June 30, 2005

NIAK LAIG (?)

Salam sejahtera,

Saamdaa betira ini btuel atua tadik, TPM sadeng memuntau hrga pertol daniu sceara tileit. Kahbra agin megnatakna hrga pertol akn niak laig sebyak 15 sne dlma masa trekedat ini berukitna keniakan kso bahnaapi terbesut!

Sperti baisa di nagera kiat, keniakna pertol akan meneybabkna keniakana hrga barngna lian. Seirign dgn keniakan uti kso hairan kiat jagu akan niak! Adusssss !!

Macmaan nak trnasltea ni? :)

June 29, 2005

DAUN PINTU



Pintu adalah elemen penting dalam struktur sesebuah bangunan atau rumah. Pintu juga selalu sinonim dengan konsep rezeki.

Kalau aku diminta menggambarkan sebuat pintu, aku akan menggambarkan pintu yang besar dengan daun pintu yag luas mudah di buka dan mudah serta selesa untuk di masuki pada bila-bila masa saja...

Pintu yang berkunci akan terbuka hanya apabila seseorang datang dengan membawa kunci yang tepat dan sesuai.



Suatu hari…

‘Bila kamu masuk? Tiba-tiba sahaja ada di depan ku’

‘Aku masuk kerana memang pintunya sudah terbuka...dan aku datang hanya untuk mengucapkan salam kepada mu’

Sejak hari itu pintu itu terus terbuka. Walaupun aku sama sekali tidak berniat untuk membuka pintu.

Sejak itu, perbualan hanya di depan pintu. Lebih selesa rasanya begini. Orang lain rasa tidak selesa dengan cara begini, tidak beradat kata mereka hanya berbicara di birai pintu. Persilakan saja tamunya masuk ke dalam.

Aku juga hairan kenapa aku tidak pernah mengajakmu duduk di ruang tamu dan berborak semahunya. Pada aku itu tidak penting kerana ia tidak merubah suasana hati kita sama sekali...

June 26, 2005

50 DALIL


25 Jun, 2005 18:02 PM

Khalid Jafri Didapati Bersalah Tulis Maklumat Palsu

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama)
Penulis buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM", Datuk Abdul Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah, yang menyambut hari ulang tahunnya ke-65 hari ini, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini dan disabitkan dengan tuduhan menulis maklumat palsu dalam buku berkenaan.

Hakim Mohamad Saman Mohamed Ramli berkata pihak pendakwaan telah membuktikan kes yang melampaui keraguan munasabah.Beliau menetapkan 6 Julai ini untuk mitigasi dan menjatuhkan hukuman. Khalid Jafri didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Media Pulau Lagenda, Taman Kosas, Ampang di sini, pada Mei 1998. Dia didakwa mengikut Seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Khalid Jafri menerbitkan dengan niat jahat berita palsu mengenai hubungan sulit Anwar dan Shamsidar sehingga lahir seorang anak perempuan pada muka surat 20 di buku 50 Dalil itu.

Berdasarkan itu, Mohamad Saman membuat keputusan bahawa kanak-kanak perempuan itu adalah anak yang sah kepada bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin. Katanya, keterangan ahli kimia Lim Kong Boon mengenai sampel darah Azmin dan Shamsidar adalah konsisten dengan sampel darah kanak-kanak itu, dan ia menunjukkan mereka adalah ibu bapa biologi kepada anak itu. -BERNAMA.
  • Anekdot,
    Setelah segala-galanya berlaku, berlalu & berlangsung...

June 24, 2005

DOSA SEBUAH RINDU


Sempena hari Jumaat ni nak melayan syahdu karat sikit...nanti kata tak update pulak , o.k layan jangan tak layan...

DOSA SEBUAH RINDU

Kemana harus ku bawa rinduku
Kata maaf dariku tak mungkin
melegakan hatimu
terlalu banyak dosa dan kesalahanku

Mungkin pintaku hanya satu
maafkan semua yang lalu
Doaku mengiringi langkahmu
untuk kau ketemukan
kekasih yang baik bagimu
Bukan diriku yang hina ini

Jumaat Okt 01, 2004 12:42 pm



RINDU

kenapa kau buang rindu
ketika ia ada
dan kau dakap sunyi
sedemikian erat
walau ia menerjah ingin berlari

tanpa kau sedari
rindu yang kau ketepikan
akan menjadi bara api membakar diri

Selasa Apr 20, 2004 2:09 pm

June 20, 2005

WANITA

Salam sejahtera,
  • Terima kasih atas beberapa reply yang aku terima terhadap entri 'HAWA' tempohari. Baik secara langsung terus ke blog aku ataupun dari dua (2) e-mail yang aku terima..toche..toche..

  • Harta dan kecantikan cukup sinonim dengan wanita, betul ke? Pada aku sifatnya hanya sementara. Berapa lama harta dan kecantikan boleh bertahan? Isu sama taraf juga sering menjadi topic hangat dewasa ini. Ramai yang ingin menjadi pembela kaum wanita, dari majalah, stesyen tv, tabloid, NGO, Jabatan kerajaan dan pastinya dari kaum lelaki sendiri.
  • 'Wanita mahu tarafnya sama seperti lelaki' tiada diskriminasi! -------> Kaum lelaki 'Kamu hanya perlu mendengar dan buat pembelaan sendiri atau diam saja dan fahami wanita sedalam-dalamnya!. Tidak perlu kamu katakan kepada mereka...bahawa kelembutan itu bukan satu kelemahan' .
World Cup Team... (?)
  • Tanpa ilmu dan akhlak, wanita bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan wanita pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh wanita daripada wanita yang dirosakkan oleh lelaki. Wanita bengkok juga mampu menundukkan sepandai-pandai lelaki. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara!
Sekian , Wassalam.

June 17, 2005

HAWA

Salam Sejahtera,

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa kaum Hawa. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.



Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada kaun Hawa lah lelaki memanggil ibu, isteri atau mungkin juga puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu meluruskan mereka.



Mana mungkin kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang-bayang yang lurus? Sekadar renungan di hari Jumaat tanggal 10 Jamadilawal 1426.

June 15, 2005

TENTANG AKU

0715

Kemalangan yang melibatkan dua buah kereta mengganggu kelancaran perjalanan aku.

1005

Sarapan pagi yang kadang kala merangkap makan tengahari aku...



Dari mula aku punch in (dalam masa kecederaan) sampai aku punch out...kerja..kerja..(kerja berat sepanjang tahun!)

2018

Ada masa jalan-jalan menyelusuri Kota Batu...ambik angin, buang buntu.

2301

Penat! culas tidur sepanjang malam hingga ke pagi. Esok kitaran ini berulang lagi.....hmmm!

June 13, 2005

EMPAT SEGI

Salam Sejahtera,

Sama ada kita menyedari atau tidak dalam kehidupan kita seharian, sebenarnya kita dilingkungi oleh bentuk empat segi.

Bermula dari rumah yang kita huni, tidak kira berapa harganya, rumah setingggan, rumah murah mahupun banglo mewah, empat segi adalah bentuk paling tradisi. Beristirehat, menonton tv dan tidur di dalam bilik empat segi, di atas tilam, bantal dan di ulit mimpi di bawah selimut yang juga berbentuk empat segi.


Square Melon...Fuh! Sedapnya...

Seawal pagi mandi & gosok gigi di dalam bilik air empat segi, bergegas ke lokasi tempat kerja, memandu kereta kebanggaan negara juga berbentuk empat segi. Memasuki perkarangan ruang letak kereta, berlari ke pintu lif, menaiki lif terus ke mesin Punch Clock, mencapai kad perakam waktu…Yup! Pasti semuanya berbentuk empat segi!

Sibuk dengan tugasan seharian, fail, surat dan kertas kerja berselerakan di atas meja di depan PC :) Semuanya bersegi empat!

Begitulah realitinya hidup ini, sekadar memberi beberapa contoh betapa empat segi dan kehidupan saling simbiosis antara satu sama lain.

Di penghujung kehidupan juga , empat segi terakhir akan menyemadikan kita…

Anekdot,
Bumi yang kita pijak ini bukan empat segi, kenapa ye?



June 10, 2005

AKU BELAJAR LUPA


Aku belajar lupa

mundar mandir di sini

aku hilang arah
kedepan kebelakang
ke atas ke bawah semuanya sama

Andai aku boleh mengembalikan masa
biar ku ingat satu persatu petanda
buat bekal masa depan

ku hunus senjata
ku bunuh lupa
biar sajak ini bertajuk
biar sajak ini makamnya bertanda...

Sabtu Jan 15, 2005 12:32 pm



Bicara tanpa kata

aku duduk
bukan aku tiada upaya

aku tidur
bukan aku mati

aku diam
bukan aku bisu

aku diam
aku berbicara tanpa kata...

Selasa Jul 27, 2004 1:55 pm

June 08, 2005

KASTA

Salam sejahtera,

Biasanya aku mengisi minyak motor atau kereta di petrol stesyen berhampiran dengan tempat kerja aku. Aku dah jadi macam pelanggan tetap pulak. Semua rakyat Malaysia tau harga minyak dah naik dan sebelum tempoh pilihanraya akan datang adalah di jangkakan ia akan naik lagi. Apapun situasinya kita sebagai pengguna kenderaan terpaksa redha juga.

Dalam masyarakat Hindu masih ada lagi sistem kasta yang membezakan mereka kepada beberapa kelas. Kelas Atasan, Pertengahan dan Bawahan. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana. Kelas pertengahan terdiri daripada golongan bangsawan, pedagang, petani dan penternak . Kelas terendah sekali terdiri daripada hamba abdi atau pariah.

Kaitan antara dua fakta di atas adalah begini ; Pada setiap kali aku mengisi minyak petrol di stesyen ini aku di beri layanan yang berbeza! Aku pun tak tau pasal apa. Bukan baru sekali aku isi minyak kat situ, aku rasa kalau nak dihitung semua boleh la aku beli Skyline sebuah! Sehingga aku sempat bertanya asal usul Mamat India yang berasal dari Negara Shah Rukh Khan tu...


Skyline GTR

Apa yang aku rasa tak puas hati bila aku merempit (naik motor) then isi minyak kat situ dia buat derk jer kalau aku nak bayar kat dia sebab aku malas nak pi kaunter yang kadang-kadang Q panjang. Ada ke patut dia tunjuk dengan muncung mulut dia jer ke arah kaunter...Mamat ni dah kudung apa ke? Sengkuang betul !! Lebih-lebih lagi bila aku lencun kena hujan dia pandang sebelah mata jer. Dia pandang aku macam kucing kurap kena hujan! Hampeh!!


...125z

Satu hal lagi kalau sampai kaunter, Minah Indon kat kaunter ni pun satu hal eksyennya. Dengan muka 'sirap basi' dia tarik duit aku semacam jerr. Pernah sekali duit aku jatuh masa dia tarik. Aku sound dia sekali...'Kak susah saya cari duit halal tu, ambik la elok-elok rezeki tu!' Dia buat muka selamber jer. Tak pandang pun muka aku! Aku dah lama perati gelagat dia yang sampai aku perasan hampir tiap kali aku ke kaunter dia mesti pakai spec lain-lain, tukar-tukar spec jer tiap-tiap hari. Fesyen la konon tu...Pooooorah!

Situasi ini amat berbeza kalau aku isi minyak kereta pulak. Awal-awal lagi Mamat tu dah senyum sambil tanya berapa RM aku nak isi minyak, siap tolong pump sekali. Tak payah aku susah-susah pi kaunter bayar. Blah la ko Mamat! Kalau duduk kat kampung ko jangan harap ko nak dapat kerja macam ni, dok melepak kat bawah pokok, main dam, pakai kain sarung pastu usya minah lalu depan mata...tu je la kerja ko dari pagi sampai petang! Sampai Malaysia nak berlagak macam tokey besar! Ciiiit !!

Depa sebenarnya tak perasan sebab aku pakai helmet full face, cermin gelap lagik... kalau aku merempit then isi minyak kat situ. Tapi kalau aku naik kereta dia memang cam...pelanggan tetap katakaaaaan... Minah Indon tu pulak siap tegur dengan ramah mesra ' Balik kerja Baaaang' Cisss ! meluat aku!

Begitulah manusia membuat penilaian antara darjat dan harta menjadi ukuran. Siapalah kita sebenarnya untuk layak mengkastakan orang lain (?).

June 05, 2005

JOM MENGONDOM, MENYUNTIK & MENDADAH


Jarum suntikan, kondom percuma tangani HIV

KUALA LUMPUR 2 Jun -
Kementerian Kesihatan sedang menimbang untuk memberikan jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah mulai Oktober depan bagi mengurangkan kadar jangkitan HIV.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, sebagai permulaan seramai 1,200 penagih dadah terutama melalui kaedah suntikan akan terlibat dalam projek selama enam bulan itu.
Jelas beliau, pelaksanaannya turut melibatkan 10 klinik kerajaan dan swasta di setiap empat zon yang ditetapkan iaitu di utara, selatan, tengah dan timur setelah semua kakitangan perubatan yang terlibat diberikan latihan secukupnya.

Melalui projek itu penagih akan diberikan jarum suntikan `bersih', kondom dan dadah gantian yang dikenali sebagai metadon.

``Kita perlu mempertimbangkannya (pemberian jarum suntikan). Kita bagi dia jarum supaya dia tidak berkongsi jarum. Kita dapati di banyak negara, keputusannya adalah baik(mengurangkan kadar jangkitan HIV),'' katanya.

Bagaimanapun, katanya, projek perintis untuk program tersebut hanya akan dilaksanakan selepas kajian terperinci mengenainya selesai dijalankan.

~dipetik dari Utusan Online.


Salam Sejahtera,

Bila aku terbaca berita ini, satu perkara yang terbayang dalam benak aku. Pergi ke klinik, ambil nombor giliran, tunggu nombor giliran dipanggil dan ambil stock. Ayuh kita mengondom, menyuntik dan mendadah!


gambar hiasan.

Aku tak tau di mana rasionalnya cadangan ini. Aku juga yakin ia akan mengundang banyak kontra dari pro. Dalam reaksi awal undian sms anjuran TV3 telah membuktikan peratusan kontra lebih tinggi. Kerajaan negeri Selangor dan Trengganu adalah antaranya yang tidak bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan untuk membekalkan jarum suntikan dan kondom secara percuma kepada penagih dadah mulai Oktober depan bagi mengurangkan kadar jangkitan HIV.


gambar hiasan.

Apa yang jelas jutaan ringgit terpaksa di belanjakan untuk program ini. Persetan dengan negara barat! Bukankah kita perlu maju dengan acuan kita sendiri, itu hasrat besar negara kita menjelangnya 2020. Kaedah ini jelas didapati tidak berkesan seperti dibuktikan di negara-negara Barat yang telah cuba melaksanakan kaedah berkenaan.

Kaedah ini juga melibatkan hukum agama, fatwa,moral dan budaya negara ini. Ia bagaikan satu galakan, malah sokongan moral kepada mereka..." Lu jangan bikin havoc kat sini brader, gua gomen support...lu pi balik buat kerja! Jangan ambik pot pasal live gua. Gua tak kacau lu...." Sambil jalan terhoyong hayang dengan kaki terseret, darah menitis dari luka kaki yang bernanah akibat penyakit kronik.....entahlah!


gambar hiasan.


Anekdot,
Hellooooo Malaysia! Dasar Pandang ke mana ni?

June 02, 2005

koleksi TADI

tadi
surah ini ku baca
ulang baca
dan baca

semoga sejahtera
yang hidup dan yang mati
alfatihah...


Isnin Sept 29, 2003 -1:36 pm





Aku letih
bila memikirkan tadi
esok...lusa...seterusnya bagaimana?

kerana tadi
aku masih disini
tidak kemana-mana
di kangkang leka dan mimpi tadi

kerana tadi
aku masih merangkak dan bertatih
aku menjadi obsess kepada esok !

Selasa Okt 14, 2003 1:53 pm