May 30, 2013

Sejak bila penyokong Pahang jadi fanatik...(?)





KUANTAN 29 Mei - Pihak polis menerima lima laporan polis berhubung perbuatan khianat ke atas kenderaan yang berlaku di Stadium Darul Makmur, di sini malam semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, laporan tersebut diterima selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dan Johor Darul Takzim dibatalkan, ekoran  tindakan agresif penyokong kedua-dua pasukan.

“Kejadian berpunca daripada jumlah penonton melebihi kapasiti akibat tiga pintu masuk ke stadium dipecahkan penyokong.

“Kita masih dapat mengawal keadaan walaupun berlaku sedikit kekecohan akibat tindakan agresif penyokong,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga menjelaskan, pihak polis masih menjalankan siasatan berkenaan insiden malam tadi termasuklah siasatan kes khianat ke atas kenderaan seperti yang dilaporkan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Katanya, tiada sebarang laporan diterima berhubung kecederaan membabitkan penonton dalam insiden itu.

Pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang menentang Johor Darul Takzim di Stadium Darul Makmur itu terpaksa dibatalkan gara-gara limpahan penonton yang akhirnya mengheret kepada senario kekecohan.

Ianya berlarutan selama lebih sejam kerana berlaku limpahan penonton memasuki stadium iaitu kira-kira 40,000 orang.
 

May 29, 2013

Isteri Jimmy boleh dipenjarakan...(?)

Jimmy Shanley & Nursuhaila
 
Permohonan Jimmy Shanley untuk mendapatkan perintah komital terhadap Nursuhaila Ellia Suhaimy bagi memenjarakan bekas isterinya itu atas dakwaan ingkar terhadap perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka, Zahrah Rania, 2, tidak dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Menurut laporan mStar, Hakim Syarie, Mawardi Che Mat telah memerintahkan Jimmy selaku pemohon untuk memasukkan afidavit sokongan daripada saksi sebelum mahkamah mendengar permohonan tersebut. 

Ini kerana mahkamah mendapati terdapat pelanggaran pada tiga tempoh perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah sebelum ini namun ia perlu saksi bagi menyokong dakwaan yang difailkan pemohon. 

Pada 7 Mei lalu, Jimmy dalam afidavit yang difailkannya mendakwa Nursuhaila ingkar dengan perintah dikeluarkan mahkamah pada 8 April lalu yang memutuskan dia diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu dengan anaknya. 

Namun bekas isterinya gagal berbuat demikian pada empat tempoh tersebut iaitu pada 9 hingga 11 April, 16 hingga 18 April, 23 hingga 25 April dan 30 hingga 2 Mei lalu. 

Mawardi turut meminta tarikh pertama iaitu 9 hingga 11 April dikeluarkan kerana Nursuhaila berada di luar negara bersama anak mereka ketika keputusan dibuat sehari sebelum itu. 

"Mungkin ketika itu responden tidak mengetahui perintah mahkamah yang bakal dikeluarkan dan responden telah pun berada di luar negara. Jadi saya melihat tarikh tersebut tidak relevan dimasukkan dalam permohonan," jelasnya. 

Mahkamah menangguhkan kes itu pada 25 Jun depan.

May 23, 2013

Digantung sampai mati...(?)

Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi


Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, tadi selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Banting pada 30 Ogos 2010.



Hakim Datuk Akthar Tahir memutuskan demikan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Pathmanabhan, 44, serta tiga pekerja ladang iaitu T Thilaiyalagan, 22, R Matan, 23, dan R Kathavarayan, 33, dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. 

Mereka melakukan perbuatan itu di Lot nombor 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin, Idham Abd Ghani, Siti Rohaida Che Hamid dan Nur Azimul Azami Mohamad Nor.


Sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi.

Perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011 berjalan selama 113 hari dengan 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan serta 742 bahan bukti dikemukakan selain 6, 000 nota prosiding dikemukakan kepada mahkamah.


Sumber H.Metro

May 17, 2013

Mati curi kereta...(?)

curi kereta-gambar hiasan


Seorang pencuri kereta jatuh rebah dan mati, di sini, setelah berlari sejauh 100 meter semasa meninggalkan kereta curi itu apabila menyedari terdapat seorang kanak-kanak di dalam kereta itu. 

Dalam kejadian 7 pagi tadi, suspek itu melarikan sebuah kereta yang ditinggalkan seketika dalam keadaan enjin masih "hidup" oleh seorang wanita ketika menghantar dua anak perempuannya masing-masing berumur empat tahun dan empat bulan di sebuah pusat asuhan di Taman Melati.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam khidmat pesanan ringkas kepada Bernama berkata:
“Kanak-kanak (anak wanita itu budak lelaki berumur tujuh tahun) yang ada dalam kereta itu menangis menyebabkan suspek yang berusia 47 tahun itu terkejut dan bertindak meninggalkan kereta tersebut di Jalan 12C/6, Setapak Indah dan berlari sejauh 100 meter sebelum dia rebah dan mati," 

Katanya, suspek turut mempunyai sebuah beg duit dipercayai beg yang dicuri dari kenderaan itu.

"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut," katanya sambil menambah suspek tersebut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk dadah.

May 16, 2013

'Saya pakai spender merah, bra merah'...(?)


Sharifah Sakinah

Pelakon baru Sharifah Sakinah yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas memuat naik video berunsur lucah di laman video sosial Keek memohon maaf atas perbuatannya itu dan tidak menyangka niat untuk bergurau akhirnya memakan diri sendiri.
 
Dipetik dari Berita Harian, Sharifah Sakinah turut tidak menyangka niat untuk bergurau akhirnya telah memakan diri sendiri selepas dikritik peminat. 

"Rakaman video itu sekadar mengusik. Saya tak sangka ia jadi besar begini. Di mata saya dan beberapa pelakon yang bersama ketika rakaman dibuat tidak menganggap ia isu besar. Lalu saya tak berfikir banyak kali ketika memuat naik rakaman itu. 

"Saya mengaku silap menyebut tentang pakaian dalam. Saya fikir semua hal membabitkan agama, politik atau yang berkaitan dengan kehormatan diri amat sensitif. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas kesilapan ini," jelas adik kepada pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah ini.

Minggu lalu, Sharifah Sakinah telah dihentam teruk kerana memuat naik video menerusi akaun Keek milik pelakon Anzalna Nasir, dimana dalam video tersebut, dia telah mengajuk gaya pertuturan Datuk Siti Nurhaliza selain mendedahkan dia memakai pakaian dalam berwarna merah. 

Malah dia turut memberitahu dia menggodam akaun Keek Anzalna kerana ingin meraih populariti tinggi dan tidak sabar menanti pihak mengutuknya.

May 15, 2013

Senarai Kabinet Baharu 2013...(?)


Senarai Kabinet baharu

15/05/2013 8:02pm

Berikut adalah senarai Kabinet baharu seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya sebentar tadi ;

  • Perdana Menteri/Menteri Kewangan I:

Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Menteri Kewangan 1:
Datuk Ahmad Maslan
  • Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Pelajaran I:

Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Seri Joseph Kurup
Datuk Seri Idris Jala
Tan Sri Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Shahidan Kassim
Datuk Paul Low Seng Kwan
Nancy Shukri
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Razali Ibrahim
P. Waytha Moorthy
  • Kementerian Pertahanan:

Menteri - Datuk Seri Hishamuddin Hussein Tun Hussein
Timbalan Menteri - Datuk Abdul Rahim Bakri
  • Kementerian Kewangan:

Menteri II - Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
  • Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:

Menteri - Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri-
Datuk Mary Yap (I)
P. Kamalanathan (II)
  • Kementerian Kerja Raya:

Menteri - Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri - Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin
  • Kementerian Pengangkutan (memangku):

Menteri - Datuk Seri Hishamuddin Hussein Tun Hussein
Timbalan Menteri - Datuk Abdul Aziz Kaprawi
  • Kementerian Dalam Negeri:

Menteri - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
  • Kementerian Luar Negeri:

Menteri - Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri - Datuk Hamzah Zainuddin
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan:

Menteri - Datuk Hassan Malek
Timbalan Menteri - Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri:

Menteri - Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri - Hamim Samuri
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia:

Menteri - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri - Datuk Jailani Johari
  • Kementerian Belia dan Sukan:

Menteri - Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri - Datuk M.Saravanan
  • Kementerian Sumber Manusia -

Menteri - Datuk Richard Riot Jaem
Timbalan Menteri - Datuk Ismail Abd Muttalib
  • Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:

Menteri - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri Kemajuan - Datuk Alexander Nanta Liggi
  • Kementerian Kesihatan:

Menteri - Datuk Dr. S. Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Seri Hilmi Yahaya
  • Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:

Menteri - Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri - Datuk Halimah Mohd Saddique
  • Kementerian Wilayah Persekutuan:

Menteri - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri - Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan
  • Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi:

Menteri - Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri - Datuk Noriah Kasnon
  • Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air:

Menteri - Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri - Datuk Seri Mahdzir Khalid
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani:

Menteri - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri - Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
  • Kementerian Pelancongan dan kebudayaan :

Menteri - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri - Datuk Joseph Salang
  •  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi :

Menteri - Datuk Dr. Ewon Ebin
Timbalan Menteri - Datuk Dr Abu Bakar Muhamad Diah
  • Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar:

Menteri - Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri - Datuk Ismail Abd Muttalib
  • Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:

Menteri - Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri - Datuk Azizah Md Dun


~SELAMAT BERTUGAS - JANJI DITEPATI~




10 Akujanji MB Selangor...(?)

Tan Sri Khalid Ibrahim pagi ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, di sini. 
 
Beliau mengangkat sumpah dan membaca ikrar aku janji sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri istana itu kira-kira jam 10.10 minit pagi.
Khalid selepas itu menandatangani Aku Janji Menteri Besar Selangor dan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu mengekalkan jawatan Menteri Besar bagi penggal kedua selepas Pakatan Rakyat menguasai 44 kerusi daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor atau majoriti dua pertiga.
KEADILAN menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi, manakala BN pula hanya memenangi 12 kerusi.
“Alhamdulillah, selamat angkat sumpah sebagai MB. Terima kasih atas segala sokongan. Cadangan rakyat diterima baik dan usaha kita akan digandakan (untuk rakyat),” kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak selepas upacara itu.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Khalid sebagai Menteri Besar.
Dalam PRU 13, Khalid mengekalkan DUN Pelabuhan Klang apabila menumpaskan calon BN, Nasarruddin M Zin dengan majoriti 2,994.
Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai Menteri Besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008.
Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin Pakatan yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
Kesemua 13 Menteri Besar Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama BN.
MB Selangor angkat sumpah


May 13, 2013

Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah pagi esok...(?)

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah pagi esok sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang.

Istiadat itu berlangsung di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Perkara ini disahkan seorang pegawai di Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mengekalkan jawatan Menteri Besar bagi penggal kedua selepas Pakatan Rakyat menguasai 44 kerusi daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor atau majoriti dua pertiga.

KEADILAN menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi, manakala BN pula hanya memenangi 12 kerusi.

Perkembangan ini menamatkan teka-teki dan spekulasi tentang siapa pemimpin daripada PAS, KEADILAN dan DAP, yang akan mengisi kerusi Menteri Besar selepas PRU 13, 5 Mei.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Khalid sebagai Menteri Besar.

Dalam PRU 13, Khalid mengekalkan DUN Pelabuhan Klang apabila menumpaskan calon BN, Nasarruddin M Zin dengan majoriti 2,994.

Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai Menteri Besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008.

Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin Pakatan yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Kesemua 13 Menteri Besar Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama BN.


Khalid-n-Sultan
MB dan Sultan Selangor

May 10, 2013

Aku Masih Dara... (?)


Selepas satu dakwaan timbul di forum hiburan bahawa aktor "Aku Masih Dara", Ashraf Muslim berkunjung ke mahkamah syariah untuk membuat permohonan berpoligami dengan izin isteri pertamanya, kini seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Sakinah tampil memberi kenyataan. 
 
Seperti dipetik daripada laporan Harian Metro, Sakinah mengakui telah lama mengenali Ashraf dan isterinya, Noor Dayana Lokman yang tahu akan kewujudan dirinya dalam hidup aktor dan pengamal perubatan Islam itu. 

"Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia berpesan, kalau boleh elakkan perkahwinan. Bagaimanapun jika ia berlaku, dia reda," kata Sakinah yang menyatakan keputusan terletak di tangan Ashraf jika ingin memperisterikannya atau tidak. 
 
Ashraf dan Sakinah

May 08, 2013

New Trending; Apa Lagi Cina Mau...(?)


Two days after Barisan Nasional won a hard fought 13th General Elections and with allegations of foul play still rampant, Malay daily Utusan Malaysia sparked a huge uproar when they published several stories blaming the Chinese for dividing Malaysia under the controversial headline "Apa lagi Cina mahu?".

As Netizens go online to vent their disapproval, there are also Malaysians who have managed to see the lighter side of things. They took to their social media accounts to make the hash tags #ApaCinaMahu and #ApaLagiCinaMahu trend on Twitter. In fact, #ApaCinaMahu peaked at number two on the Malaysia Trends list.

Here are some of the funniest entries we found on Twitter:-

  • cina nak Najib pulangkan gendang yang dia simpan selepas main masa tahun baru cina tu.. 
  • yong tau foo. Coz everyone wants yong tau foo. I want yong tau foo. Dammit im hungry.
  •   I want a light saber and I want the Darth Vader theme to be played every time I enter a room... with a confetti shower!
  • Very amusing responses. Apa Lagi Cina Mau? Yang pertama, haramkan Utusan. Yang kedua haramkan MCA dan ketiga, budjet untuk sekolah Cina. Apa India mau? Haramkan MIC dan halau Hindraff keluar. Bina kuil di merata tempat dan kurangkan harga daging kambing.  Emmbekkk........!!
  • #ApaCinaMahu =we want Malay daily Utusan Malaysia to SHUT DOWN , Cause it's RACIST...
  •  I simply love Malaysian Chinese. they have a good sense of humor to throw the joke back to the morons. how about it, Utusan Malaysia? that doesn't end well with you guys, doesn't it... 
  •  Utusan grow uplah man....macam budak-budak punya editinglah....give Malaysians some slacklah man....we are not small kidslah---Cina..ke,Melayu..ke,India..ke...semua manusia juga ma...semua rambut sama hitam ma....darah merah juga ma....keputusan sudah keluar terima saja le...bikin apa menuding jari....
  •  To Utusan Malaysia : You listen carefully, is not apa Cina Mau Instead You should ask Apa Rakyat Malasyia Mau . As Media for many decade in Malaysia and yet reported in your paper with Nonsence . ARE YOU TRYING TO PROVOKE ANOTHER 13 MAY ?


May 07, 2013

PRU Tsunami...(?)

Keputusan pilihan raya umum ke 13 semalam yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 kerusi Parlimen dan 274 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara lebih mirip kepada “tsunami Malaysia” berbanding “tsunami Cina”, kata bekas Ketua Pengarang Akhbar berbahasa Inggeris milik Umno New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin.

Dalam sidang akhbar awal pagi tadi, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kemenangan BN akan tetapi mengakui gabungan tersebut tidak menyangka “tsunami Cina” yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.

“Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” soal Kadir dalam tulisan di blognya yang bertajuk, “Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?”.

“Buat kali pertama sejak PRU 1969, undi popular BN lebih kecil daripada pembangkang. Setuju dengan pembahas yang ini bukan “tsunami Cina” kerana di negeri majoriti Melayu pun prestasi BN merosot misalnya Terengganu,” tambah beliau lagi.

Menurut Kadir, terdapat juga kemungkinan keputusan Pilihan Raya 2013 bermaksud sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi sudah tidak lagi menerima BN dan cara kerajaan BN.
Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Sementara Pakatan Rakyat (PR) dapat meningkatkan pengusaan mereka di Parlimen apabila mendapat 89 kerusi berbanding 82 dalam Pilihan Raya 2008. Akan tetapi, negeri Kedah yang dimenangi mereka pada 2008 gagal dipertahankan.

Selain itu, PR turut gagal untuk merampas semula negeri Perak yang mereka menangi pada tahun 2008 akan tetapi kembali dikuasai oleh BN selepas tiga ADUN PR membelot.

“Barisan Nasional tidaklah boleh berbangga apatah lagi keras kepala dengan prestasinya kerana ia sebelum ini ia menguar-uarkan akan menang besar dan memperoleh semula kelebihan dua pertiga dalam Dewan Rakyat serta menawan semula negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat,” tulis beliau lagi.

“Sebaliknya, pencapaiannya lebih buruk daripada 2008 kerana PR berjaya menembusi Johor dan memperoleh lebih banyak kerusi di Sarawak, dua negeri simpanan tetap BN serta berjaya mengusai lebih banyak kerusi DUN di seluruh negara.”

PRU 13


May 06, 2013

PRU 13; Tahukah anda...(?)

Tahukah Anda:

Satu perkara baru yg saya belajar dari PRU13 semalam, hampir enam jam saya bersama kelompok mereka berbekalkan jawapan jurugambar bebas setiap kali di tanya oleh mereka.Apa yg saya belajar disana akan saya kongsikan utk kita sama-sama berfikir sejenak tentang siapa kita ini.

Apa yg saya lihat adalah remaja mereka begitu berfikiran luas tentang politik, mereka mengambl berat apa yg kerajaan sampaikan hingga ada yg boleh bercerita secara mendalam.Sebab itulah mereka berani bersuara dengan apa yg mereka rasa tidak puas kerna mereka memahami tentang perlembagaan dan hak bersuara mereka.

Sekiranya dilihat, DAP berjaya monopoli kawasan bandar, iaitu kawasan majoriti didiami leh orang Cina dan mereka terdedah akan pemikiran mereka dengan pelbagai maklumat. Maklumat dari internet, berpersatuan, badan sosial dan sebagainya. Orang Cina boleh dikatakan adalah kaum yang paling celik berkenaan 'perlembagaan', berbanding orang Melayu.
 

Mereka faham, 'kerajaan' dan 'parti politik' itu berbeza. Mereka faham, 'kewajiban' sebuah kerajaan, oleh sebab itu kenyataan dalam bajet mengatakan, kerajaan BN sudah memperuntukkan sekian-sekian jumlah duit kepada orang Cina, tidak berkesan sebab mereka faham itu memang kewajipan 'kerajaan'.

Ibaratnya, kita bayar buruh buat rumah kita. Jadi memang kewajipan buruh tadi bina rumah, siap ada tangga, tingkap, pintu. Takkanlah, buruh yang kita bayar tadi boleh kata, 'Tuan perlu membalas budi saya, sebab saya sudah buat pintu rumah Tuan'.

Kita perlu lihat orang cina dalam usia muda sudah mendaftar sebagai pengundi, berbincang secara ilmiah, tapi kita orang melayu atau bumiputera menanti iphone apa pula bakal keluar, mana lebih baik canon atau nikon, siapa lebih cun neloofa atau wawa, video gyiyomi yang comel dan bercerita keburukkan orang lain.Remaja perempuan lagilah tenat, taksub nak jadi artis, berebut boyfriend muka jambu kat facebook, melepak kat shopping komples walau duit ada RM10 je dalam handbag Guest pasar malam tu serta bermacam gejala sosial lain.
Percayalah kalau SPM pelajar boleh memilih subjek untuk diambil lebih ramai bumiputera menolak subjek susah dan mengambil subjek yang senang sahaja.

Fikirlah sejenak..apa akan terjadi pada kita jika tiada hak istimewa yg selama ini diberikan kepada kita!!
 
- Saluddin Ismail & Sumber Internet.
 
 

May 02, 2013

Bapa Saiful Bukhari buat U turn... (?)

Bapa kepada Saiful Bukhari hari ini membuat keputusan mengejut apabila menarik balik permohonan maafnya yang dibuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu, mendakwa beliau telah dipengaruhi pihak tertentu untuk bertindak sedemikian.

Pada 8 Mac lalu, Azlan Mohd Lazim  dalam satu sidang media tertutup telah meminta maaf kepada Anwar dan sekeluarga, mengakui kes liwat melibatkan anaknya adalah satu konspirasi politik.

“Saya hari ini ingin menarik balik permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ingin menegaskan kes liwat anak saya adalah benar.

“Ia bukan satu konspirasi politik,” kata Azlan dalam satu sidang media di Ibis Styles Hotel disini.

Keputusan Azlan,60, hari ini dibuat ketika pilihan raya semakin hampir pada 5 Mei ini, walau bagaimanapun bapa Saiful berkata ia adalah kebetulan dan dilakukan secara sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Saya tampil buat kenyataan hari ini adalah secara sukarela dan tidak dipaksa.

“Saya juga tidak ditawarkan sebarang ganjaran untuk menarik balik permohonan maaf ini,” tambahnya.

Azlan yang hadir seorang diri tanpa ditemani anaknya berkata telah membuat kesilapan dan sedar tindakannya tersebut tidak memberi sebarang manfaat.

“Setelah membuat penilaian dan berfikir semula, saya mengakui telah membuat kesilapan kerana meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar.

“Saya sudah sedar dan mahu meminta maaf kepada seluruh keluarga saya terutama anak saya Saiful,” kata Azlan lagi.

Apabila ditanya akan dituduh sebagai penipu oleh orang awam selepas ini, Azlan berkata rela menerima tohmahan sebegitu dan terpulang kepada orang ramai untuk berbuat sedemikian.

“Itu terpulang kepada orang ramai, saya tidak kisah,” kata Azlan.

Dalam pada itu, Azlan juga berkata akan keluar daripada PKR dan akan menghantar permohonannya kepada parti tersebut dalam masa terdekat.

“Selepas ini, saya akan hantar permohonan untuk keluar daripada PKR,” kata beliau.
Dalam pada itu, Azlan juga berkata anaknya Saiful telah dimaklumkan tentang sidang media hari ini dan menegaskan tidak mempunyai sebarang masalah ataupun bergaduh dengan anaknya.

Pada 8 Mac lalu, The Malaysian Insider melaporkan Azlan membuat keputusan mengejut apabila mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Anwar sebuah “konspirasi politik jahat” serta meminta maaf kepada pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sejurus selepas itu, Azlan pada 11 Mac dengan rasminya menghantar borang keahlian untuk menyertai PKR bagi bersama-sam parti tersebut untuk berkempen pada pilihan raya hari ini.

Sidang akhbar itu diaturkan oleh Ahli Majlis Tertinggi PKR Datuk Johari Abdul dan dikawal dengan ketat.
“Mungkin dia hadapi tekanan, daripada Umno dan juga ahli keluarganya sebab itu buat keputusan untuk tarik balik.

“Kenyataan beliau tidak memberi sebarang kesan, rakyat boleh menilai sendiri sama ada cakapnya benar atau tidak,” kata Johari apabila di hubungi oleh The Malaysian Insider.

Malah, Johari berkata bapa Saiful yang mencarinya untuk membuat kenyataan pada 8 Mac lalu dan tidak pernah memaksa Azlan untuk membuat sedemikian.

“Bukan saya yang cari dia, tapi sebaliknya dia yang cari saya.

“Saya tidak pernah paksa dia, cuma mahu tolong. Tapi tiba-tiba dia tarik pula kenyataan itu hari ini,” tambah Johari.

Sementara Anwar yang ditemui di Selayang hari ini, enggan memberikan komen.

Kes liwat kedua Anwar bermula setelah  laporan polis dibuat oleh Saiful, bekas kakitangan beliau mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR tersebut.

Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Walau bagaimanapun, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah atas kes liwat  yang dihadapi oleh beliau.

Namun, pada 20 Januari 2012 Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful.

Notis itu yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful akan didengar Julai ini.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.