Facebook dituduh melakukan 'pencabulan data'
secara besar-besaran menerusi perkhidmatan terbaharu memuat naik gambar
dari telefon bimbit penggunanya secara automatik ke pelayan laman web
jaringan sosial itu.
Laman sosial itu pada Jumaat lalu mula meminta pengguna aplikasi
telefon bimbitnya supaya mengaktifkan perkhidmatan baharu dikenali
sebagai Photo Sync.
Perkhidmatan tersebut secara automatik akan memuat naik semua gambar
dalam telefon bimbit pengguna ke album peribadi di laman web jaringan
sosial tersebut.
facebook addicted |
Facebook juga mempunyai akses kepada semua gambar tersebut, walaupun
pengguna tidak memberi kebenaran sama ada untuk berkongsinya dengan
rakan-rakan mereka.
Keadaan itu bermakna Facebook secara sah memiliki fail-fail berkenaan
termasuklah lokasi gambar tersebut diambil serta boleh menggunakan
teknologi pengecaman muka untuk mengenal pasti identiti individu di
dalam gambar tersebut.
Pakar berkata, pada peringkat asas, Facebook boleh menggunakan maklumat itu untuk mereka iklan khas berdasarkan lokasi.
"Bagaimanapun, digabung dengan teknologi pengecaman muka, keadaan itu
membolehkan Facebook mengetahui secara automatik siapa rakan-rakan
pengguna dan di mana mereka,'' kata pakar. - Agensi
2 comments:
facebook buat keje gila.
be carefull shaf...
Post a Comment