October 14, 2005

SEMUT & PEREMPUAN


Sajak ini bukan perempuan
sajak ini sajak lelaki
untuk lelaki dan perempuan di Gj

Sajak ini sajak semut
bukan gula-gula
perempuan=gula-gula
di mana ada gula
di situ banyak semut

Gula-gula jadi hampas kerana semut !
mati semut kerana gula !
sajak ini bukan gula-gula
bukan semut
bukan perempuan
sajak ini sajak lelaki !

Isnin Okt 13, 2003 1:00 pm



PEREMPUAN

Bagaiman harus ku ucapkan terima kasih
kepada perempuan
kerana kau telah membunuh cinta dalam hatiku!

Bagaimana harus ku ucapkan terima kasih
kepadamu perempuan
kerana kau...
puisi ku tidak pernah sudah!


Selasa Okt 14, 2003 12:19 pm




Perempuan

Dari titik ketitik
kubina satu garisan
menjalinkan kasih antara lelaki dan perempuan

Dari titik ketitik
kubina sajak ini hingga
ke satu titik noktah penghujungnya
di lautan madu seorang perempuan
lalu ku noktahkan disini.


Selasa Okt 14, 2003 2:01 pm

18 comments:

Masy said...

waa....

sajakku sajak kekotak
sajakku kebasahan kerana hujan
basah kotak kerana hujan!
keranamu lelaki
aku dah tak pandai nak bersajak..
eh, ye ke??

Deanz said...

kerana perempuan
kotakku menjadi bulat

kerana perempuan
dunia bisa bejat!

:D

zalisa said...

kau semut
aku perempuan...

Ish! takut aku nak dekat
sebab kau...

habis gula dalam
balang kat dapur aku!

Anonymous said...

Annual asbestos testing for Hyannis H2O
After more than a week of intense, somewhat misinformed criticism about the existence of asbestos-concrete pipe in the Hyannis water system, calls for additional testing of the Hyannis water supply for asbestos ...
Find out how to buy and sell anything, like things related to private road construction on interest free credit and pay back whenever you want! Exchange FREE ads on any topic, like private road construction!

Noushy Syah said...

abg deanz seorang lelaki
lelaki yang ku hormati
..dan ku sayangi

kenapa aku menyayangi mu?
kerana kau menghormati ku..

kenapa kau menghormatiku
dan aku menyayangi mu..

kerana aku adalah seorang perempuan
dan kau seorang lelaki yang dijadikan utk melindungi...

huhuhu..abg deanz"wink"

Deanz said...

Zal,
Harus diingat semut api tak makan gula...

Noush,
Secangkir kopi
secawan puisi

sekuntum mawar merah
seorang Noush...

meera said...

kerana pompuan lelaki terhebat
dan terulung jatuh terjelepuk...

bangunlah wahai lelaki...
sepatutnya kau yg memimpin
bukan dipimpin ke pusat serenti...

eh! apa aku melalut ni...
hehehehe

ita... said...

dari titik ke titik
aku ingin menyambung ungkapanku
yg telah kau tamatkan
tanpa terlebih dulu
memohon izin dariku...

[ita... cibuk jer eh... kacau2 puisi org.... abis tuuu memang dah tabiat suka kacau org cam deanz ni..... ekekekek] :-)

Deanz said...

Maya,
Kerana lelaki..
perempuan melayu terakhir
akhirnya kahwin.. :D

Ita,
dari titik ke titik
ungkapan ku entah dimana noktahnya
ungkapan ku masih berkoma...

:D

jed1 said...

jgn makan gula2 byk sgt..tak elok utk gigi dan risiko diabetes type 2

Deanz said...

Jed,
Bulan posa ni kena banyak gula juga dalam badan kalau tak badan kurang metabol... :D

lady said...

salam..

seorang perempuan..
seorang lelaki..
seekor semut..
seketul gula..

perempuan tanpa lelaki
lelaki tanpa perempuan
...terhapus generasi..

gula tanpa semut
semut tanpa gula
...tak ujud bidalan
mati semut kerana gula...!!

~~tak suka manis2..

Deanz said...

Lady,

mati semut kerana gula...

gula=perempuan (?)

Masy said...

err..
semut=deanz kan??
da mati ke ni??
huhuhuhuhuu...

~xkan mati kerana cinta..insyaallah.....

Masy said...

btw..
ade ke 'secawan puisi'??? (tgk reply komen u utk noush)..
bukan 'sebuah' ke??

Anonymous said...

hey nice posts i added you to my bookmarks

Just wanted to say everything you posted was a good read.
Its nice too see that some people create decent and entertaining blogs, yours kept me reading for well over 10 minutes.

Thanks!

Deanz said...

Masy,
Kalau anda pernah ke program 'secangkir kopi secawan puisi' di MATIC anda akan tahu jawapannya...

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! » »