June 26, 2005

50 DALIL


25 Jun, 2005 18:02 PM

Khalid Jafri Didapati Bersalah Tulis Maklumat Palsu

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama)
Penulis buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM", Datuk Abdul Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah, yang menyambut hari ulang tahunnya ke-65 hari ini, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini dan disabitkan dengan tuduhan menulis maklumat palsu dalam buku berkenaan.

Hakim Mohamad Saman Mohamed Ramli berkata pihak pendakwaan telah membuktikan kes yang melampaui keraguan munasabah.Beliau menetapkan 6 Julai ini untuk mitigasi dan menjatuhkan hukuman. Khalid Jafri didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Media Pulau Lagenda, Taman Kosas, Ampang di sini, pada Mei 1998. Dia didakwa mengikut Seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Khalid Jafri menerbitkan dengan niat jahat berita palsu mengenai hubungan sulit Anwar dan Shamsidar sehingga lahir seorang anak perempuan pada muka surat 20 di buku 50 Dalil itu.

Berdasarkan itu, Mohamad Saman membuat keputusan bahawa kanak-kanak perempuan itu adalah anak yang sah kepada bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin. Katanya, keterangan ahli kimia Lim Kong Boon mengenai sampel darah Azmin dan Shamsidar adalah konsisten dengan sampel darah kanak-kanak itu, dan ia menunjukkan mereka adalah ibu bapa biologi kepada anak itu. -BERNAMA.
  • Anekdot,
    Setelah segala-galanya berlaku, berlalu & berlangsung...

3 comments:

ChikaDior said...

mmg kurang ajar menuduh manusia baik berzina. Sapalah manusia nak menghukum sesama manusia. Kurang ajar.

hidop anuar!!!
hidop anuar!!!

*i'm a bit emotional pasal politik ni*

Anonymous said...

knp bile dah dijatuhkan hukuman,barula nk siasatan mamat penulis buku tu..patutnye siasat dulu dia tu baru siasat Anwar..skrg sape yg tanggung dose??diorg la..keluarga diorg x tlibat..huhuhuhu..

-Masy-

Deanz said...

Makluman,
Blog ini bukan weblog politik & juga tidak bias kpd mana-mana pertubuhan politik. Anda boleh mengulas tetapi elakkan dari menyentuh mana-mana pertubuhan politik, individu perseorangan dan apa2 sahaja yg berkaitan dgn petikan BERNAMA di atas. sekian.


-tq Dior & Masy kerana sudi komen.