December 19, 2005

TEN PERCENT

TNB mahu naikkan tarif elektrik 10% tahun depan
Oleh Ainul Asniera Ahsan

KUALA LUMPUR 15 Dis.
- Tenaga Nasional Bhd. (TNB) hari ini membayangkan telah memohon kepada kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 10 peratus mulai tahun depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Che Khalib Mohd. Noh yang enggan mengesahkan cadangan kadar kenaikan itu walaupun disoal bertalu-talu, menyatakan: ``Purata kepenggunaan elektrik bagi pengguna berpendapatan rendah di negara ini adalah sekitar RM15 sebulan manakala golongan berpendapatan sederhana pula kira-kira RM70 sebulan.

``Sekiranya, kita andaikan, berlaku perubahan pada tarif elektrik sebanyak 10 peratus, ia hanya menyebabkan pertambahan antara RM2 hingga RM7 sahaja.

``Kadar ini masih jauh lebih murah berbanding tarif elektrik di rantau ini.''

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan TNB di ibu pejabatnya di sini hari ini.

~Utusan Malaysia.

Kita sebagai pengguna, apakah langkah-langkah yang perlu di ambil sebagai strategi penjimatan untuk hari ini dan akan datang... (?)
  1. Gunakan tenaga elektrik seminimal mungkin, tanpa kipas angin, tanpa aircond, tanpa water heater, tanpa iron dan banyak lagi tanpa terutamanya aktiviti yang boleh dilaksanakan dengan hanya menggunakan tenaga dalaman ataupun apa-apa keperluan yg kita rasakan boleh diabaikan tanpa penggunaan tenaga elektrik.
  2. Gunakan tenaga elektrik semaksima yang boleh. Pasangkan lampu setiap ceruk rumah selama 22 jam termasuk lampu sport light sekeliling rumah dan rehatkan 2 jam daripada 24 jam tenaga letrik Tenana Nasional untuk memastikan sebarang kecelakaan dapat dihindarkan. Tv anda juga boleh di onkan sepanjang masa walaupun tanpa penonton kerana kita sudah ada siaran 24 jam sama ada melalui stesyen tv berbayar atau percuma.

Saya berpendapat strategi ke-2 paling praktikal kerana ia akan menjamin pulangan RM yang diharapkan dan pastinya dapat menampung kos penyelenggaraan TNB yang tinggi. Kaedah ini sesuai untuk memastikan TNB tidak akan menaikkan tarif elektrik pada masa akan datang kerana kenaikan kali ini dan kutipan bil daripada pengguna dapat menampung kos penyelenggraan akan datang.

Bekalan petroleum bukan selama-lamanya boleh diperoleh dalam negara dan jika tidak dijimatkan Malaysia mungkin terpaksa mengimport petroleum pada 2009 untuk membekalkan tenaga elektrik.


Menurut Keng Yaik, sebanyak 65 peratus janakuasa elektrik di negara ini menggunakan gas yang dibeli untuk menghasilkan bekalan elektrik bagi memenuhi keperluan negara. Malaysia katanya, mendapatkan bekalan gas daripada Petronas dengan harga subsidi sebanyak RM6 bilion, jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

~utusan Malaysia.

Sekadar memberi beberapa contoh dan sekian sahaja. Anda ada cadangan lain?

17 comments:

Masy said...

tido awal laaa beb.. ;)
klu nk tgk tv, g laa tompang rumah org..jimat blanje kite sndiri.uhuhuhuhu..selfish laa plk.

*dah terlatih jadik penjimat elektrik,so cdgan anda yg ke 2 tu ditolak.sekian.

Anonymous said...

salamm..
rumah saya spent rm300 monthly just for tnb..rm70 for air..rm30 for Tm..rm240 for astro(3 set).
soklannya..tak cukup banyak ker tu?
kalau nak jimat ..pakai jer lampu ayam,letrik hanya unt tv,petiais jer kut..isshhh..bole ker..nnti barangan lain jd gajah putih lak.
~~candle lite..

Semut Api said...

Masy,
Anda memang tidak pernah bersetuju dgn saya. sebaiknya anda duduk dlm barisan parti pembangkang.sekian .

Lady,
Kalau 15 juta drpd penduduk malaysia membayar kadar elektrik spt anda, saya berkeyakinan penuh TNB tidak akan menaikkan tarif elektrik sekurang-kurangnya sehingga ke tahun 2020.sekian.

Masy said...

betul ke x pernah setuju??
biau betul..................

Semut Api said...

Masy,
Ya..kerana anda dari aliran pemikiran pembangkang & aku pula dari puak berfikiran kiri... :D

Masy said...

eleeeeehhhh..
at d end of d road, still kite jmpe gak..samelaaa tu..

apeeedaaa...!

Semut Api said...

Masy,
Kita dua garisan yg selari. At d end of d road pun takkan bertemu...

Macam wayar letrik TNB gak, seberang jalan sana dgn wayar seberang jalan sini takkan bertemu...

Masy said...

"macam wayar letrik TNB gak, seberang jalan sana dgn wayar seberang jalan sini takkan bertemu..."

tp sumber elektriknya ttp dari satu tmpt yg sama. samalah jugak org bukak francais KFC, lorong sana ada KFC, lorong sini ada KFC. memang lorong yg lain, tapi yg dijualnya ttp KFC.

yg menemukan dorg adalah keuntungan. jadi mmg wujud pertembungan walaupun tak terzahir di mata.

amacam? ada hujah lain?

Semut Api said...

Masy,
Ya.. betul! Antara francais KFC mmg sama product tapi pengurusan berbeza, klu sorang rugi sorang lagi akan kata "padan muka dia".

Mereka takkan selari dlm persaingan...yang untungnya TNB, collect bil tiap bulan .

Masy said...

ye lah..
so dlm hal ni, klu u rugi,i laa yg akan kata 'padan muka dia' ek..?ehehehhe..

yelah2.kite berbeza. dan takkan sama. sekian.

Anonymous said...

salammm...
weh...pehal lak nihh,
sesi perbahasan ker aper ker ni,
cooollll bebehh...
erkss..

~berjimat itu berkat sebenornyer..
dalam pada itu keperluan adakalanya perlu seiring dgn kehendak..dan juga kemampuan!
dah! jgn gaduh2..dua2 pihak ader kebenarannya..

jed1 said...

aku setuju cadangan kedua hg tu deanz...gunakan letrik semaksima mungkin utk tambah pendapatan tnb yg asyik tak dpt tampung kos servis padahal diorang monopoli bisnes letrik nihh...aku rasa kilang2, industri yg kos letrik berjuta2 yg tak bayar tp didiamkan so home user cam kita ni lak yg jadi mangsa...so gunakan letrik semaksima mungkin :D

Semut Api said...

Masy,
'padan muka dia' takpe, jangan 'padan muka aku' :D

Lady,
bukan gaduh...saja jer wat sesi mengkarankan minda.

Actually, kita org klu bermesra mmg mcm ni...KAKAKAKA !...(gelak besar akuuu)

Jed,
Kita mmg sealiran gaya pemikiran. Amacam klu kita buat satu persaingan baru? Kita buat satu pusat janakuasa solar untuk mengimbangi monopoli TNB.

shafarina said...

Hmm..bil dekat RM50 pun aku dah pening.. kalau naik 10% camno?

Dr segi biz, patutlah naik psl benda lain pun naik rega juga. Dan TNB naikkan tarif ikut industri kot? (persendirian lain, perniagaan lain kan?)

Electrik boleh jimat, tp sekarang ni semua dah pakai letrik. TV, Lampu, aircond, vacumm cleaner, bateri hp pun kena recharge juga! nak tak nak kena go for no 1. No 2 tu.. kalau kaya sangatlaaa

cadangan:
1) Jgn naikkan tarif
2) Utk cover kerugian, suruh penginap tetap kuarters TNB tu bayar letrik la. Diorang pakai letrik free! Tak pun, jangan bagi subsidi letrik lagi pada semua pegawai tinggi kerajaan (termasuk menteri² -> diorang klu kena bayar bil mesti TNB kayo!). Tak pun, kurangkan kos pampasan sbb letrik tarak.

Semut Api said...

Wan,
Aku setuju kedua-dua cadangan tapi tak mo komen lebih2 takut nnti letrik kerumah aku langsung kena potong walau aku pembayar yg setia.. :D

Chika Chika said...

sy blom baca entry kamu...tp mau komen. ahahaha...

Semut Api said...

Dior..
Standard la tu...dah lama kenal daaahh .. :D