June 08, 2005

KASTA

Salam sejahtera,

Biasanya aku mengisi minyak motor atau kereta di petrol stesyen berhampiran dengan tempat kerja aku. Aku dah jadi macam pelanggan tetap pulak. Semua rakyat Malaysia tau harga minyak dah naik dan sebelum tempoh pilihanraya akan datang adalah di jangkakan ia akan naik lagi. Apapun situasinya kita sebagai pengguna kenderaan terpaksa redha juga.

Dalam masyarakat Hindu masih ada lagi sistem kasta yang membezakan mereka kepada beberapa kelas. Kelas Atasan, Pertengahan dan Bawahan. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana. Kelas pertengahan terdiri daripada golongan bangsawan, pedagang, petani dan penternak . Kelas terendah sekali terdiri daripada hamba abdi atau pariah.

Kaitan antara dua fakta di atas adalah begini ; Pada setiap kali aku mengisi minyak petrol di stesyen ini aku di beri layanan yang berbeza! Aku pun tak tau pasal apa. Bukan baru sekali aku isi minyak kat situ, aku rasa kalau nak dihitung semua boleh la aku beli Skyline sebuah! Sehingga aku sempat bertanya asal usul Mamat India yang berasal dari Negara Shah Rukh Khan tu...


Skyline GTR

Apa yang aku rasa tak puas hati bila aku merempit (naik motor) then isi minyak kat situ dia buat derk jer kalau aku nak bayar kat dia sebab aku malas nak pi kaunter yang kadang-kadang Q panjang. Ada ke patut dia tunjuk dengan muncung mulut dia jer ke arah kaunter...Mamat ni dah kudung apa ke? Sengkuang betul !! Lebih-lebih lagi bila aku lencun kena hujan dia pandang sebelah mata jer. Dia pandang aku macam kucing kurap kena hujan! Hampeh!!


...125z

Satu hal lagi kalau sampai kaunter, Minah Indon kat kaunter ni pun satu hal eksyennya. Dengan muka 'sirap basi' dia tarik duit aku semacam jerr. Pernah sekali duit aku jatuh masa dia tarik. Aku sound dia sekali...'Kak susah saya cari duit halal tu, ambik la elok-elok rezeki tu!' Dia buat muka selamber jer. Tak pandang pun muka aku! Aku dah lama perati gelagat dia yang sampai aku perasan hampir tiap kali aku ke kaunter dia mesti pakai spec lain-lain, tukar-tukar spec jer tiap-tiap hari. Fesyen la konon tu...Pooooorah!

Situasi ini amat berbeza kalau aku isi minyak kereta pulak. Awal-awal lagi Mamat tu dah senyum sambil tanya berapa RM aku nak isi minyak, siap tolong pump sekali. Tak payah aku susah-susah pi kaunter bayar. Blah la ko Mamat! Kalau duduk kat kampung ko jangan harap ko nak dapat kerja macam ni, dok melepak kat bawah pokok, main dam, pakai kain sarung pastu usya minah lalu depan mata...tu je la kerja ko dari pagi sampai petang! Sampai Malaysia nak berlagak macam tokey besar! Ciiiit !!

Depa sebenarnya tak perasan sebab aku pakai helmet full face, cermin gelap lagik... kalau aku merempit then isi minyak kat situ. Tapi kalau aku naik kereta dia memang cam...pelanggan tetap katakaaaaan... Minah Indon tu pulak siap tegur dengan ramah mesra ' Balik kerja Baaaang' Cisss ! meluat aku!

Begitulah manusia membuat penilaian antara darjat dan harta menjadi ukuran. Siapalah kita sebenarnya untuk layak mengkastakan orang lain (?).

8 comments:

ita... said...

situasi sprti ini ada d mana2 pun deanz, bkn d stesyen minyak jer, manusia menilai manusia dari mata kasar (mata duitan?) dari kulit jer, yg cantik, yg kacak, yg kelihatan "mewah" d hormati dan akan d layan dgn senyuman yg cukup manis. satu peristiwa brlaku d depan mata masa ita g klcc, ada rombongan makcik2 masuk ke kedai pakaian yg mmng "mahal giler" but gadis2 manis lagi cun melecun (sales assistant) kat situ buat dak jer bila makcik tu tanyakan ssuatu, so ita brtukar jadi "incredible hulk" sound kat bbudak kat situ, barulah dgn trmalu2 melayan makcik2 tu....

meera said...

cayalah... aku setuju. Kita manusia tiada hak meletakkan kasta sesama manusia. Cuma sebagai manusia kita kena jaga akhlak, adab dan tatasusila kita agar tidak dipandang serong oleh manusia. Kalo diorang nak pandang serong gak... tak dapek nak tolong arrr... len kali jgn merempit!!!!

zailynn said...

saya kena masa nak beli kapet. ada ka si bangla tu tak bagi masuk. Celaka sungguh. Dia ingat dia besaq sangat kot.

Dia pandang kami ni mcm tak dak duit. Kami teruih tak jadi beli kapet kat situ. Mentang2lah kami pi naik motor je.

Agaknya kalau pi ngan keta, boleh masuk beli kapet.

Mai tempat org, buat belagak plak..Gerammmmmmm

www.AlidSorento.com said...

Syukur, setakat ni aku tak pernah alami perkara yang korang alami. Agaknya mamat bangla tu takut kot, sebab aku ni gemok dan boroi semacam kot???? Keh keh keh.

ChikaDior said...

kesimpulannya... bawak kete lagi ensem :)

Deanz said...

Ita,
Aku simple jer, gaya orang kampung..tapi bila aku bercakap depa jadi kecut perut...

Rentak,
yang menilai diri kita orang lain, bukan kita sendiri...rempit bukan sebarang rempit tau...

Zailyn,
hehehe..sama keadannya kalu kita beli durian tepi jalan bila depa tengok plat no. kete KL, dan-dan tu juga dia 'pancung' kepala...

Alid,
Mamat tu bukan takut Lid, nanti dia susah nak dapat income coz hang tak suruh basuh kereta hang...

Dior,
Bawak motor lagi rugged & stylo...

tq kepada semua yg sudi mengomen.

Anonymous said...

Excellent, love it! »

mrs n said...

bgs story hg 2..aku tumpang sedih la...2 la org zmn skrg,blagak,ego, ........dah la pdtg,buat mcm kat ngra sndri plak..ingat best ker??huhuu