments:

Anonymous said...

betulla..kekadang tu x phm..ape yg hebat sgt AF tu,ade ubuh kas-kas ke?smpi smyg ntah ke mana...bdk2 skrg klu psl mender2 ni memang laju je...
AF=kas-kas??

ChelsyB said...

Akademi fantasia atau originally is Fame Academy diUK....atau lebih dikenali disini sebagai Flopped academy!!!...tapi meriah diMsia.It juz another reality TV show yang menguntungkan orang2 tertentu..khasnya the phone provider yg involved...buktinya pemenang fame academy diUK lepas beberapa bulan terus lenyap habuk pun xdengar...but then again disana Noush xpastilah sejauh mana kemasyuran pemenang2 AF tu.....

Anonymous said...

aku setuju ngan hang deanz.ape ke pekdahnya yang diorangdapat dari af ni.sanggup tutn kl semara-mata nak tgk af.aduhh bnyk lagi benda yg berfaedah.mengulas isu ni tpm pun naik risau dgn senario program realiti yg makin menjadi2.ermmm kal otak dibenteras dari awal payah ni.leka dgn hiburan semata-mata

Noushy Syah said...

so..wazzup?Who's the winner???

Anonymous said...

hurmz.. ntah pape ntah af tu..

Anonymous said...

n d winner is..................
MAWI!!
tepok2...

Semut Api said...

Tq Noush, buncis, zpah & Masy..

Ya..seperti yg di jangka Mawi akan menang. Menurut laporan akhbar semlm beliau bukan sahaja menang wang tunai dan kereta, malahan Mawi akan melancong ke London & Paris..

Noush, kalau u nak jumpa Mawi di London ..boleh la... :D

noorlara said...

Deanz ni lah petanda dunia dah dekat akhir zaman, org yg membawa kepada kelalaian disanjung bagai nak rak sampai tinggal semayang magrib utk tonton Af sedangkan ulama di pandang serung, tak fahammm sungguh

noorlara - tak ada Astro pun kat umah

Anonymous said...

a'kum...
ija rasa penerimaan ttg rancangan realiti tv tu semua bergantung pada individu itu sendiri..
kalau org tu pandang dari sudut yg -ve maka -ve la hasilnya... kalau org tu pandang dari sudut +ve maka +ve jugak la hasilnya..
Realiti TV adalah satu agenda hiburan tanahair kita... kalau tak suka pada hiburan...senang je tak yah tengok + ambik tau langsung rancangan hiburan... kalau hiburan kita jadikan hanya sekadar hiburan maka hiburan jer la jadinya tapi kalau dah terlampau fanatik lain la jadinya...

Anonymous said...

askum ..saya melihat af hanya dari sudut hiburan..takat maner ianya dpt pengaruhi setiap individu..terpulanglah pada individu tersebut.
setiap sesaorg punya definasi sendiri terhdp apa saja rancangan
tv atau lain2nya..adakalanya baik pd mereka tak baik pula pd kita dn sebaliknya..
Adalah lebih baik kita bersederhana dalam persoalan yg sebegini..wallahuallam..

Semut Api said...

Noor, ija & Lady,

kita ambik jalan tengah..tidak terlalu agresif atau pun pasif.

Noushy Syah said...

emmm...MR Mawi....is he gonna be in a show in UK or juz for touring?Cool to meet Msian bloke i guess!!!Any specific date??hhehehe

Semut Api said...

No, just touring la Noush. One of the hadiah kemenanagn dia melancong ke London & Paris..Date kena tanya dia..hehehe

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. »

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP Clomid+cycle+length Telex projectors and dell laptops questions Attorneys involved in bextra litigations georgetown soccer custom soccer cleats