June 05, 2005

JOM MENGONDOM, MENYUNTIK & MENDADAH


Jarum suntikan, kondom percuma tangani HIV

KUALA LUMPUR 2 Jun -
Kementerian Kesihatan sedang menimbang untuk memberikan jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah mulai Oktober depan bagi mengurangkan kadar jangkitan HIV.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, sebagai permulaan seramai 1,200 penagih dadah terutama melalui kaedah suntikan akan terlibat dalam projek selama enam bulan itu.
Jelas beliau, pelaksanaannya turut melibatkan 10 klinik kerajaan dan swasta di setiap empat zon yang ditetapkan iaitu di utara, selatan, tengah dan timur setelah semua kakitangan perubatan yang terlibat diberikan latihan secukupnya.

Melalui projek itu penagih akan diberikan jarum suntikan `bersih', kondom dan dadah gantian yang dikenali sebagai metadon.

``Kita perlu mempertimbangkannya (pemberian jarum suntikan). Kita bagi dia jarum supaya dia tidak berkongsi jarum. Kita dapati di banyak negara, keputusannya adalah baik(mengurangkan kadar jangkitan HIV),'' katanya.

Bagaimanapun, katanya, projek perintis untuk program tersebut hanya akan dilaksanakan selepas kajian terperinci mengenainya selesai dijalankan.

~dipetik dari Utusan Online.


Salam Sejahtera,

Bila aku terbaca berita ini, satu perkara yang terbayang dalam benak aku. Pergi ke klinik, ambil nombor giliran, tunggu nombor giliran dipanggil dan ambil stock. Ayuh kita mengondom, menyuntik dan mendadah!


gambar hiasan.

Aku tak tau di mana rasionalnya cadangan ini. Aku juga yakin ia akan mengundang banyak kontra dari pro. Dalam reaksi awal undian sms anjuran TV3 telah membuktikan peratusan kontra lebih tinggi. Kerajaan negeri Selangor dan Trengganu adalah antaranya yang tidak bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan untuk membekalkan jarum suntikan dan kondom secara percuma kepada penagih dadah mulai Oktober depan bagi mengurangkan kadar jangkitan HIV.


gambar hiasan.

Apa yang jelas jutaan ringgit terpaksa di belanjakan untuk program ini. Persetan dengan negara barat! Bukankah kita perlu maju dengan acuan kita sendiri, itu hasrat besar negara kita menjelangnya 2020. Kaedah ini jelas didapati tidak berkesan seperti dibuktikan di negara-negara Barat yang telah cuba melaksanakan kaedah berkenaan.

Kaedah ini juga melibatkan hukum agama, fatwa,moral dan budaya negara ini. Ia bagaikan satu galakan, malah sokongan moral kepada mereka..." Lu jangan bikin havoc kat sini brader, gua gomen support...lu pi balik buat kerja! Jangan ambik pot pasal live gua. Gua tak kacau lu...." Sambil jalan terhoyong hayang dengan kaki terseret, darah menitis dari luka kaki yang bernanah akibat penyakit kronik.....entahlah!


gambar hiasan.


Anekdot,
Hellooooo Malaysia! Dasar Pandang ke mana ni?

3 comments:

jed1 said...

deanz, jom ambik tender supply kondom ngan jarum :D

Semut Api said...

hehehe..satu cadangan yang bagus! itulah realiti sebenarnya..!

Anonymous said...

Saya pensyarah di sebuah IPTA dan sedang membuat penyelidikan ttg jarum dan kondom percuma diberikan pada penagih dadah. Saya tidak menyalahkan anda tidak bersetuju dengan hal ini. Kurangnya pengetahuan dan pembacaan ttg program ini mungkin menyebabkan anda masih kabur. Sebenarnya, program ini bukanlah pemberian jarum percuma. Itulah silapnya media kita...apa yang benar ialah pertukaran jarum percuma. Jarum yang telah dipakai oleh penagih dadah akan ditukar dengan jarum yang bersih. Sebenarnya terlalu banyak yang hendak saya tulis dan terangkan, tetapi saya tidak ada masa yang mencukupi utk terangkan pada setiap orang. Masyarakat perlu membaca, menyelidik seperti mana yang disarankan oleh agama Islam. Jangan bercakap tanpa asas dan menggunakan pandangan sendiri, sebaliknya kaji bagaimana pelaksanaannya di lakukan oleh mereka yang telah mengamalkannya.Iran, negara Islam sendiri bersetuju dan telah mengamalkannya demi menyelamatkan nyawa mangsa HIV/AIDS yang tidak berdosa. Itu lebih penting. Bukan bermakna menggalakkan pengguna dadah, tetapi apabila mereka diberi jarum percuma, maka secara tidak langsung mereka akan tampil ke hadapan ke klinik, dengan itu, kaunseling akan diberi...berbanding dengan mereka duduk di celah bangunan, buat perkara tak senonoh dan menyebarkan virus HIV pada org yang tak berdosa. Cuba anda teliti betul2, dah berabad lamanya kita tangani dadah, tapi kenapa ia masih berleluasa? Nak tahu..bacalah banyak buku psikologi, apa yang dilakukan oleh kementerian kesihatan itu berlandaskan landasan psikologi utk penagih dadah. Kita tak mahu memaksa mereka berhenti sebab sejarah lalu menunjukkan ramai yang ambil semula dadah selepas dari pusat serenti...jadi, adalah baik jika mereka berhenti dengan kemahuan mereka sendiri..bagaimana caranya??? dengan pemberian jarum dan kondom percuma, banyak kebaikan yang akan mereka perolehi. Maaf, banyak lagi yang ingin di tulis tetapi saya tak banyak masa. semoga kita sama2 membantu mengatasi masalah yang melanda negara akibat najis dadah..