October 18, 2005

E.G.O

Salam sejahtera,

EGO;
The self, especially as distinct from the world and other selves. In psychoanalysis, the division of the psyche that is conscious, most immediately controls thought and behavior, and is most in touch with external reality.

Aku sebenarnya lemah dalam bahasa Inggeris, tapi dari sedikit pencarian aku tentang makna ego dalam bahsa Inggeris itulah yg aku dapat. Atau seringkali kita mendengar EGO membawa maksud pentingkan diri sendiri, bangga, takbur @ keras kepala pada tahap skala melampau atau terover!

Persoalannya sama ada betul atau tidak ego sering disinonimkan dengan sifat-sifat lelaki (?) konfius aku dibuatnya. Gender bias barangkali! Apakah perempuan tidak perlu dilabel sebegitu? (Ye laaa kalau perempuan di label begitu tapi taklah sekronik lelaki! Lelaki lagi...ishhh). Aku bukan pakar sakit mental untuk merungkai semua persoalan ini. Mintak maaf la sebelum Aidilfitri ni...

Fitrah kejadian manusia sememangnya di jadikan Allah ada sifat2 positif dan negatif tertentu. Sifat negatif juga perlu tapi bukan dalam kadar yang terlampau banyak. Kita perlu malu tapi biar bertempat. Kita perlu marah tapi bukan membaran. Kita perlu menjerit tapi bukan sampai nak pecah halkum! Kita perlu bersedih tapi jangan sampai pasif. Dan juga kita perlukan ego tapi bergantung kepada situasi. Lelaki & perempuan memang ada ego. Jangan nak memandai menafikan!

Si tua dan cermin ajaibnya...

Perempuan selalu mahu kelihatan cantik, sememangnya dia dijadikanNya punya ciri-ciri itu. Aku tak perlulah menyenaraikan semua tentang imaginasi kecantikan yg perempuan impikan...pejamkan mata dan bayangkan sendiri (kepada perempuan-perempuan).

Sounds pathetic enough kalau semua itu dilakukan demi mahluk bergender lelaki (do they have the same concern? i don't think so.) dan tidak salah pathetic juga kalau itu dilakukan sebagai sebahagian dari ego perempuan supaya kelihatan lebih menarik dari perempuan lain.

Mereka ada kalanya sanggup melakukan apa sahaja untuk impian itu. Berapa banyak product kosmetik kecantikan dalam negara ini. Semuanya bersaing untuk satu persaingan yang sihat! kununnya.... Nasib baik barangan kosmetik tak naik harga dalam bajet 2006 bebaru ni...hehehe..

Bukankah persaingan ini menunjukkan perempuan kurang percaya diri dengan apa yang kalian miliki, dengan anugerah yang telah diberiNya? Adakah sifat membangga yang boleh membawa kepada takbur ini tidak egois namanya?

Aku hanya menyentuh dari satu sudut sahaja, hanya satu! Nak kutuk, kutuklah...aku boleh menerima kutukan yang professional dan ilmiah yang selainnya aku telan, sendawa, masuk toilet, aku buang, aku flush!

Sekian, dimaklumkan.

11 comments:

zalisa said...

E.G.O? Ya ego adalah milik lelaki sepenuhnya. kalau tidak tak kan lah lahir kata2 "Kau apa tahu". itulah kata2 sinonim kaum lelaki pada perempuan yang bergelar isteri, kan?

Perempuan dgn alat make upnya. Ya, tak boleh dinafikan. Keyakinan diri sedikit sebanyak terletak pada alat make up. Di situlah kelemahan pemikiran kaum perempuan. Yakin pada diri sendiri terpaksa disandarkan pada alat make up yg tidak langsung boleh memberi apa2 impak. Lihat sahaja pada rumahtangga yg berantakkan. Bukan si isteri tak bersolek, tapi suami tetap nampak perempuan lain!

Deanz said...

Txs Zal..next...

Masy said...

ada kene mengena dgn entry i aritu ke??

ego..yup..sume org ada ego..even kamben pon ada ego (mcm la penah jadik kamben). tp tpulang pd individu itu sndiri utk handle ego memasing..sama ada utk menjadi lbh baik atau sebaliknye..
ego perlu bila kita hendak pertahankan maruah..

~next!~

Deanz said...

:D... txs.

lady said...

salam mrDeanz..
wow..wat a sharp!!!
EGO..milik semua..jgn memandai nak nafikan!!
lelaki ker..pompuan ker..ader tahap ego memasing,nak tau tahap ego depa..cabarlah!pertikaikan atau persoalkan pendirian yg mereka pegang..nah! disitu nnti kan terpamir pembelaan terhadap diri sendiri dan disitu terlahir sikap 'ego' yg diperkatakan..dan yg mendengar akan tafsirkan ikut kemahuan sendiri..kalau yg tak setuju tu laa yg akan mengatakan sesaorg itu 'ego!!
lainlaa kalau salah pun masih mau dijunjung atau dipertahankan..hah..itu memang EGO!

perempuan dan makeup..sinonim maa!!
klau ppuan tu nak lawa..tak apa laa kan asalkan nawaitu dia hnya unt diri sendiri dan suami(bagi yg dah bersuami)..dan bermakeup diluar..ikut keperluan laa beb..takkan pergi kerja pun nak serabai..client pun takut nak dtg..

so..ppuan dan makeup..besaa laa..
dan ppuan dan 'ego'..ikut pendirian memasing..

correct me if i'm wrong..

Deanz said...

Zal,
Sama ada anda bercakap berdasarkan pengalaman atau sebaliknya..itu hak anda.

Antara hipokrit & ego, mana satu pilihanmu? dan terima kaseh kerana mengakui kelemahan. Ikhlas seadanya...

Masy,
Kambing ego kerana tuannya tidak pernah memberi peluang makhluk ini mandi dengan alasan 'kambing tak mandi pun harga mahal'..so sebenarnya siapa yg ego? kambing or tuannya?

Lady,
Bukankah mempertahankan pendirian itu karismatik namanya?

Saya tidak pernah menafikan hak perempuan untuk bersolek tetapi jgn lupa bersyukur dgn apa yang ada..

Noushy Syah said...

egoistic adalah milik semua insan yg bergelar samaada wanita atau lelaki, berbeza2 taraf kekuatannya antara satu sama lain...mengikut scenario tertentu.Jika ego yg dimaksudkan dengan kenapa perempuan bermakeup hanya utk suatu persaingan dgn wanita lain demi utk menambat pandangan kaum adam ternyata konsep itu adalah tidak benar....perempuan bermake up sebenarkan utk menyerlahkan penampilan,dan image yang bersesuaian dgn keadaan persekitaran sesuai dgn sesebuah jawatan atau tanggungjawab yg disandang.
Bercharismatic gaya eksekutif untuk menawan client disesebuah jabatan utk kemajuan adalah sesuatu yg positif untuk mendapat saingan dibidang2 perniagaan as well...
Bayangkan seorang penyambut tetamu yg "serabai" (pinjam perkataan seseorang)ketika bertugas!!!Selera pun hilang beb!!!
Make up bukan utk menunjuk2 dan menidakkan kecantikan semula jadi ciptaan tuhan tapi utk menyerlahkan kecantikan yg dah sedia ada.....even decorating a new house one's got to do a last minute touch up aight???

zalisa said...

deanz,
awak ni buat saya tak senang duduklah. saya bergurau sahaja memberi pendapat seperti di atas tu. saja nak panaskan hati lelaki. hehe..

sebenarnya ego adalah perkara biasa pada lelaki dan perempuan. kita sama2 ada hati dan perasaan, kan?

Deanz said...

Noush,
Saya setuju kalu bersolek supaya kita lebih kelihatan berkarisma & berkeyakinan tapi bukan untuk melaram...

Zal,
tak senang duduk baring... ;D

yes, ego juga anugerah tuhan yg diciptakan untuk makhluknya..maka betullah Allah maha kaya..

wss79 said...

Ego. Sukar minta maap pun kira ego jugak, kan?

Tapi deanz, contoh yg diberi contoh utk kaum wanita, kaum lelaki punya contoh takde ke? (wink)

Nak bagi 'view' lain. Kadangkala perempuan ni bukan nak mencantikkan diri untuk lelaki shj (ada.. tak nafi). Tapi ada juga yg nak cantik psl takmoh kalah dgn wanita lain, ada yg nak puaskan hati sendiri, ada yg mampu buat sgl mcm cara utk kekal muda (fizikal).

Klu KWan, asal x membawa hukum haram udah ler..

Deanz said...

Kwan,
Sengaja tidak memberi contoh daripada kaum lelaki kerana sememangnya lelaki telah di label begitu.. (?)

tak pe teruskanlah berkosmetik, semoga menjadi pemangkin kpd industri kosmetik tradisional negara .. :D