July 31, 2013

Selamat Hari Raya Hanjing...(?)



Siapa Chetz Yusoff...(?)
video-hina-islam-aidilfitri
selamat hari raya...(?)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk ’1 Hari Di Hari Raya’ yang disiarkan dalam laman YouTube.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.

“Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Selasa.

Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata “Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Ia turut memuatkan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga” dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa.

Sebelum ini, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee telah didakwa di mahkamah kerana mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal di laman Facebook, di bawah Akta Hasutan 1948

– Bernama

 

July 26, 2013

Pemberi maklumat SK Seri Pristana diugut...(?)

Pemberi maklumat SK Seri Pristana diugut...(?)


Pemberi maklumat yang mendedahkan murid diarahkan makan di bilik persalinan sekolah kini berdepan dengan ugutan terhadap nyawanya.

Wanita yang memilih untuk dikenali sebagai Guneswari itu berkata, ugutan terhadapnya muncul di laman sosial Facebook - medium yang digunakannya untuk menunjukkan bagaimana SK Seri Pristana di Sungai Buloh melayan murid bukan Islam.

Bimbang dengan keselamatan diri dan anak perempuannya, Guneswari membuat laporan polis.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider antara ugutan yang diterimanya ialah ancaman untuk menculik dan mengurung dirinya dan anak perempuannya.

"Mereka tidak memperkenalkan diri dan saya takut mereka melakukan sesuatu kepada anak perempuan saya," katanya.

Mengingati kembali keputusannya untuk menyiarkan gambar berkenaan di Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak terhadap pertanyaannya.

"Bagaimana lagi saya hendak meluahkan keprihatinan saya. Mengapa mereka tidak boleh memahaminya," kata Guneswari.

Gambar yang disiarkannya di Facebook mengejutkan pengguna internet yang kemudian berkongsi gambar itu, dan akibatnya menyebabkan kekecohan di media sosial.

Sehingga petang semalam, gambar yang disiarkan itu menerima lebih 600 komen.

Ramai yang menyokong sementara ada juga pihak yang mengkritik dan mengugutnya.

Pengguna internet yang memberikan maklum balas negatif kebanyakannya membuat komen berbaur perkauman, meminta Guneswari dan ibu bapa bukan Islam yang lain menghantar anak mereka ke sekolah vernakular jika mereka tidak gembira dengan SK Seri Pristana, sekolah yang terbabit dalam kontroversi itu.

Seorang pengguna akaun Facebook dikenali sebagai Zainol Fitri memberi komen:`Jika kamu tidak suka, tukar sekolah. Ada sekolah Tamil, Cina dan sekolah nasional yang lain.'

Ada yang lebih teruk apabila seorang pengguna dengan nama Asmadi Axass memberita Guneswari untuk pulang ke tanah air asalnya dan jangan mengganggu bangsa itu.

Guneswari berkata, gambarnya dalam akaun Facebook digunakan oleh orang lain untuk menyebarkan khabar angin dan ugutan.

"Jika tiada tindakan diambil untuk menghentikan ugutan ini, ibu bapa tidak mahu lagi bercakap mengenai isu lain pada masa depan," katanya.

Guneswari bertegas menyatakan bahawa gambar yang disiarkannya itu tidak pernah menyentuh mengenai bangsa dan isunya hanya berkaitan kebajikan murid.

Beliau yang tertekan dengan kutukan itu berkata:"Keadaan kini memberikan tekanan emosi kepada saya dan semua ini sangat menyedihkan. Adilkah ini?"


-TMI

 

July 25, 2013

Sazzy nafi...(?)

Sazzy Falak dihentam peminat gara-gara sokong Alvivi
Sazzy nafi...(?)
 

Gara-gara berkongsi sebuah rencana yang ditulis oleh seorang penulis blog di laman sosial Facebook miliknya mengundang padah apabila pengacara dan pelakon jelita Sazzy Falak dihentam teruk oleh pengguna Facebook lain. 

Menurut laporan Malaysian Digest, Sazzy telah dikritik kerana dikatakan tidak memahami konteks perilaku yang terjadi di negara yang berbilang kaum dan masyarakat serta dilihat seakan-akan menyebelahi pasangan blog seks, Alvin Tan dan Vivian Lee. 

Alvin dan Vivian yang turut dikenali sebagai Alvivi telah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila mereka memuat naik sekeping gambar berbuka puasa dengan Bak Kut The (makanan berasaskan sup herba dan khinzir).
Sebelum ini Alvivi turut menjadi perhatian ramai apabila menyiarkan gambar dan video aksi seks mereka di blog. 

Walaubagaimanapun pengacara berusia 32 tahun ini menafikan dirinya telah berkongsi rencana tersebut di laman Facebook. 

"Saya tak tulis apa-apa di Facebook saya. Saya tak share apa-apa pun. Saya memang jarang buka Facebook, selalunya ia dikemaskinikan oleh admin saya. Saya rasa ada orang yang terkongsi dan menggunakan akaun saya. 

"Sejujurnya saya tidak tahu sangat mengenai isu pasangan tersebut. Saya hanya tahu tentang pasangan tersebut. Saya hanya tahu tentang pasangan itu pun melalui berita tapi saya tak ambil tahu cerita sebenar mengenai kontroversi. 

"Nampak macam memang saya yang tulis tapi sumpah itu bukan saya. Apapun saya mohon maaf kalau 'saya' telah menimbulkan kemarahan ramai. Kalau saya nafikan pun, nanti orang tentu akan cakap yang nampak sangat macam 'saya' bersalah. Jadi adalah lebih baik saya minta maaf kepada mana-mana yang terasa dengan hal ini," ujarnya. 
 
Tambah Sazzy lagi, dia tidak menyokong kepada pasangan itu, tambahan dia tidak tahu cerita sebenar. 

"Apa yang penting, jujur itu bukan saya. Pendirian saya yang sebenar tentunya saya tidak berpihak kepada pasangan itu. Tambahan pula saya tidak tahu cerita sebenar. Sebagai rakyat yang tinggal di negara berbilang kaum, kita mestilah jaga sensitiviti budaya dan agama bangsa lain. 

"Saya juga tak rasa ada pihak yang cuba nak burukkan nama saya. Saya minta maaf kalau 'saya' menimbulkan kemarahan ramai. Biarlah orang nak benci saya pun. Saya tak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Sebab saya ada banyak hal lagi nak buat dan uruskan." 

Pada masa sama, Sazzy berkata dia akan meminta penjelasan sebenar daripada admin yang menguruskan laman Facebook miliknya.

July 24, 2013

Babi bodoh di hospital...(?)

Babi bodoh di hospital...(?)


“Temu janji saya untuk mendapatkan rawatan lambat lagi, tetapi anak saya nampak muka saya sudah lain dan perlu segera ke hospital. Tetapi bila pergi hospital, kena maki pula dengan doktor yang kata saya ini babi dan bodoh,” kata Hamid Salleh, 66.

Hamid adalah antara enam pesakit dari pekan ini yang mendakwa menerima layanan kasar dan tidak memuaskan, termasuk dicemuh dengan kata-kata kesat oleh doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas, baru-baru ini. 

Hamid mendakwa, ketika dia ingin mendapatkan rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan, seorang doktor mengeluarkan kata kesat iaitu ‘babi dan bodoh’ terhadapnya disebabkan tidak mengikut jadual rawatan yang betul.

“Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, dia (doktor itu) tidak patut berkata begitu. Apatah lagi, saya ini orang tua yang dia kena hormat. Jadi, saya minta perkara ini disiasat kerana ia bukan perkara remeh. Ia membabitkan maruah dan kerjaya yang dianggap mulia oleh masyarakat,” katanya pada sidang media di Penang Golf Resort, di sini, semalam.
 
Selain Hamid, tiga lagi pesakit lain yang hadir semalam ialah Mariani Mansor, 22, Shahidah Saad, 27 dan Nor Zawani Zakaria, 28. 


Lazada 300x250 2


July 23, 2013

Royal baby was delivered...(?)

Will & Kate
 

The Duchess of Cambridge has given birth to a baby boy, Kensington Palace has announced.

The baby was delivered at 16:24 BST at St Mary's Hospital in Paddington, west London, weighing 8lb 6oz.

The Duke of Cambridge said in a statement the couple "could not be happier". He and the duchess will remain in the hospital overnight.

The news has been displayed on an easel in the forecourt of Buckingham Palace in line with tradition.

A bulletin - signed by the Queen's gynaecologist Marcus Setchell, who led the medical team that delivered the baby - was taken by a royal aide from St Mary's to the palace under police escort.

The document said: "Her Royal Highness, the Duchess of Cambridge was safely delivered of a son at 4.24pm today.

 "Her Royal Highness and her child are both doing well."



July 22, 2013

Malaysia 1-4 Chelsea

Malaysia 1-4 Chelsea


Chelsea’s pre-season preparations continued with another victory as they ran out comfortable winners over a Malaysia XI.

The Blues handed goalkeeper Mark Schwarzer a debut with trialist Bertrand Traore also starting alongside new signings Marco van Ginkel and Kevin de Bruyne.

Jose Mourinho’s men dominated the match from the kick-off and took just six minutes to open the scoring in Kuala Lumpur.

De Bruyne burst down the right saw before cutting the ball back for Traore who fired back across goal for the opener.

Belgium international De Bruyne then opened his account for the Blues with a fine strike to double the visitors' lead.

A long ball was flicked on by Lukaku for his countryman to smash home on the volley. Unfortunately for the midfielder, he injured his ankle in the process and played no further part in the game.

The chances continued to come for the Blues, with Traore and Lukaku both looking impressive before the duo combined smartly to add a third right on half-time.

 

Traore was the creator this time, slipping a neat ball through to Lukaku, who beat the offside trap and took a touch before sliding around goalkeeper Farizal.

The second half saw nine changes for the Blues with only Eden Hazard and Van Ginkel remaining from the starting line-up.

Hazard almost added a fourth just before the hour mark. Victor Moses set up the Belgian with a superb cross but he could only head wide from near the penalty spot.

Perhaps unsurprisingly the pace dropped in the second half, as the humidity took its toll and the Blues made further changes, sending on Lucas Piazon and Josh McEachran.

Malaysia, meanwhile, threatened only on occasion, helped in the second half by a couple of fumbles by Petr Cech, which, fortunately for the Blues, went unpunished.

Demba Ba was the next to go close - a jinking run down the left saw the striker work a shooting opportunity but he could only fire straight at the goalkeeper at his near post.

As the game started to peter out there was still time for more goals, with Moses adding a fourth with just minutes left to play.

The winger made a strong run down the left, before checking back and firing past goalkeeper Farizal, who got a hand to the ball but could not keep it out.

However, Malaysia finally gave their supporters something to cheer about in stoppage time. A free kick fired into the penalty area was not clearly fully by Cech, allowing Shas to head in a consolation from close range.

The hosts almost grabbed a second with the last attack of the game, denied only by a brilliant clearance from Ashley Cole from his own goalline after Cech was beaten.

The win makes it two on the trot for Mourinho, with the Blues next in action on Friday in Jakarta as they take on an Indonesia All Star XI.


Nik Aziz dihalang Solat...(?)

Nik aziz dihalang Solat...(?)

Pengerusi NGO Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (KERABAT) Mejar (B) Yusoff Ali mempersoalkan tindakan pengurusan kem tentera Gong Kedak di Besut yang menurutnya menghalang mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menunaikan solat di masjid kem tersebut.

Laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan Yusoff menyebut, pengurusan kem pada awalnya membenarkan bekas menteri besar Kelantan itu diundang untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut pada malam tadi.

Namun pengurusan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bertukar fikiran di saat akhir, kata Yusoff yang menambah, tindakan itu mungkin dibuat atas arahan pihak atasan.

Katanya, perkata itu tidak sepatutnya dibuat kerana pemimpin Umno sebelum ini juga bebas mengunjungi masjid tersebut.

"Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa," katanya seperti dipetik Harakahdaily .

Menurut laporan itu lagi, Masjid di kem Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari sejak penamaan calon pada Jumaat lepas.

Sedangkan, masjid berkenaan sebelum ini tidak pernah membuat majlis berbuka puasa secara besar-besaran setiap hari, yang terbuka kepada penduduk tempatan, lapor lidah parti PAS itu lagi.


Lazada 300x250 2

July 19, 2013

Ashraf mengaku nikah di Thailand...(?)


Pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim mengaku sudah bernikah kali kedua dengan wanita yang digosipkan dengannya iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand, Ahad lalu. kepada Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.
 
Dipetik dari mStar, berikutan pengakuan yang dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini, Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membenarkan pelakon berusia 32 tahun itu menarik balik permohonannya untuk berpoligami sebelum ini. 

Sebelum ini Ashraf telah menafikan hubungannya dengan wanita tersebut selepas khabar angin tentang hubungan mereka hangat diperkatakan. 

Terdahulu Ashraf telah berkahwin dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, pada 30 Ogos 2011 tetapi mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. 
 
Sementara itu, mahkamah turut mengarahkan Ashraf untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada Noor Dayana.


July 18, 2013

Apa juadah berbuka puasa hari ini...(?)

 

KAMBING GOLEK

Bukan senang nak jumpa kedai yang memanggang kambing golek di hadapan gerainya. Rasanya ini hanya boleh dilihat apabila ada kenduri tertentu atau pun di hotel.
 

SOTONG BAKAR

 Dijual di bazaar Ramadan Bandar Sri Permaisuri, sotong ini dibakar kering dan diletakkan sos dan kacang di atasnya. Nikmati kelazatannya! Nyum

GULAI LEMAK TEMPOYAK
Ianya bukanlah makanan yang pelik dan semestinya ia boleh dimasak di rumah. Namun apabila ia dijual di bazaar Ramadan Jalan Chow Kit, pasti ramai yang mahukannya!



BURUNG PUYUH GORENG
Ketepikan ayam goreng, ikan goreng dan sebagainya. Burung puyuh segar yang digoreng garing sememangnya sedap dimakan bersama nasi putih panas ketika berbuka puasa.


ITIK PANGGANG
Itik panggang yang dijual dengan harga RM38 seekor ini jarang sekali ditemui di bazaar Ramadan sekitar Kuala Lumpur. Dapatkannya di Bandar Sri Permaisuri!



SOMTAM
Makanan yang berasal dari Thailand ini adalah campuran betik bersama kacang panjang dan udang kering ini enak dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng. Selalunya dijual di kedai-kedai tertentu sahaja tetapi kini ianya boleh didapati di bazaar Ramadan.

STEW KAMBING BIRI-BIRI
 Jika berjalan sahaja ke bazaar dan melihat kedai ini pasti anda akan berhenti seketika kerana bau rempahnya yang begitu menyelerakan! Keunikan gerai di sini adalah mereka menjual stew kambing biri-biri yang jarang sekali boleh didapati di bazaar Ramadan lain.

AIR DURIAN
Buah durian dan pulut durian adalah biasa. Bagaimana pula jika dibuat air? Pasti jadi tarikan buat penggemar durian! Dapatkannya di bazaar Ramadan Jalan Chow Kit.

GULAI ITIK
Jika tadi itik panggang, kini gulai itik pula. Dimasak dalam periuk besar, aroma rempah-ratus yang digunakan pasti membuat orang ramai terliur apabila membaunya ketika lalu-lalang. Makan bersama nasi putih panas, pasti kenyang sampai sahur!



~Selamat Berbuka ~
 

 

July 17, 2013

Cina hina agama Islam dibogelkan...(?)

hina islam 2
remaja cina hina agama Islam dibogelkan 






Penjaga cybercafe, Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, oleh lapan lelaki dipercayai berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard.

Sumber yang diterima TerengganuToday memberitahu, semasa kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar pukul tiga pagi.

Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan diapa-apakan.
Barang berharga milik lelaki itu seperti beg duit, telefon bimbit dan rantai emas dikembalikan kepada teman wanita mangsa semasa mangsa dilarikan.

kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melarikan mangsa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel. Seluar, baju dan pakaian dalam dilarikan Toyota Alphard terbabit.
   
Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan remaja Cina itu yang mengaku “MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER”.

Mangsa juga mengaku telah mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Islam yang menjadi sasaran parti DAP untuk cetuskan ketegangan kaum dan agama.

Menurut sumber itu lagi, sehingga kini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa. -TT



July 15, 2013

Alvin dan Vivian berbuka dengan daging babi...(?)

SEKALI lagi, sebagai umat Islam, kita seolah-olah dipaksa untuk menyaksikan keberanian luar biasa pihak tertentu menghina kesucian Islam.

Hakikatnya, ini bukanlah kali pertama kita terpaksa melihat bagaimana wujudnya satu keberanian oleh individu-individu tertentu bukan sahaja menghina agama Islam tetapi juga orang Melayu.

Anehnya, jika orang Melayu dilihat bertindak menyinggung perasaan bukan Islam, maka terpekik terlolong pelbagai pihak menggesa tindakan diambil. Tetapi apabila ia berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam, kes-kes yang dilaporkan seolah-olah didiamkan begitu sahaja.

Akibat kelemahan inilah ia memungkinkan wujudnya individu-individu biadab seperti Alvin dan Vivian atau sebelum ini Namewee yang pernah mempersendakan azan subuh. Mereka seolah-olah tidak takut dengan kemarahan umat Islam, sebaliknya mereka berasa bangga kerana boleh mengutuk dan menghina agama Islam.

Mustahil, mereka tidak memahami isu halal haram dalam kalangan masyarakat Islam.

pasangan blogger lucah alvin vivian
Alvin dan Vivian berbuka dengan daging babi...(?)


''Terus-terang saya katakan, sekiranya undang-undang membolehkan saya memijak kepala Alvin dan Vivian, tentu sudah pecah kepala saya kerjakan. Pada saya, mereka boleh bertelanjang dan mengadakan pertunjukan seks di depan pintu masuk Universal Studio atau di patung kepala singa di Singapura"
-blog MyKMU.net

Jika itu terjadi, tiada apa yang boleh dilakukan sebaliknya bersedialah menyaksikan akibat buruk berikutan kelemahan agensi tertentu melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kerana umat Islam tidak akan selama-lamanya mendiamkan diri jika agama suci kita terus dipersendakan. Oleh itu bertindaklah sebelum terlambat!

Dalam menghadapi isu-isu ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil mereka yang terlibat. Mereka mungkin diberi amaran atau teguran. Mereka yang melakukan ketelanjuran itu sama ada sengaja atau tidak sengaja akan memohon maaf. Tidak lebih daripada itu. 

Selepas itu apa pula yang akan berlaku? Adakah episod seperti ini akan berulang pada Ramadan akan datang? Jika berulang, sekali lagi, mereka akan dikecam, kemudian dipanggil pihak berkuasa dan akhirnya muncul ‘kami memohon maaf’...


.

July 11, 2013

Apa cer Zahid Hamidi...(?)

Seorang ahli perniagaan mengambil tindakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporannya.

Amir Bazli Abdullah berbuat demikian berikutan mendakwa polis mengabai laporannya mengenai kejadian Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, pada 16 Januari 2006.

Beliau juga mendakwa Ahmad Zahid yang ketika itu Timbalan Menteri Penerangan, mengugut membunuhnya selepas ditahan secara tidak sah di rumah Ahmad Zahid di Country Heights.

Dalam kenyataan tuntutannya, Amir Bazli menuntut kos ganti rugi khas, umum dan teruk, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, semalam, beliau berkata, laporan polis sudah dibuat di balai Dang Wangi pada hari sama tetapi dipindah ke balai Kajang.

“Seorang polis berpangkat cif inspektor merakam kenyataan saya selama tiga hari,” katanya.

Beliau berkata, tiga pegawai polis bertemunya yang dirawat di sebuah hospital di Kelantan dan ada mengambil laporan perubatannya.

“Tiga empat bulan kemudian, cif inspektor itu memberitahu kes itu  diklasifikasi sebagai ‘tiada tindakan selanjutnya’. Saya persoalkan kerana dia berjanji akan siasat dengan adil.

“Pegawai itu memohon maaf dan berkata 'tangannya terikat' kerana ia arahan dari atas.”
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi


Amir kemudian cuba bertemu Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman untuk mendapatkan penjelasan tetapi mendakwa Musa enggan berjumpa.

“Saya sebaliknya disuruh berjumpa dengan Setiausaha KPN tetapi dia juga tidak mahu bertemu saya,” katanya.

Selepas dinasihati pegawai polis lain, Amir membuat aduan bertulis dan mengirimnya secara peribadi ke pejabat KPN tetapi tidak menerima sebarang jawapan selain pengesahan penerimaan surat itu.

Musa pula ketika mengulas hal ini memberitahu The Malaysian Insider dalam teks pesanan ringkas:“Saya tidak ingat dia pernah hubungi saya. Untuk berlaku adil, anda perlu bertanya kepada OCPD kawasan di mana laporan polis dibuat dan tanya kepadanya apa terjadi kepada laporan dan siasatan.”

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafi pertuduhan berkenaan, sebaliknya mendakwa Amir menipu jalan ceritanya dan beliau pula membuat tuntutan balas dengan mendakwa Amir memalukannya dan mengalami trauma dari segi emosi akibat pertuduhan ahli perniagaan itu.

Kes saman Amir akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan depan. – 11 Julai, 2013.



July 10, 2013

Tragedi Mesir; Pelajar Malaysia di serang...(?)



Subuh berdarah

Kementerian Luar mengesahkan rakyat Malaysia di Mesir selamat meskipun terdapat insiden serangan dan rompakan terhadap tiga pelajar negara ini di Kaherah, Ahad lepas.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, insiden itu merupakan kes terpencil yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan demonstrasi dan kekacauan yang sedang berlaku di negara berkenaan.


Kenyataan itu menyebut pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sudah menyalurkan bantuan sewajarnya kepada pelajar terlibat serta menasihati mereka agar tidak mendekati kawasan konflik atau menyertai aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan politik semasa di Mesir.


"Rakyat Malaysia turut diingatkan agar mematuhi garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kedutaan Besar Malaysia serta pihak berkuasa tempatan dan pelajar yang telah menamatkan peperiksaaan akhir mereka, digalakkan untuk segera pulang ke negara ini.


"Wisma Putra akan terus memantau perkembangan terkini secara dekat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin," katanya.


Krisis politik di negara Arab itu bertambah buruk apabila tentera mengguling Presiden Mohammed Morsi dengan kekacauan terbaharu yang menyaksikan sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh.



-- BERNAMA

 

July 09, 2013

~Selamat Berpuasa~


~Selamat Berpuasa~


Tiada hari seindah Jumaat, tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah solat, tiada bulan seindah Ramadhan. 

Salam Ramadhan al mubarak dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat 1Malaysia...






 

July 08, 2013

Atlet SUKMA dirogol ...(?)

Polis akan menjalankan siasata terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius
perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan
jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci
mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.

Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan
itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan.


Add caption

 

July 03, 2013

Diana Danielle bersalin...(?)



Perkhabaran gembira buat pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle yang sudah selamat menimang cahayamata lelaki menggunakan kaedah dalam air (water birth) di Sydney, Australia pada petang Selasa. Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu dilaporkan telah selamat melahirkan puteranya dengan berat 4.4kg pada jam 4.17 petang.

Farid yang merupakan seorang pengarah dan pelakon, di laman Instagramnya telah mengumumkan berita baik itu dengan berkata, “'I’m a Papito now...Alhamdulillah.. :) Thank you to my wife for the excellent ' hoohoohaah' job". Beliau telah berangkat untuk bersama dengan isteri tercinta empat hari lalu.

Ketika dihubungi pengarah urusan Metrowealth International Group David Teo berkata yang Farid ada menelefonnya selepas Diana selamat bersalin.

“Perbualan kami amat singkat kerana talian terputus. Farid memberitahu berita gembira ini (melalui kiriman SMS) untuk mengesahkan yang isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat,” kata Teo.

Beliau turut berkata yang Diana hanya ditemani suaminya ketika bersalin. Ahli keluarga kedua-dua pihak dikhabarkan belum sempat lagi berkunjung ke sana untuk menyambut kelahiran putera sulung pasangan pelakon tersebut. 





Anak Farid Kamil


 

July 02, 2013

Benjy tumbuk jurugambar...(?)

Benjy bertindak angresif tumbuk jurugambar
Pelakon Benjy


Pelakon Benjy yang ditahan kerana kerana penyalahgunaan dadah telah bertindak agresif apabila dia menumbuk salah seorang jurugambar akhbar yang sedang menjalankan tugas.
 
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryl Benjamin yang didapati positif dadah jenis syabu itu menundukkan muka dan menutup wajah untuk mengelakkan gambarnya dirakam. 

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan aktor berusia 35 tahun yang juga merupakan anak kepada seniwati Azean Irdawaty telah mengasari dan menumbuk kepada jurugambar yang merakam wajahnya serta menepis beberapa kamera jurugambar lain sewaktu dia dan lima lagi rakannya dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman. 


Pagi Rabu lalu Benjy telah ditahan selepas polis membuat serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa kira-kira jam 11.30 pagi. Hasil serbuan, polis berjaya menemui dadah seberat 4.7 gram yang disorok di salah sebuah bilik di kondominium tersebut. 


Antara lain yang turut ditahan adalah lima rakan artis itu termasuk bekas pembantu peribadi Benjy dan dua wanita berusia antara 27 hingga 38 tahun pagi kelmarin.