Setelah setahun menahan perasaan kesal dengan sikap
anak-anak, bapa kepada penyanyi bintang sensasi YouTube, Abdul Latif,
51, akhirnya membuka mulut kerana mahu anaknya kembali ke pangkal jalan
dan memohon maaf kepadanya sebelum dia menutup mata.
"Saya tidak teringin langsung hendak tumpang populariti, atau mahukan
duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya
inginkan ialah anak-anak datang berjumpa dengan serta memohon maaf
sebelum saya menutup mata," katanya kepada Berita Harian.
"Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang
garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika
tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran saya, barulah saya
berbuat demikian."
Najwa Latif derhaka |
Menurut Latif, hubungan mereka mula dingin pada 2011 selepas dia menegur sikap anak-anaknya itu kerana masalah disiplin.
Tambahnya, Najwa semakin lalai sejak berada di puncak popularitinya dan
apabila tegurannya sedikit kasar, Najwa dikatakan berang dan enggan
mengaku Latif sebagai bapa.
"Paling saya terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau
bertanya khabar ketika saya hendak pergi menunaikan haji pada 20
November tahun lalu. Saya ingatkan, apabila kembali ke tanah air pada 5
Disember 2011, mereka akan menunggu saya. Luluh hati saya apabila tiada
seorang pun daripada mereka menunjukkan muka," ujar Latif yang berharap
anak-anaknya cepat sedar sebelum dirinya pergi buat selama-lamanya.
Sementara itu, Najwa Latif yang diminta mengulas berhubung perkara tersebut enggan memberi sebarang komen.
"Saya tak mahu beri sebarang komen kerana perkara ini melibatkan
keluarga. Banyak hati perlu saya jaga. Jadi lebih baik saya diam,"
ujarnya.
Katanya, dia tidak mahu memperbesarkan-besarkan hal ini kerana ia
melibatkan maruah keluarga, dan kemelut yang dihadapi mereka tidaklah
sampai membuatkannya bertindak untuk tidak mengakui Latif sebagai
bapanya.
2 comments:
artis ni, kalau terkucil kat toilet pun boleh jadi berita. wartawan pun patut bebenda camni jgnlah jadi berita, too personal.
kalau x buat macam ni nanti x laku plak surat kabor...
kehkehkeh....
Post a Comment