February 13, 2006

BUKAN 18SX

'Tiada kes tangkapan maksiat di Zoo Melaka'
Oleh Hasnira Hassan

MELAKA:
Zoo Melaka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjadikan kawasan itu sebagai lokasi maksiat dan bersedia membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bagi membendung kegiatan itu.

Pengarahnya, Mohd Nawayai Yasak, berkata adalah sukar bagi pihaknya mengawal kegiatan pengunjung yang menyalahgunakan kawasan mereka sebagai pusat rekreasi keluarga dan pendidikan.Bagaimanapun, katanya, pemantauan sentiasa dijalankan bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara yang menyalahi undang-undang atau mencemar nama Zoo Melaka.

"Sehingga kini, belum ada sebarang kes tangkapan maksiat di Zoo Melaka...kita sentiasa memantau, sekadar pegang tangan dan duduk di bangku yang disediakan...kita masih bertolak ansur.

"Tetapi, jika aduan mengenai kegiatan maksiat, kita tidak boleh berkompromi, dan kita akan laporkan pada Jaim," katanya kepada Berita Harian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak bahawa Zoo Melaka dijadikan sebagai sasaran lokasi maksiat oleh remaja.



Lokasi : Parking lot Zoo Melaka , Masa : Ahad malam Isnin (3:28 a.m)

Bunga : 'Kat sini tak best la yang...lampu terang...'

Kumbang: 'Kita tengok dalam kereta jom, baru line clear'

Dalam kereta;

Bunga : Hmm...kat sini baru best bole tengok puas-puas..hehehe..'

Kumbang: 'mmmm..' (berfikir, seribu persoalan dalam kepala)

Bunga: 'Alaaa u ni kenapa wat muka macam tu...macam tak biasa jer..'

kumbang: 'Mmmm...Memang tak biasa'

Bunga: 'O.k kita tutup dengan jaket u bole?'

Kumbang: 'Boleh..boleh ' (masih berfikir)

Bunga: Bukak la zip tu...baru boleh tengok, slow la u nih..'

Kumbang:' Mmmm...tak biasa la...'

Bunga: 'Laaaaa awak niiii...bukak zip jaket tu, kita tengok dari bawah jaket jam tangan baru yang father i beli sempena birthday i ni. Cantik kan? Boleh menyala lagik...jap kaler merah..jap biru... Nak harap u hampeh!! Langsung tak ingat birthday i !'

Kumbang: Ha'ah cantik..cantiiiik sangat...' (Masih dalam kebingungan sambil tangannya memegang zip seluar )

*Apakah klasifikasi bagi senario di atas? U, 18SG, 18SX, 18PA atau 18PL?

7 comments:

Masy said...

Salam..
kumbang tu sape?u ke? ;p

btw,mereka yg mmbuat maksiat kat zoo melaka tu nk dapatkan inspirasi dr penghuni2 zoo tsebut. sekian.

Semut Api said...

Masy..
Dah sure la kumbang..takkan i lak ..

Nak cari ilham tulis blog kot...lagi pun kat luar zoo tak kena tangkap kan.. :D

Masy said...

hohohoo..patutlaa ada org dok tanya2 pasal zoo melaka aritu ekk..rupenye ada hal..

no wonder..

shafarina said...

zoo = banyak haiwan
tenet dlm zoo = macam haiwan

Semut Api said...

Masy...
.....tak tau bahaya.

Wan,
Dalam zoo ada haiwan, dalam manusia ada haiwan...dalam haiwan tak de manusia...

Chika Chika said...

dlm kelompok monyet... manader terdapat manusia.Tp dlm kelompok manuisa, byk terdapat monyet-monyet.Termasuklah monyet liar... peace, brother!

lawa jam... owh, baru ku tau kamu ni suka pakai jam camtu.akan ku hebohkan ke seluruh buana ini... HAHAHAR!

Semut Api said...

Dior,
Populasi monyet dah berkurangan ..byk hutan dah kena tebang wat kondo..monyet mati dilanggar kereta...Peace..

Lawa sejak berwajah baru ni..tak macam dulu..buat facial ke? Akan ku canang ke seluruh alam...HAHAHAHA!!!