Sharifah Sakinah |
Pelakon baru Sharifah Sakinah yang mencetuskan
kontroversi baru-baru ini selepas memuat naik video berunsur lucah di
laman video sosial Keek memohon maaf atas perbuatannya itu dan tidak
menyangka niat untuk bergurau akhirnya memakan diri sendiri.
Dipetik dari Berita Harian, Sharifah Sakinah turut tidak menyangka
niat untuk bergurau akhirnya telah memakan diri sendiri selepas dikritik
peminat.
"Rakaman video itu sekadar mengusik. Saya tak sangka ia jadi besar
begini. Di mata saya dan beberapa pelakon yang bersama ketika rakaman
dibuat tidak menganggap ia isu besar. Lalu saya tak berfikir banyak kali
ketika memuat naik rakaman itu.
"Saya mengaku silap menyebut tentang pakaian dalam. Saya fikir semua
hal membabitkan agama, politik atau yang berkaitan dengan kehormatan
diri amat sensitif. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas kesilapan
ini," jelas adik kepada pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah ini.
Minggu lalu, Sharifah Sakinah telah dihentam teruk kerana memuat naik
video menerusi akaun Keek milik pelakon Anzalna Nasir, dimana dalam
video tersebut, dia telah mengajuk gaya pertuturan Datuk Siti Nurhaliza
selain mendedahkan dia memakai pakaian dalam berwarna merah.
Malah dia turut memberitahu dia menggodam akaun Keek Anzalna kerana ingin meraih populariti tinggi dan tidak sabar menanti pihak mengutuknya.
Malah dia turut memberitahu dia menggodam akaun Keek Anzalna kerana ingin meraih populariti tinggi dan tidak sabar menanti pihak mengutuknya.
No comments:
Post a Comment