December 01, 2012

Harimau Malaya bakal menang dengan Indon...(?)



JIKA awal minggu ini rata-rata kebanyakan pihak mengecam Harimau Malaya selepas tewas 0-3 kepada Singapura, hari ini keyakinan peminat bola sepak tempatan semakin tinggi, malah mereka menjangkakan Malaysia mampu mengatasi Indonesia dalam saingan terakhir Kumpulan B.

Apa yang pasti, penyokong setia Harimau Malaya mengharapkan sejarah hebat berulang pada Piala AFF Suzuki 2012.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, peminat tidak mahu Harimau Malaya mendabik dada atau diulik mimpi dengan kemenangan tersebut.

AFF Malaysia vs Indon


Sebaliknya, mereka beranggapan masih banyak yang perlu diperbaiki skuad kebangsaan sebelum turun dalam aksi terakhir menentang Indonesia yang diibaratkan aksi ulangan final dua tahun lalu.

Pemain negara juga diingatkan supaya mengelak daripada melakukan kesilapan jika tidak mahu dihukum dengan kepantasan pemain Indonesia khususnya Andik Vermansyah.

Berdasarkan tinjauan, rata-rata peminat Malaysia melahirkan keyakinan dan mereka mahu skuad kebangsaan berjuang dan bermain dengan p


enuh semangat seperti mana yang dilakukan ketika perlawanan menentang Laos sebelum ini.

No comments: