June 20, 2005

WANITA

Salam sejahtera,
  • Terima kasih atas beberapa reply yang aku terima terhadap entri 'HAWA' tempohari. Baik secara langsung terus ke blog aku ataupun dari dua (2) e-mail yang aku terima..toche..toche..

  • Harta dan kecantikan cukup sinonim dengan wanita, betul ke? Pada aku sifatnya hanya sementara. Berapa lama harta dan kecantikan boleh bertahan? Isu sama taraf juga sering menjadi topic hangat dewasa ini. Ramai yang ingin menjadi pembela kaum wanita, dari majalah, stesyen tv, tabloid, NGO, Jabatan kerajaan dan pastinya dari kaum lelaki sendiri.
  • 'Wanita mahu tarafnya sama seperti lelaki' tiada diskriminasi! -------> Kaum lelaki 'Kamu hanya perlu mendengar dan buat pembelaan sendiri atau diam saja dan fahami wanita sedalam-dalamnya!. Tidak perlu kamu katakan kepada mereka...bahawa kelembutan itu bukan satu kelemahan' .
World Cup Team... (?)
  • Tanpa ilmu dan akhlak, wanita bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan wanita pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh wanita daripada wanita yang dirosakkan oleh lelaki. Wanita bengkok juga mampu menundukkan sepandai-pandai lelaki. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara!
Sekian , Wassalam.

14 comments:

mayameera said...

ibaratnya ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus lah. Bukan ke lelaki ni khalifah, diutus ke bumi sbg pemimpin. Tapi kalo kepimpinannya pincang, maka pincanglah anak buahnya. Jadi berlakulah pemberontakkan.

Kalo org lelaki tak memandang rendah dan tak meletakkan wanita setaraf ngan haiwan, pasti wanita itu akan menghormati lelaki, takdelah isu menuntut hak. 'What u give, u get back arrr'. Masalahnya wanita ni ada 9 nafsu. Jadi bila menuntuh hak tu, jadilah yg bukan2 dituntutnya.

Ini pendapat peribadi, takde kena mengena ngan yg hidup atau mati. Harap maklum.

miss nad said...

well..nad setuju dgn mayameera...nothing more to say... :)

Deanz said...

Maya & Miss Nad,
banyak yag nak membela kaum wanita kan...lelaki macamana pulak?

mayameera said...

lelaki??? senang je kembali pada amanah yg ditugaskan. Jadilah pemimpin yg TERBAIK.

Ok. saya bg 1 contoh ek.. masalah pelacuran. Org kata kalo ada penawaran mesti ada permintaan. Ok. itu betul dr segi ekonomi. Tapi apa peranan org lelaki yg ditugaskan jd khalifah ni. Boleh ke diterima kalo mereka kata "dah ikan depan mata takkan kucing nak pandang je". Jadi tak gunalah jadi khalifah.

Sebagai khalifah dialah sepatutnya membantu dan membimbing org yg tersesat tu. Bukan berkata "alah... aku suka2 je, nak kawin nanti aku nak bini yg baik, sopan-santun". Amacam...

Tapi tak bermakna org pompuan boleh buat apa saja. Saya bela mana yg betul je. Tapi kalo dia sendiri nak jahanamkan hidup dia, dinasihat takmo dengar biaq pi la..

noorlara said...

Assalamualaikum,

Deanz, samada kaum lelaki sedar atau tidak sebenarnya kebanyakan lelaki yg merana oleh karenah wanita adalah atas kesilapan lelaki itu sendiri.

Lelaki mudah cair hatinye bila melihat wanita yg cantik, bila syaitan bergantung di mata, maka lelaki sudah melupakan betapa penting memilih wanita yang beriman, berilmu, ada kedudukan (pilihan) dan terakhirnya barulah kecantikannya.

Bila dah terantuk baru nak tengadah dan salahkan wanita, adilkah itu

ChikaDior said...

Ni personally i say ok...

Seorang wanita tu perlukan pertahanan dari sorang lelaki. PERTAHANAN. Pliz take note. Pertahanan maknanya berada di bwh lelaki la. Dan me myself as naturally born as woman, sy tak ske prinsip atau keje2 tak berfadeah tuk mengatasi lelaki. Sapa pon pompuan itu, tarafnya ttp di bwh lelaki especially husband. I know its sounds quite conservative but hey! Lelaki tak boleh manzalimi wanita sbb in what ways things are going about pon, wanita ttp lemah. Tapi utk perjuangkan hak yg melanmpaui batas, pompuan tak patut buat. "

but still..hidup wanita!

Deanz said...

Thanks Maya, noorlara & Dior,

Saya cuba fokus begini...terlalu banyak media cetak ataupun elektronik yang berkisar tentang wanita. eg: majalah Perempuan, wanita, Nona, Huda, Female, Ibu dan byk lagi lah...akhbar tempatan juga ada ruangan utk wanita. Di sana wanita bercerita tentang pengalman serta masalah mereka tentang lelaki. Ini belum termasuk slot di tv! Sokongan moral yg cukup besar kpd wanita.

Dan yang paling menarik perhatian ialah lapuran/berita tentang keganasan lelaki terhadap wanita. Lelaki seolah-olah pencetus kpd semua masalah kpd wanita. Media kita terlalu bias kpd lelaki!

Pada saya ini satu gambaran buruk. Sama seperti laporan berita tentang jenayah yg keterlaluan. seolah-olah Malaysia sebuah negara yg tidak selamat.

....(?) Sekian.

mayameera said...

Hmmmmm betul gak tu Deanz... setuju. Saya pun perasan. Saya rasa ini semualah yg menyumbang kepada 'kegilaan' wanita yg suka menuntut hak yg bukan-bukan tu. Saya pun terasa seolah mereka cuba meminggirkan lelaki. Kesian kat lelaki kan. Namun bagi saya orang yg berhak memimpin adalah tetap org lelaki. Hehehehe... jgn marah org pompuan, kita ni sebenarnya pelengkap kehidupan lelaki. Jadi biarlah org lelaki memimpin, kita jadi penasihat dan pendorong je.

Hehehehe... secebis pandangan je...

Deanz said...

Maya..kaulah ratu hatiku...hehehe..

Profession secretary yg kebykannya di monopoli oleh kaum wanita di raikan selama seminggu 'Secretaries Week' tapi Hari Bapa hanya sehari, itupun tak semeriah Hari Ibu...

pelikkan...(?)

jed1 said...

wow dasat topik ko ni deanz. Hidup wanita!!!! hehehe

p/s aku baru update my blog...bz ngan xde idea nak menulis last week :)

Deanz said...

...yer la tuuu Jed. Hidup wanita!!! Kesian aku :(

Tak der idea tu biasa la. Memang kadang-kadang kita kemandulan idea! hehehe..

www.AlidSorento.com said...

Jangan jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus... tapi makanlah ketam, sedap dan bagus untuk kesihatan. Saya suka makan ketam goreng berchilli atau gorang biasa sahaja... slurpppp!!!!

mayameera said...

wah... ketam. Bos nak belanja ke? sedap tu. Tapi saya ni kalo seafood saya suka ikan je, yg lain2 tu suka gitu-gitu je...

Bos nanti belanja makan ketam ek????

Anonymous said...

Excellent, love it! film editing schools