October 12, 2005

ALLAHYARHAM

Beberapa tahun lalu...

'Hello, assalamualaikum!'

'Waalaikum salam'

'Minta maaf la mengganggu Encik...lagu ni, saya nak tanya sikit pasai pendaftaran syarikat....bla...bla...bla... Maklum la kita ni bukan biasa sangat dengan benda-benda macam nih'

'Ohh pendaftaran syarikat untuk pengagihan ***** tu ke encik? Jangan risau kami sedia membantu. Encik boleh datang untuk mengambil borang, kemudian isi selengkapnya bersama Form 24...bla...bla...bla...then submit semula kepada kita. Sekiranya semua in order kita akan daftarkan terus'

'Bunyi macam senang je encik. Harapan saya begitulah, maklumlah company kecik. Baru nak mula berniaga, manalah tau ada rezeki. Untung sabut timbui, kalau batu yang mai...alamat terlangkup la kita. Meniaga buluh kasap kata orang tu...hahahaha!'

'Tak per encik tak ramai Bumiputera yang berani berkecimpung dalam perniagaan nih. Kita perlu bersaing dengan bangsa lain'

'Wahhh..bersemangat hang cakap nooo...baguih la tu, sekurang-kurangnya saya jadi bersemangat nak meniaga. Tapi ada sikit problem la encik. Saya cukup tak pandai nak buat logo company nih...Buat-buat tak jadi, asyik ubah tang tu...pinda tang ni. Alih-alih bila dah siap saya tengok macam kapla dongga pulak...hahahaa'

'Hahahaha..tak per encik yang penting organise company mesti betoi. Nak tanya sikit la...i rasa macam biasa dengar suara encik nih...macam familiar sangat'

'Betoi ka? Hang biasa dengaq kat mana?'

'Kalau tak silap saya ni...Ismail Din, pelakon popular yang loghat utara dia very clear..mmm betoi tak?'

'Hahahaha...hang memang pandai. Betoi sangat lah tu. Kita borak macam dah kenai lama noo. Siapa nama encik ni? Senang la nanti kalau saya mai ofis kita bole jumpa, kita borak sampai tengah malam..hahahaha...'

'Saya ******din. Boleh la jumpa saya regarding registration tu'

'Haaa...cantik sangat la tu. Kita ni walau artis tapi kadang2 soru miss jugak en din, tu pasai la kita kena beringat sikit untuk masa depan...jadi saya pun set up la company ni. Dengaq cerita ada ramai juga rakan artis yang daftar ..betoi ka?'

'Ada la beberapa orang encik Ismail, yang saya ingat termasuklah Awie, Arwah Pak Busu, bekas dj radio RMKL tu..Sazali Said...lagi satu Yasmin Suraya..lebih kurang macam tu la yang saya ingat'

'Huiiii ! Ramai jugak nooo...Tak pa la en. Din..la ni saya berharap benar encik dapat membantu nanti kita jumpa bole makan-makan sekali, insyaallah...Assala mualaikum'

'Waalaikum salammm'



Aktor Allahyarham Ismail Din bersama Joyah.


BELASUNGKAWA ISMAIL DIN (1951-2005)
Tengah malam Selasa minggu lepas, Ismail menghembuskan nafas terakhinya di Makkah secara mengejut ketika beliau sedang bertasbih di depan Kaabah. Ismail dikhabarkan meninggal dunia sewaktu mengerjakan ibadat umrah di Makkah sejak ke sana pada Jumaat lalu. Allahyarham Ismail meninggal dunia dalam usia 54 tahun.
Allahyarham berangkat ke Tanah Suci bersama isteri pertamanya, Kalsom Idris, 58. Difahamkan, arwah memang sudah lama berhasrat menunaikan ibadat puasa di sana setelah gagal berbuat demikian tahun lalu gara-gara sibuk dengan kerjaya lakonannya. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Makkah. Alfatihah untuk beliau...

12 comments:

noorlara said...

Al fatihah buat beliau, alangkah bertuahnya dapat menghembuskan nafas terakhir di dalam Masjidil Haram, depan Kaabahtullah, semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama dengan para anbia' dan mukminin.

Berdoalah semoga kematian kita juga didalam keadaan dan tempat yang sebaik itu. Aaminnnnnn

Masy said...

ramai yg mengimpikan utk bersemadi di tanah suci..dan hanya yg terpilih sahaj yg berjaya memenuhi impian tersebut..
allahyarham antara yg terpilih..
al fatihah..!

lady said...

salamm..
alfatihah untuk allahyarham ismail din..takziah juga pada keluarga arwah seluruhnya..

>>suka dgn lakunannya yg berbekas dihati..

Deanz said...

Noor, Lady & Masy,

Entah bagaimana kematian kita nanti (?)

Beliau seorang yg friendly & mudah mesra walau hanya berbual di telefon. beruntung arwah meninggal di bulan Ramadhan, dihadapan Kaabah di tanah suci..

zalisa said...

alfatihah utknya. harap saya juga ditaqdirkan sepertinya.

Noushy Syah said...

emmm..alfatihah utknya jua walau noush xkenal siapa dia...kematiannya mengingatkan noush pada my mum yg meninggal dlm tragedy accident where it involved me...xsempat ucapkan apa2 pdnya n I don't even know how she look like at that moment....begitu kiranya kehendak taqdir....

jed1 said...

ajal-dah sampai masanya, takkan terlewat walau senano-saat..peringatan utk kita yg masih ada sisa2 hidup

Deanz said...

Zal,
Insayaallah...

Noush,
Takdir ditanganNya Noush...alfatihah untuk ibumu..

Jed,
Sama2 kita menginsafinya..

Resmanc13 said...

Semoga roh beliau dicucuri rahmat...

Deanz said...

Resmanc,
Kita hanya mampu mendoakan...

romzi seli said...

al-fatihah kepada allahyarham. haku memang terkezut dengar berita tu. ingatkan gurauan. seharian aku mencari bukti.

semoga rohnya di tempatkan di golongan orang-orang yang beriman.

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. 2002 cadillac seville sts Dealer in infiniti nj Mature korean xxx sarah irish body builder How do cells phones work Stats farm insurance part time jobs philadelphia hiking ionamin Pay sears bill Diamond bar cattle