May 31, 2005

ANTI ROKOK


31 Mei-Hari Tanpa Rokok Sedunia. Adakah kita menyedari tarikh ini? Apa kesudahan kempen Tak Nak! kita? Banyak ding-dong sangat khabarnya....

Dan hari ini kempen anti merokok dikempenkan di seluruh dunia...







Smoking spoils your looks.
Sekian.

May 30, 2005

3000


May 28, 2005 -12.15 (Sabtu)

Pada tarikh & masa tersebut blog aku telah mencecah 3000 pelawat! Baru tiga bulan aku lancarkan blog ni bermula Mac 2005 yg lepas. Actually dah lama aku berblogging lebih kurang dua tahun lepas, tapi malangnya blog yg lama bermasalah dan aku terpaksa cabut talian hayat untuk menamatkan terus riwayat dia (zalim ke aku?). Setelah dikafan dan di talqinkan terus aku kuburkan dia. Biasala, yang patah kan tumbuh, yang hilang aku terus dilupakan..itu realitinya ..tak usah nak tipu!

Apapun jutaan terima kaseh yg tak terhingga kepada semua yang sudi melawat blog aku..kerja-kerja amatur jer... (hehehe..selalu sangat aku cakap macm ni). Dari pemerhatian aku banyak kategori pelawat dalam blog aku.


  • Ada yang melawat sekadar membaca then terus blah...(lepas tu dia datang lagi ke tidak aku tak tau) Melihat kepada counter side pelawat, kategori ini yang paling ramai melawat. Tinggalkan ler jejak senang aku nak trace korang...;-)

  • Ada yang melawat, membaca dan meninggalkan komen tapi tak memperkenalkan diri. (malu kooott...)

  • Ada yang melawat, membaca, mengomen dan memperkenalkan diri serta mempelawa melawat ke blongnya... (terima kaseh...Salam ukhwah dari aku)

  • Ada yang melawat dan menghalkum sekali...( juga berbyk terima kaseh, meriah shoutbox aku)

  • Ada yang langsung tak melawat...kesian aku :-(

Blog ini juga telah merapatkan aku dgn kengkawan yg dah lama terpisah dan memperkenalkan aku kepada rakan-rakan blogger yang baru. Ada yang aku dah jumpa dan ramai yg tak jumpa lagi..tengok gambar dari blog depa ada la...Blogger termuda yang aku jumpa (secara interaktif) baru berumur 19 tahun, walaupun beliau muda pada usia tetapi aku salute pada tulisannya..tahniah Dior! (macam brand product barang pulak)...tolong reply kalau terbaca entri ini...heeee..

Tiga bulan 3000 pelawat, bermakna secara puratanya 1000 pelawat sebulan. Dalam masa seminggu 250 pelawat. Dalam sehari 33 individu melawat...kira o.k la juga tak menang tangan nak buat air!..hehehe..

Melihat kepada realiti angka pelawat di atas aku cuba memikir sebaliknya.3000 + 1000 + 250 + 33 = 4283. Kalau aku tukarkan kepada RM amount tu, tak ke jadi RM4283.00 (Empat ribu dua ratus lapan puluh tiga shj) Lumayan kan?

Berangan la ko deanz..zzzzzzzzzzz....

o.k chau dulu...nak pi toilet cari ilham...:)

hari ini May 31, 05

May 27, 2005

TO ( I ) LET


'Wooiii...cepat la sikit! Aku dah tak tahan ni..'

'Kejap la tengah syok ni...sibuk je la ko ni..'

'Aku dah abis dua batang rokok tunggu ko...punya la lama!'

'Aku sakit perut la...dah tujuh kali aku memerut dari malam tadi tau..'

'Cirit la tuh..'

'Ha'ah...menyumpit-nyumpit lagi ko....kah! kah! kah!'

'Hamlau punya budak! Pengotor la ko..cisss! Uweeekkk!! Dah la tu simpan esok lak, aku pun nak buang hajat jugak ni'

'Banyak la ko punya hensem, aku tak abis meneran lagi ni...pi la cari jamban lain!'

'Cehhh! Hampeh punya kawan....aduhhh! Nak terkucil dah....'






Kita selalu melihat tandas sebagai satu tempat yg kotor, berlendir, berbau, hanyir, hancin dan berbagai istilah lagi yang meloyakan tekak kita. Tahukan kita banyak aktiviti yang kita boleh lakukan semasa kita melepaskan hajat di tandas.

Dalam mengejar arus perubahan yg semakin pantas masa amat terbatas bagi kita. Tandas bukan sahaja tempat untuk kita bermenung sambil melepas. Bawalah akhbar bersama dan bacalah berita terkini sehelai demi sehelai, atau rancangkan apa yg akan kita lakukan selepas keluar dari tandas. Mungkin beberapa masalah kecil kita boleh selesaikan semasa proses pembuangan tadi...Ataupun bersms lah kepada rakan sekurang-kurangnya untuk bertanya khabar...tetapi awas jgn sampai telefon tangan anda terjatuh dalam lubang toilet! (sekadar menyebut beberapa contoh).

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata:

"Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim.



May 25, 2005

SELAT MELAKA

Salam...

Selat Melaka pernah menjadi laluan perdagangan penting di zaman kegemilangan Melayu Melaka satu ketika dulu... Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.

Baru-baru ini semasa lawatan PM ke Belanda, beliau menyatakan rasa kurang senangnya pihak luar mencampuri urusan mengawal keselamatan di Selat Melaka kerana yang berhak hanyalah Malaysia, Indonesia dan Singapura.



Senario menjelang senja di pantai BNO...

Pantai Bagan Nakhoda Omar(BNO), Sabak Bernam yang merentangi sebahagian daripada Selat Melaka adalah salah satu pantai yang dimajukan sebagai satu tempat rekreasi di Negeri Selangor. Aku sempat bersantai di pantai ini sempena cuti Wesak Day baru-baru ni, Banyak perubahan disekitar pantai tersebut tetapi malangnya jalan masuk ke kampung aku still belum di naiktaraf walaupun sebelum ini beritanya telah tertulis di sebuah akbar tempatan. YB tolong la tengok sikit, takkan nak publish kat paper lagi sekali baru nak kecoh macam hari tu? Hasrat MB dengan slogannya Selangor Maju 2005 takkan tercapai kalau begini keadaannya...

May 23, 2005

SAJAK SIAPA (?)


Cinta itu...
hadir tanpa diundang
menyapaku sambil berlalu....
kata manisnya, lafaz cintanya
membuat seluruh anggotaku bergetar

tiap kali ucapan itu kau lafazkan....
dan aku bagai sang puteri yang beradu
disulami bait-bait puisi yang mengharu
menyentuh diriku yang tak mampu lagi
berdaya untuk hidup tanpa cintamu....

aku hanya seorang gadis
yang sering ketandusan kasih
yang sering kehilangan arah
yang sering mencari erti setia seorang insan
bernama kekasih...
engkaukah itu....

tapi malam itu menyaksikan aku
bukanlah "yang kau cari"
aku hanya titisan hujan
sedangkan kasihmu padanya seluas lautan....
dan kau buat aku cukup mengerti...

airmataku tumpah jua akhirnya
untuk sekian kalinya
malam itu mengajar aku untuk
menjadi 'diriku kembali"...
alangkah sempitnya laluan yang bakal kulalui ini........

buatmu..
maafkanlah aku......




jue
06 May, 2005 09:34



p/s. Kepada sesiapa yang nak tuntut royalti atas sajak di atas, sila contact aku...

May 20, 2005

SEBUAH TRAGEDI KLASIK

Salam...

Di negara ini kemalangan adalah salah satu dari pembunuh paling popular di kalangan kita. Statistiknya tidak pernah berkurangan dari masa ke semasa seiring dengan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya. Jumlah kematian serta kemalangan semakin menggerunkan apabila menjelang musim perayaan.

KLANG, SELANGOR
Keriangan seorang murid untuk menghadiahkan kerongsang kepada ustazahnya sempena Hari Guru hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia mati digilis treler di Lebuh Raya Shapadu, Kampung Rantau Panjang kira-kira pukul 1.15 tengah hari ketika Nur Salina Saparedi, 7, murid tahun satu SRA Rantau Panjang.

Lebih memilukan lagi apabila kejadian itu berlaku di depan mata ibunya sendiri, Arliza Mohd. Sani, 37, yang mahu menghantarnya hingga ke seberang jalan tetapi mangsa sendiri beria-ia melintas jalan bersama rakan-rakan lain.

Khabarnya lebuhraya tersebut telah mengorbankan puluhan nyawa penduduk sekitar. Kemuncak daripada peristiwa tersebut ratusan penduduk kampung membuat demontrasi setelah hampir 20 tahun penduduk di sekitar Rantau Panjang di sini bersabar dengan pelbagai kerenah lori-lori besar di Lebuh Raya Shapadu Lama, perasaan marah mereka yang dipendam selama ini akhirnya meletus.

Lantas riuh rendah lah sekitar kampung Rantau Panjang dengan stesyen TV, orang politik, rakyat biasa, berpangkat datuk dan YB tolong havoc sekali untuk sama-sama perihatin dan memberi 'perhatian' kepada media...


Na'uzubillah.....

Seperti biasa reaksi klasik secara sepontan Kementerian Kerja Raya, Kementerian Penganqkutan, PBT dan kerajaan negeri berjanji akan menyiasat perkara ini dan akan menguatkuasakan undang-undang secara lebih berkesan. Kemudahan prasarana yang sepatutnya ada juga perlu disegerakan dengan nada arahan mandatori!


TEMPLER PARK, RAWANG
Seorang suami dan bapa yang baru 15 minit meninggalkan anak-anak dan isteri untuk keluar berkerja mati serta merta di tempat kejadian setelah kereta yang dipandunya ditimpa muatan kayu sebuah lori ketika berselisih dengan lori tersebut.

Menurut siasatan polis lori yang membawa muatan kayu telah membawa muatan yang berlebihan dan tidak ditutup dengan kanvas atau pun diikat dengan betul.

Seperti biasa reaksi klasik secara sepontan Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Penganqkutan berjanji akan menyiasat perkara ini dan akan menguatkuasakan undang-undang secara lebih berkesan. Jabatan Pengangkutan Jalan diarahkan membuat rondaan lebih kerap memandangkan laluan tersebut merupakan laluan popular kenderaan berat dan sekali gus penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dgn lebih berkesan. Kementerian Pengngkutan pula berjanji akan menyemak garispanduan serta undang-undang sedia ada bagi muatan kenderaan berat bagi memastikan peristiwa ini tidak berulang.

Tetapi apa yang kita lihat masih banyak lagi kenderaan berat yang tidak mematuhi undang-undang muatan termasuk aspek keselamatan yang perlu bagi muatan yang di bawa. Apakah perlu ada lagi kemalangan yang sama berlaku ?


...gambar hiasan

LANCHANG, PAHANG
Sebuah bas ekspres dan sebuah lori bertembung di jambatan setelah lori yang membawa muatan minuman cuba mengelak penunggang motosikal yang sama-sama melalui jambatan tersebut. Kemalangan tragis ini juga telah mengorbankan nyawa manusia sebagai taruhannya.

Jika diperhatikan jalanraya di negara ini pada asasnya mempunyai dua lorong bertentangan arah perjalanan. Jambatan pula akan dibina disetiap laluan yang merentangai sungai atau taliair. Struktur jalanraya pula perlu ada bebahu jalan tetapi yang peliknya ia akan mengecil (tanpa bebahu jalan) apabila melalui jambatan. Keadaan ini pasti mengundang bahaya kerana bebahu jalan boleh di gunakan dalam keadaan terdesak atau kecemasan! Anda tidak percaya? Perhatikan sendiri berapa peratus daripada jambatan di negara ini yang berbahu jalan. Kebanyakannya mengecil dan merbahaya kepada pengguna jalanraya.

Seperti biasa sekali lagi reaksi klasik Kementerian Kerja Raya, aku masih ingat lagi dalam kenyataan melalui menterinya berjanji akan menyiasat perkara ini dan mengarahkan Jabatan Kerja Raya untuk membuat bancian ka atas semua jambatan di seluruh negara. Sehingga hari ini jambatan tetap tidak berbahu jambatan dan kita pun tak tahu apa hasil kajian tersebut (?) dan kemalangan yang serupa pasti akan berulang lagi, cuma mengunggu masa dan ketikanya sahaja...

Dan lebih memelikkan lagi setiap kali statistik kemalangan di laporkan, kecuaian pengguna jalanraya masih menjadi sebab utama punca kemalangan! ishhh! Pening kepala aku nak pikir ...




sekian, sekadar menulas.

May 17, 2005

OOOPS! APA CERITA NI?


Rakyat Nepal dirotan, dipenjara kerana disangka pendatang haram
Malaysiakini.com, May 13, 05 7:13pm

Seorang rakyat Nepal disebat dan dipenjara selama 51 hari di Penjara Kajang kerana disangka pendatang tanpa izin walaupun dia mempunyai permit kerja yang sah, demikian menurut laporan sebuah akhbar hari ini.
Sebelum ini pun, beberapa badan hak asasi manusia, termasuk Amnesty International, telah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kemungkinan berlaku penganiayaan seumpama itu apabila operasi penangkapan pendatang asing dilancarkan.


Utusan Malaysia,

Harga teh tarik naik
KUALA LUMPUR 16 Mei - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal hari ini mendedahkan ada peniaga yang menaikkan harga teh tarik sebanyak 30 sen ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.


Syor lanjutkan program PLKN kepada 6 bulan
MELAKA 16 Mei - Kerajaan dicadang melanjutkan tempoh Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada enam bulan bagi membolehkan semangat patriotik dipupuk sepenuhnya di kalangan para peserta.


Anekdot,
Ooopps ! Siapa yang untung, siapa yang rugi ..(?)



May 15, 2005

CAKAP PAKAI OTAK !

Salam...

Manusia berfikir menggunakan otak. Dari segi fisiologinya baik manusia ataupun binatang mempunyai otak. Malah dari segi bentuknya, tidak banyak beza antara otak manusia dengan otak binatang. Namun dari segi psikologinya, otak manusia sebenarnya jauh bezanya dari otak binatang. Ini kerana otak manusia boleh berfikir tetapi tidak bagi otak binatang. Aristotle pernah mentakrifkan manusia sebagai haiwan yang boleh berfikir.

Tetapi sebaliknya kalau manusia berkomunikasi secara lisan atau bertulis tanpa menggunakan otak, ia tidak jauh beza dengan binatang! Kalau binatang yang tak faham bahasa perlu di hambat untuk faham bahasa...maka manusia yg punya otak juga boleh diperlakukan begitu!




Jangan lah kita berfikir secara bodoh dan berbalah sesama sendiri. Kita bukan masyarakat sakit mental! Jauh sekali golongan hilang akal! Banyak benda lain yang kita boleh bincang secara kritis walaupun agak sinikal dan buangkan jauh-jauh pemikiran dibawah standard orang dewasa. Buat menyemak jerrr....Kita bukannya dari masyarakat kerbau yang dicucuk hidung dan dilepas di tanah berlumpur lantas memberontak, mengamuk...habis sekampung terpalit !!

Berfikirlah secara dewasa, kita di beri akal oleh Yang Maha Pencipta untuk membezakan yang mana baik & yang mana satu buruk ! Percayalah....

May 13, 2005

HARI INI DALAM SEJARAH

13 Mei...

Adakah kita masih ingat ataupun tahu peristiwa berdarah negara kita pada tarikh ini? Arwah datukku sering bercerita tentang peritnya erti hidup pada ketika itu. Dalam sejarah Malaysia peristiwa berdarah 13 Mei telah mencatatkan satu titik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap rakyat di negara ini. Pertumpahan darah dan kacau bilau yang dahsyat yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu hampir menghancurkan negara.



Trajedi ini telah membuka mata semua pihak bahawa perpaduan dan keharmonian amat penting untuk negara. Pengajaran yang kita dapat perolehi daripada peristiwa 13 Mei 1969 ini ialah rusuhan kaum tidak menguntungkan mana-mana pihak,mengorbankan banyak nyawa dan harta benda !


Anekdot,
Biar buta mata jangan buta sejarah...

May 12, 2005

BELIEVE IT OR NOT (?)


Sama ada anda percaya atau tidak negara kita semakin 'terbuka' dalam banyak perkara dan iklan ini salah satu daripada dasar terbuka Malaysia...




Isu halal haram selalu menjadi topik hangat di negara kita. Logo halal boleh dibeli dengan hanya RM2 dan bebas digunakan direstoran non-halal. Satu hari nanti supaya tidak mendatangkan was-was logo ini patut di perkenalkan.




For display only, not for sale.




Jika diamati tiada apa yang pelik pada gambar ini, percayakah anda ada imej tak diundang disebelah gadis ini..(?)

May 10, 2005

INDEKS KEBEBASAN BLOG (?)

Pelajar tutup blog selepas diancam tindakan mahkamah
Berita Harian, 10 Mei 2005


SINGAPURA:
Seorang pelajar Singapura terpaksa menutup laman web ‘blog’ miliknya dan memohon maaf secara terbuka selepas sebuah agensi kerajaan republik kecil itu mengugut untuk mendakwanya atas unsur fitnah kerana mengecam sistem biasiswa dan dasar negara itu.

Pelajar lepasan ijazah, Chen Jiahao, 23, yang mengikuti pengajian di Amerika Syarikat berkata, dia menutup laman web peribadinya itu selepas agensi kerajaan, A*STAR yang terbabit dalam usaha penyelidikan dan sains, mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan yang disifatkan sebagai palsu dan tidak berasas.


Tindakan kerajaan itu bagaimanapun disambut dengan kecaman penasihat media dan serta pertubuhan prokebebasan media antarabangsa.Chen berkata, dia memadamkan semua bahan dari laman webnya itu dan menyiarkan permohonan maaf pada 26 April lalu selepas menerima e-mel daripada ketua agensi berkenaan.Agensi itu memaklumkan yang permohonan maafnya sebelum ini tidak ikhlas dan mahukan permohonan maaf baru.

Kelmarin, dia memohon maaf semula menerusi laman web blog ‘Caustic Soda’ yang antara lain menyatakan ‘saya memohon maaf secara terbuka kepada Pengerusi A*STAR, Philip Yeo dan pegawai eksekutifnya kerana menyebabkan mereka malu dan tertekan.’



Sementara itu, pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Without Borders) berpejabat di Paris membangkitkan masalah terbatasnya kebebasan bersuara di Singapura - antara 20 negara yang paling rendah markahnya dari segi indeks kebebasan media.“Chen mengecam beberapa dasar A*Star yang terbukti tiada unsur khianat,” kata Julien Pain, ketua Unit Kebebasan internet pertubuhan antarabangsa itu.

Dalam kenyataannya minggu lalu, A*STAR berkata, biarpun mengaku keperluan pelbagai pendapat yang disiarkan media, tetapi kenyataan dalam blog Chen mempunyai unsur melampau daripada sekadar ulasan adil.Mereka yang mengendalikan blog atau blogger tidak semestinya wartawan. Ada beribu-ribu blog di internet yang menjadi tumpuan kerana kandungan ulasan politiknya. – Reuters

May 08, 2005

TABAH SEORANG IBU...

Salam...



Pernah di suatu ketika dulu, di suatu petang, ibu pulang dengan tapak kaki berdarah. "Tertusuk kayu," katanya. Setelah ke kebun, berladang sejak pagi, wanita yang kasihnya tak ternilai itu pulang dengan sedikit keluhan, "Ahh..Tidak apa-apa, cuma luka kecil " terang ibu tetap tersenyum.

Ayah seperti biasa, musim menuai telah tiba. InsyaAllah setiap hujung minggu ia akan menjenguk kami lima beranak yg di tinggalkan. kami faham sangat ayah ke sawah bergubuk di tepi sawah untuk beberapa hari bagi memastikan proses penuaian padi berjalan lancar.

Begitulah kami, empat beradik. Selepas Asar kami berempat menunggu setia kepulangan ibu di tangga rumah. Si abang bertindak sebagai pilot dengan kuasa veto yg tiada siapa boleh ingkar perintah sepanjang ketiadaan ayah buat sementara waktu...

Kadang-kadang, kami tertanya-tanya di dalam hati, 'Penatkah ibu?'

Biasanya adik-adik berebut untuk menjadi tukang picit ibu, di kepala, di kaki, tangan dan badan habis di gomol. Ibu tersenyum sambil menggosok-gosok kepala mereka. Tidak lama selepas itu, bukannya ibu yang tertidur, tetapi kami yang terlelap satu persatu terbuai indahnya nasihat seorang ibu.

Tengah malam terbangun, melihat ibu masih duduk bersimpuh di sejadahnya. Ia menangis sambil menyebut nama kami satu persatu agar Allah membimbing dan menjaga kami hingga menjadi orang yang sentiasa membuat ibu tersenyum bangga kerana pernah bersakit melahirkan kami. Termangu sekejap untuk kemudian terlelap kembali hingga menjelang subuh ibu membangunkan kami.

Menjelang subuh wanita yang ketulusannya hanya mampu dibalas oleh Allah itu menyiapkan kami serta sarapan pagi untuk bekal kesekolah. Sabar melayani kerenah kami. Tak pernah kami lihat ia mengeluh walau menitis peluhnya. Satu tanyaku di kala itu... bila ia terlelap?

Wanita yang namanya diagungkan Rasulullah itu, tidak pernah marah atau kesal. Sebaliknya dengan segenap cinta yang dimilikinya ia berkata di suatu subuh yang bening, "Abang sudah besar, bantu ibu ya."

Bergenang airmataku, apakah ibu sudah terlalu penat? Dalam hatiku bertekad selagi hayatku dan hayatmu masih ada, takkan ku sia-siakan harapanmu...percayalah! Ayah menggosok belakangku seperti mendengar lafaz tekad dalam hatiku.....




Ibu, setinggi-tinggi penghormatan buatmu yang mengajarku tentang kekentalan, ketabahan dan kesabaran. Semoga Allah mengutamakan mu dalam setiap urusan...amin...

May 06, 2005

JANGAN ADA BENCI

JANGAN ADA BENCI
(salam pantai timur)

jangan kipas suasana
apalagi sedang panas
tambah panas
hati-hati terbakar nanti

pasang telinga
pasang hati
kekanglah emosi
buka otak tahan diri
jangan ada benci

bila lidah penuh benci
bawa dendam
lalu bakarlah emosi

adakah masih ada pintu maaf
memang kesalahanku
ternyata engkau masih sendiri
moga ada titik terang kehidupan...

Jumaat Mac 26, 2004 -12:09 pm


...dedicate to someone

Selamat Pengantin Baru
walau aku terakhir yang tahu
dari teman-temanmu
moga berkekalan ke anak cucu...





May 03, 2005

Lagenda Tangkuban Perahu

Salam...

PADA bulan Ogos 1883, dunia dikejutkan dengan letupan Gunung Berapi Krakatau yang terletak di Selat Sunda, Indonesia. Kejadian bencana alam yang dianggap antara paling buruk dalam sejarah dunia itu telah mengorbankan lebih 36,000 orang.



Penghujung tahun lepas sekali lagi indonesia ditimpa bencana alam, tsunami melanda dan kali ini jumlah mangsa terlibat lebih 10 kali ganda dari bencana Krakatau. Bencana itu sekali lagi telah mencatat sejarah terburuk dalam abad ini..

...dan baru-baru ini sekali lagi anak-anak Krakatau mula menunjukkan tanda-tanda aktif semula dgn beberapa gegaran yg cukup untuk membuatkan penduduk sekitar berpindah ke tempat lebih selamat.. Gunung Tangkuban Perahu, juga menunjukkan tanda-tanda akan memuntahkan debu dan lava yang sudah pastinya mampu menggugat kehidupan puluhan juta rakyat Indonesia.

Tapi tahukah kita , bagaimana terjadinya gunung yang indah ini? Sebenarnya aku tertarik dengan Lagenda Tangkuban Perahu..suatu masa dahulu , masa aku kecik-kecik aku pernah menonton filem Tangkuban Perahu yg pastinya product Indonesia..Pada aku ia sebuah kisah cinta klasik yang aneh dan trajis ...




Menurut lagendanya, Pada zaman dahulu, tersebutlah kisah seorang puteri raja di Jawa Barat bernama Dayang Sumbi. Ia mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Sangkuriang. Anak tersebut sangat gemar berburu.

Ia berburu dengan ditemani oleh Tumang, anjing kesayangan istana. Sangkuriang tidak tahu, bahawa anjing itu adalah titisan dewa dan juga bapaknya.

Pada suatu hari Tumang tidak mau mengikuti perintahnya untuk mengejar haiwan buruan. Maka anjing tersebut diusirnya ke dalam hutan.

Ketika kembali ke istana, Sangkuriang menceritakan kejadian itu pada ibunya. Bukan main marahnya Dayang Sumbi begitu mendengar cerita itu. Tanpa sengaja ia memukul kepala Sangkuriang dengan sendok nasi yang dipegangnya. Sangkuriang terluka. Ia sangat kecewa dan pergi mengembara.

Setelah kejadian itu, Dayang Sumbi sangat menyesali dirinya. Ia selalu berdoa dan sangat tekun bertapa. Pada suatu ketika, para dewa memberinya sebuah hadiah. Ia akan selamanya muda dan memiliki kecantikan abadi.

Setelah bertahun-tahun mengembara, Sangkuriang akhirnya berniat untuk kembali ke tanah airnya. Sesampainya disana, pemerintahan kerajaan itu sudah berubah keseluruhannya. Disana dijumpainya seorang gadis jelita, yang tak lain adalah Dayang Sumbi (ibunya sendiri). Terpesona oleh kecantikan wanita tersebut maka, Sangkuriang melamarnya. Oleh karena pemuda itu sangat tampan, Dayang Sumbi pun sangat terpesona padanya.

Pada suatu hari Sangkuriang minta izin untuk berburu. Ia minta tolong Dayang Sumbi untuk memperkemaskan tali ikat kepalanya. Alangkah terkejutnya Dayang Sumbi demi melihat bekas luka di kepala calon suaminya. Luka itu seperti seperti luka anaknya yang telah pergi merantau. Setelah lama diperhatikannya, ternyata wajah pemuda itu sangat mirip dengan wajah anaknya. Ia menjadi sangat ketakutan!

Maka kemudian ia mencari daya upaya untuk menggagalkan proses peminangan itu. Ia mengajukan dua syarat. Pertama, ia meminta pemuda itu untuk mengempang Sungai Citarum. Dan kedua, ia meminta Sangkuriang untuk membuat sebuah sampan besar untuk menyeberang sungai itu. Kedua syarat itu harus sudah dipenuhi sebelum fajar menyingsing pagi esoknya!

Malam itu Sangkuriang bertapa. Dengan kesaktiannya ia mengerahkan mahluk-mahluk ghaib dan jin untuk membantu menyelesaikan pekerjaan itu. Dayang Sumbi pun diam-diam mengintip pekerjaan tersebut. Apabila Sangkuriang hampir menyempurnakan syarat-syarat yg di berikan, Dayang Sumbi memerintahkan pasukan jinnya untuk merentang kain sutra merah di sebelah timur kota bertujuan mengelirukan Sangkuriang seolah-olah fajar Subuh telah menjelma.

Ketika menyaksikan warna memerah di timur kota, Sangkuriang mengira hari sudah menjelang pagi. Ia pun menghentikan pekerjaannya. Ia sangat marah oleh kerana itu bermakna ia tidak dapat memenuhi syarat yang diminta Dayang Sumbi.

Dengan kekuatannya, ia mencabut semula bendungan di sungai yang dibuatnya. Terjadilah banjir besar melanda seluruh kota. Dengan marah yg amat sangat, Ia pun menendang sampan besar yang dibuatnya. Sampan itu melayang dan jatuh menjadi sebuah gunung yang bernama "Tangkuban Perahu" yang kekal sehingga sekarang.




Jika diamati bentuk gunung Tangkuban Perahu sememangnya berbentuk sebuah perahu yg terlangkup ke bumi...Wallahua'alam....