Aktres yang popular menerusi drama "Dunia Anita",
Fazurina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd Famir menafikan dakwaan
suaminya tidak dikenali pihak keluarganya lantas menyebabkan dia
mengambil keputusan untuk kahwin lari.
Dipetik dari sebuah laman hiburan tempatan, aktres berusia 30 tahun ini
menegaskan tiada istilah kahwin lari atau keluarga pihak perempuan tidak
mengenali suaminya, Hykal Zulkifli kerana keluarga masing-masing
tinggal di satu blok kondominium yang sama di Hartamas.
Sebelum ini heboh diperkatakan bahawa Fazurina telah membelakangi
keluarganya dan membuat keputusan untuk berkahwin bersama pilihan
hatinya di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang berwalikan bapa
saudaranya.
"Memang benar saya telah dinikahkan oleh bapa saudara saya sendiri.
Ramai ahli keluarga yang datang, cuma ibu bapa dan adik-beradik saya
sahaja yang tiada.
"Isu keluarga saya tidak mengenali satu sama lain dengan suami memang
tidak benar kerana kami tinggal di satu blok yang sama, cuma tingkatnya
yang berbeza sahaja. Keluarga Haykal di tingkat 16, manakala kami di
tingkat 14," kata Fazurina yang menjelaskan keadaan sebenar.
Fazurina kahwin tanpa restu |
Tambahnya lagi, suaminya itu turut mengenali adiknya, Siti Fazurita Mohd
Famir yang pernah menjayakan drama terbitan syarikat produksi miliknya
bersama suami iaitu Tripix Studio sebagai pelakon tambahan.
Fazurina turut menyatakan rasa terkilan apabila adiknya
membesar-besarkan situasi tersebut sehingga timbul kontroversi kononnya
dia berkahwin lari.
"Pihak keluarga Hykal pernah datang merisik, namun ditolak oleh ibu dan
saya sendiri tidak mengetahui sebabnya. Saya mengambil keputusan untuk
meneruskan pernikahan selepas merujuk dengan ustaz-ustaz untuk
bertanyakan tentang situasi ini. Malah saya telah melakukan solat
istikharah," jelasnya yang berharap agar pintu hati ibunya akan terbuka
menerima Hykal sebagai seorang menantu.
"Walaupun ibu tak bagi, saya tahu satu hari nanti pasti hatinya akan
terbuka. Saya percaya hubungan antara ibu dan anak tidak akan terpisah."
Selepas majlis pernikahan yang berlangsung baru-baru ini, Fazurina dan
Hykal bakal diraikan dalam satu majlis resepsi yang bakal diadakan pada 9
Februari 2013 di Pulau Pinang.
.
1 comment:
selamat pengantin baru..
Post a Comment