May 30, 2005

3000


May 28, 2005 -12.15 (Sabtu)

Pada tarikh & masa tersebut blog aku telah mencecah 3000 pelawat! Baru tiga bulan aku lancarkan blog ni bermula Mac 2005 yg lepas. Actually dah lama aku berblogging lebih kurang dua tahun lepas, tapi malangnya blog yg lama bermasalah dan aku terpaksa cabut talian hayat untuk menamatkan terus riwayat dia (zalim ke aku?). Setelah dikafan dan di talqinkan terus aku kuburkan dia. Biasala, yang patah kan tumbuh, yang hilang aku terus dilupakan..itu realitinya ..tak usah nak tipu!

Apapun jutaan terima kaseh yg tak terhingga kepada semua yang sudi melawat blog aku..kerja-kerja amatur jer... (hehehe..selalu sangat aku cakap macm ni). Dari pemerhatian aku banyak kategori pelawat dalam blog aku.


  • Ada yang melawat sekadar membaca then terus blah...(lepas tu dia datang lagi ke tidak aku tak tau) Melihat kepada counter side pelawat, kategori ini yang paling ramai melawat. Tinggalkan ler jejak senang aku nak trace korang...;-)

  • Ada yang melawat, membaca dan meninggalkan komen tapi tak memperkenalkan diri. (malu kooott...)

  • Ada yang melawat, membaca, mengomen dan memperkenalkan diri serta mempelawa melawat ke blongnya... (terima kaseh...Salam ukhwah dari aku)

  • Ada yang melawat dan menghalkum sekali...( juga berbyk terima kaseh, meriah shoutbox aku)

  • Ada yang langsung tak melawat...kesian aku :-(

Blog ini juga telah merapatkan aku dgn kengkawan yg dah lama terpisah dan memperkenalkan aku kepada rakan-rakan blogger yang baru. Ada yang aku dah jumpa dan ramai yg tak jumpa lagi..tengok gambar dari blog depa ada la...Blogger termuda yang aku jumpa (secara interaktif) baru berumur 19 tahun, walaupun beliau muda pada usia tetapi aku salute pada tulisannya..tahniah Dior! (macam brand product barang pulak)...tolong reply kalau terbaca entri ini...heeee..

Tiga bulan 3000 pelawat, bermakna secara puratanya 1000 pelawat sebulan. Dalam masa seminggu 250 pelawat. Dalam sehari 33 individu melawat...kira o.k la juga tak menang tangan nak buat air!..hehehe..

Melihat kepada realiti angka pelawat di atas aku cuba memikir sebaliknya.3000 + 1000 + 250 + 33 = 4283. Kalau aku tukarkan kepada RM amount tu, tak ke jadi RM4283.00 (Empat ribu dua ratus lapan puluh tiga shj) Lumayan kan?

Berangan la ko deanz..zzzzzzzzzzz....

o.k chau dulu...nak pi toilet cari ilham...:)

hari ini May 31, 05

11 comments:

Anonymous said...

amboi..cr ilham kat lamtoilet..dasat erk..kire teror arr lam 3 bulan leh dpt 3000 visitor..:)

Semut Api said...

tq..anni, anda adalah salah seorang drpd 3000 tuh..

Chika Chika said...

Yeay!! nak buat pengumam..
PENGUMUMAN >>> Sayalah Dior yang dimaksudkan (nada bangga dan riak)

ahaha...

Bangganyer sayer!! nama saya ada kat entry nih. Yeay yeay! Kan lagi best klu tiap2 entry ada pasal saya. Kan? Kan? Suker la sayer...

Yeay... I'm Dior! Yeah..~

thanx for da compliment neway.Really cool...

Anonymous said...

emm... tahniah deanz...
1 question ----> maner u dpt nama "Semutz Api"..... [nak tau sangattt...]

jed1 said...

tq deanz add url my blog :) otak bisnes ko ni, ada bisness baikkk jgn lupa ajak aku :)

Semut Api said...

Chik,
Wah! sukanya diaaaa...McD ada lebih tak? Apapun sebagai 'blogger rebung' jgn lupa aku bila dah jadi 'blogger super' nanti.


Ita,
kalau anda membaca entri pengenalan, anda akan menemui jawapannya...catatan aku mmg kekadang agak sinikal..siap yg kena gigit semut api dia akan terasa...chau..

Jed,
biasa la otak econ. tapi tak menjadi. Pasni aku nak bisnes jade, hang boleh supply ker? :)

noorlara said...

Tahniahle Deanz sebab 3000 lawatan ke blog ko tu, apapun kalau ko ada sediakan hadiah pelawat terbaik rasanya aku wajar dapat sebab sehari tu kekadang dekat sepuluh kali aku menjengok blog ko. haaa gurau leee

Apapun secara ikhlas aku suka ngan tulisan ko tu bukan sebarang tulisan ada isu yang hendak disampaikan dan bisa membuka minda bagi yang mahu. Aku akan jadi pelawat ko yg setia. Dan terima kasih gaks sebab dah melawat blog aku ari tu.

noorlara - Tak mainle botox deanz makan jamu je ngan multi vit hehehehe, hati nak baik mulut nak manis kannnnnn

Semut Api said...

Tq noorlara for still keep in touch...pelawat ke 2000 dulu aku dah bagi hadiah...ke 3000 ntah siapa ntah yg melawat...tak dapat nak trace....alahhh, kerja-kerja amatur jer..buat susah-susah jer puji...hehehe..!!

Semut Api said...

tq ct...menghalkum lah semahunya..cantik cincin, siapa bagi? ;)

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read Free free free free buy meridia Botox cost francisco san alarm car dallas Garmin street pilot c340 gps car Mexican xenical no md visit Security solutions international miami

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. surveys on hair loss products Free water bed Splitting music tracks on a mac computer where to buy vardenafil Keyword online order viagra chrysler class action sut dreampharmaceuticals fioricet from online Tadalafil metabolism