Salam Sejahtera,
Mengapa sehari hanya 24 jam. Aku hanya perlu sedikit waktu rehat (minda) dan boleh tidur di waktu yang normal dengan pengurusan waktu yang efektif.
Kita berasa lelah atas kesibukan-kesibukan yang di hadapi. Kesibukan benar-benar menyita waktu ku. Dua puluh empat jam sehari terasa tidak cukup untuk melakukan segala aktiviti. Kadang-kadang terfikir juga dan berandai-andai, sekiranya aku boleh mengubah putaran waktu sehari dari 24 ke 30 jam atau mungkin lebih. Mustahil ke? Pada aku boleh! Apa kata kita tukarkan sahaja per minitnya bukan lagi 60 saat tetapi dikurangkan kepada 30 saat per minit. Amacam ?
Namun ternyata ada sesuatu yang harus difikirkan di sebaliknya. Kita tahu bahawa semua orang itu sama. Iaitu sama-sama hidup 24 jam sehari, 60 minit satu jam, dan 60 saat seminit. Biar sesibuk mana sekalipun kita hanya ada 24 jam sehari!
Dengan kesamaan ini ternyata pengurusan waktu adalah berbeza-beza. Ada yang merasakan kalau sehari 24 jam itu terlalu panjang waktunya bahkan ada pula yang merasakan sebaliknya. Kita refleksi kepada diri sendiri, apa yang kita dapat lakukan dalam 24 jam? Mungkin hanya sedikit ini dan sedikit itu... (?)
Tetapi jika melihat orang-orang yang hebat mengatur waktu, meskipun diberikan waktu yang sama, tetapi produktivitinya berbeza. Ada yang dapat melakukan banyak ini, itu, ini-ini dan itu-itu...
Sekian untuk kali ini, aku nak kembali menyibuk!

11 comments:
Aku sememangnya seorang yang tidak pandai sangat dalam bab2 pengurusan waktu nie.
Wan,
Tidak dinafikan bukan sesuatu yg mudah untuk menguruskan masa. Demi masa kita sentiasa tidak punyai waktu... :D.
Deanz,
sudah tak tahu berapa kali sy attend Time Management course.
Never works!
if only I can have 26 hours per day, then I have that extra two hours for a good sleep since I am lacking of quality sleep due to work, studies and family.
roar by Greenmonster
Hi Deanz,
Abgjas pernah juga terfikir nak tulis pasal 24 jam ni tapi tak cukup masa (nak 26 jam sehari kot...).
Kadang2 kepantasan kita menyiapkan kerja, tak secepat org lain dlm tempoh yg sama. Org dah siap, kita separuh jalan. Itu sebabnya kita kelihatan tk cukup masa.
GM.
Happy weekend..rehat sepuas-puasnya hujung minggu ni..
Abg Jas,
skill memang berbeza yg penting kualiti tetap excellent.. & good luck.
manusia mmg jarang puas dgn anugerah Ilahi..
masy,
...kerana kita tidak pandai merefleksi diri sendiri. txs..
saya rasa kepentingan masa pun dah jelas dlm surah al-'As. masa mcm 'benchmark'. kukuh, tak boleh diubah. mcm kompas. rasionalnya, jika masa boleh diubah atau boleh menunggu kita, maka.. manusia makin menjadi 'tuan'. atau orang tua-tua selalu kata, "naik lemak"! haha!
arianna,
Orang jepun kata ..masa itu mata pedang. Kita lambat maka maut lah jawabnya!
sebenarnya masa yg tlh diberi pada kita 24jam sudah sememangnya cukup.
yg membuatkan ianya tak cukup adalah sikap kita sebagai manusia yg tidak pernah bersyukur/puas dengan apa yg ada..
Time management is very important in our life...suka atau tidak kita tetap perlu menguruskan masa yg 24jam itu sahaja dan tidak akan ada 25jam ataupun 26jam..
Ija,
tak di nafikan time management mmg penting. Begitu juga dgn sebarang pertemuan perlu perancangan teliti..
Post a Comment