December 16, 2012

Durian luruh lagi...(?)

Salam Sejahtera,

Musim durian tiba lagi. Raja buah ini mula menguasai pasaran tempatan buah-buahan Malaysia. Durian tidak lagi menjadi buah elit seperti satu masa dulu. Ia mudah didapati dimana-mana sahaja. Dari pasaraya besar, gerai tepi jalan sehingga gerai-gerai segera di depan rumah atau di pinggir dusun…semuanya fresh dan mudah dinikmati. Harga bukan lagi satu halangan kerana ianya murah, berpatutan dan berbaloi membelinya!

Gerai-gerai payung di tepi jalan kadang-kadang boleh mendatangkan kekeliruan kepada kita untuk membezakan yang mana satu gerai durian dan yang mana satu payung speed trap polis tapi apa kome nak heran, saman boleh bayor… :) 

Musim durian makan durian.


Malahan suatu ketika dulu , Kelab Penggemar Durian (Durian Enthusiast Fan Club – DEFC) telah ditubuhkan. Kelab ini bertujuan utk menggalakkan penggemar raja buah ini bertukar pendapat sekaligus memahami lebih mendalam berkenaan durian. Ia juga bertujuan menggalakkan penanam durian mengekalkan dan meningkatkan lagi hasil tanaman mereka. Bagi kita ini satu pengiktirafan bagi gologan tani dan buah-buahan tempatan negara kita. Tahniah!

Seperkara lagi, untuk mendapatkan durian yang baik dalam satu longgokan durian memerlukan kemahiran yang tinggi untuk berbuat demikian. Kebanyakan peraih yang biasa membeli durian daripada pekebun mempunyai kemahiran ini. Menurutnya, kebanyakan buah yang ditebuk tupai adalah buah yang lazat dan berkualiti… (?)

.

No comments: