September 26, 2005

VIVA SELANGOR !


Salam Sejahtera,



Syabas dan tahniah kepada pasukan Selangor! Empat gol daripada tiga rangkaian pemain import memastikan Selangor menjuarai saingan Piala FA 2005 apabila membenam cabaran juara bertahan Perak 4-2 di Stadium Shah Alam, malam semalam.

Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang berkualiti dengan penuh semangat kesukanan. Gegak gempita Stadium Shah Alam dengan sorakan Red Giant Fan Club di sambut dengan pekikan penyokong fanatik pasukan Seladang. Bola tetap bulat dan Selangor tetap menang penuh semangat! Fanatik pulak aku ahaksss!!

Aku yakin pada ketika itu ada orang yg agak terkilan dengan kemenagan Red Giant dengan tumpasnya Perak di bumi Selangor. Apa Khabor Anjung Lara? Tak terkejor ke? :D



"Kami menguasai 15 minit pertama tetapi selepas menjaringkan gol, ada perubahan kerana kami leka dan cuai di bahagian pertahanan. Ia menjadi punca Perak mengambil kesempatan."Namun saya berbangga dengan pemain-pemain yang sekalipun agak kelihatan letih di babak akhir namun dengan disiplin tinggi mereka dapat mengekang setiap asakan Perak," ~Dollah Salleh.




"Kedua-dua pasukan sebenarnya sama kuat. Namun pasukan yang membuat kesilapan dalam final selalunya kalah dan malang sekali ia pasukan Perak. "Tapi saya berbangga juga dengan persembahan pemain-pemain saya yang tidak mengenal putus asa dan mempamerkan bola sepak yang berkualiti di depan 80,000 penonton," ~ Toni Netto.



Di sebalik realitinya, aku sedikit terkilan, lima daripada enam jaringan dalam perlawanan tersebut tidak di jaringkan oleh anak jati Malaysia, mahupun pasukan Perak atau Selangor. Rata-ratanya pemain import menguasai jaringan pada malam itu. Elie Aiboy pula telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Pial FA. Hanya sebelum dua minit perlawanan berakhir, Mohd. Nor Ismail berjaya menjadi wakil tunggal penjaring gol.

Aku berharap benar pertemuan akhir Piala Malaysia pada 1 Oktober ini situasinya akan berubah. Apabila Selangor bertemu Singa Utara (Perlis) hanya satu yang aku harap tidak akan berubah, kemenangan mesti di tangan Red Giant!

Pastinya ini satu hadiah paling berharga buat rakyat Selangor seiring dengan kemajuan negerinya....Selangor maju 2005 ~ Viva..!!



12 comments:

Masy said...

selangor menang, x cuti ke??? ;)

Semut Api said...

Masy,
Tunggu aku jad MB nanti satu Malaysia aku bagi cuti.. :D

Anonymous said...

askum...
selangor rulezzz...
asal menang jer nak cuti..asal menang jer nak cuti..lalings ni nak kena rutan ek..
taksiap ler project kalau asik cuti jer yang oiii..

lady<<<---nak gi stadium nengok bola..saper nak teman..jum..

jed1 said...

ko gi stadium ke deanz? buruk ler padang stadium s.alam tuh...bola bound pun tak sama darjah tak ikut hukum pantulan hehehehe

Semut Api said...

Lady,
Mana de cuti cik Lady oiii...

Haku sedia mengofferkan diri utk menjadi teman ke stadium Bt. Jalil...jom...


Jed,
Ko pernah dengar tak peribahasa 'Kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai tinggi rendah'

Aku rasa ko kena kaji balik peribahasa ni...ahaksss !!

Anonymous said...

deanz... walaupun kelima-lima gol tu dijaringkan oleh awang import tetapi tanpa bantuan awang tempatan, mereka takkan dpt menjaringkan gol. Dalam pasukan selangor, selain bambang & brian, amri yahyah, d.surendran, k.sanbagamaran, shukor adan, khalid, nazzab juga boleh menjaringkan gol.. even elie pun baru menjaringkan 2 gol sepanjang musim.. jgn lupa jaringan amri yahyah di terengganu menjarakkan jurang utk terengganu ke perlawanan akhir piala malaysia..

jgn lupa tandukan gol yg dibuat oleh sanbagamaran hasil sepakan sudut nazzab mencerahkan peluang selangor utk menang piala liga masa lawan n.sembilan di paroi. jgn juga lupa sepakan d.surendran dr luar kotak penalti menambahkan derita n.sembilan sekaligus mematahkan semangat mereka walaupun dah mendahului 2-0.

dlm perlawanan akhir piala FA, khalid boleh saja mencatat nama sbg salah seorang penjaring gol.. namud dia membuka ruang utk elie.. namun sepakan elie melambung melepasi tiang gol... sebelum tu amri & khalid terlepas peluang utk menjaringkan gol.. tinggal lagi telah tersurat yg bola dr kaki awang import yg akan menerjah jaring...

lihat saja akmal rizal.. dia pemain terbaik tetapi kurang mendapat bantuan rakan sepasukan, dia tak dapat menyerlahkan bakat sebenarnya...

wow! panjangnya... sorry deanz... hehehehe...

~BOLASEPAK PERMAINAN BERPASUKAN BUKAN PERMAINAN INDIVIDU~

cenderawasih said...

cerita bab bola ni mmg memboringkan. tak nak komen!

Semut Api said...

Maya,
amboiii...lapuran lengkap nampak..bila nak jadi pengulas sukan wanita pertama negara..ahaksss!

Zal,
Jom main bola jaring.... :D

Anonymous said...

deanz hehehe.....

org memandang sukan bolasepak sbg satu hiburan je...

sebenarnya apabila disebut SUKAN... terlalu banyak manfaatnya..

cuma dunia hari ni sukan yg paling popular diseluruh dunia adalah bolasepak... tu sebab bolasepak bukan setakat sukan je... tetapi satu saluran utk berhibur... sukan lain pun sama... SUKAN juga penyumbang pada pendapatan negara terutama dari segi pelancongan...

2006 PIALA DUNIA wei.... RONALDINHO & BRAZIL akan menunjukkan taring mereka...

Noushy Syah said...

makan bola ..tido bola..kawin pun bola???hehhehe..jgn arrr kawin bola deanz...apa2pun hidup MU!!!

Semut Api said...

...minum coca cola!

Meera Melati said...

deanz... vanilla coke pun sedap... my peberet drink... hehehehe