September 15, 2005

ANGKASAWAN & ROTI CANAI

Salam Sejahtera,

Program Angkasawan Pertama Negara untuk menghantar seorang angkasawan Malaysia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2007 bakal menjadi perintis kepada misi angkasawan negara ke bulan. Biarpun ia menelan belanja yang besar kita patut berbangga dengan penglibatan Malaysia dalam program ini. Sekiranya misi pertama itu nanti berjaya, tidak mustahil hasrat untuk melihat rakyat Malaysia menjejak kaki ke bulan akan menjadi realiti.

Peringkat pemilihan calon berkenaan telah dilakukan di Kuantan dengan sebahagian daripada 854 calon yang perlu melalui ujian pertama iaitu Larian Angkasawan dengan menamatkan larian sejauh 3.5 km dalam tempoh 20 minit.


Dalam pada itu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman berkata, angkasawan tempatan yang pertama kali ke angkasa perlu membawa identiti negara.

Rancangan untuk membekalkan angkasawan negara dengan roti canai ketika berada di angkasa yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, akan diteruskan seperti dicadangkan! Betapa Roti Canai akan di naik taraf statusnya hingga ke angkasa lepas boleh dinikmati ..fuh!! Cayalah...

Persoalannya sekarang, apakah identiti negara kita yang boleh dibawa ke angkasa lepas dan di bawa bersama ke bulan serta boleh dinikmati di sana? Sekiranya identiti ini boleh diwakilkan dalam bentuk makanan selain dari roti canai apakah makanan yang sesuai?

Atau mungkin kita boleh fikirkan sesuatu yang lain dan boleh di jadikan identiti negara kepada angkasawan kita. Mungkin juga kita boleh membawa replika sebilah Keris Semenanjung lalu dipacakkan di bulan dan setiap kali bulan mengambang bayang-bayang Keris Semenanjung akan terpancar ke pelusuk dunia. Macam bayang-bayang kelawar dalan cerita Batman!

Apapun tahniah dan syabas kepada Malaysia...okey Chow dulu...

7 comments:

Semut Api said...

Anon,
Stick no bill... :D

Anonymous said...

byk lak anon skrg ni ye..huhuhu..
btw, bile nk ada nasik lemak plk kat sana ekk..mau la berterabur nasik2 sekelian..

Noushy Syah said...

hahhaha...nti kentut busuk kat atas tu mcm mane?????

lady said...

askum deanz...
kebulan bintang dah u ek..roti canai segera banyak dipasaran now..tak ori dah..
u lupa kut deanz..product malaysia dah lama jadi salahsatu barang keperluan dlm penerbangan
ke outerspace..guess wat..?
jawab!!..(nak dera dia..)

Semut Api said...

Masy,
dari bawak nasi..aku rasa elok juga klu kita bawak benih padi..kot2 bole idup.. :D

Noush,
Awas! Kentut di bulan akan menyebabkan cahaya bulan menjadi malap...

Lady,
Betul tu..sy pernah terbaca tapi terlupa..tapi kalau bawak Lady ke bulan aku rasa bertambah banyak pungguk yang angau...

Anonymous said...

askum deanz...cemanerrrr laa ghupernyer pungguk yg angau tu ek..
allooo dear..u kno 'Tang'..
oren tang..serbuk oren tang..
tu laa yg angkasawan tu minum..dan ianya buatan malaysia..
am i rite??..or any else?correct me ok..

Masy said...

oo..Tang tu buatan m'sia ye...hehehhe..x ske minom jadi x tau..
sedapnye orenn....slurrppp..