SEKALI lagi, sebagai umat Islam, kita seolah-olah dipaksa untuk
menyaksikan keberanian luar biasa pihak tertentu menghina kesucian
Islam.
Hakikatnya, ini bukanlah kali pertama kita terpaksa melihat bagaimana
wujudnya satu keberanian oleh individu-individu tertentu bukan sahaja
menghina agama Islam tetapi juga orang Melayu.
Anehnya, jika orang Melayu dilihat bertindak menyinggung perasaan
bukan Islam, maka terpekik terlolong pelbagai pihak menggesa tindakan
diambil. Tetapi apabila ia berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam,
kes-kes yang dilaporkan seolah-olah didiamkan begitu sahaja.
Akibat kelemahan inilah ia memungkinkan wujudnya individu-individu
biadab seperti Alvin dan Vivian atau sebelum ini Namewee yang pernah
mempersendakan azan subuh. Mereka seolah-olah tidak takut dengan
kemarahan umat Islam, sebaliknya mereka berasa bangga kerana boleh
mengutuk dan menghina agama Islam.
Mustahil, mereka tidak memahami isu halal haram dalam kalangan masyarakat Islam.
|
Alvin dan Vivian berbuka dengan daging babi...(?) |
''Terus-terang saya katakan, sekiranya undang-undang membolehkan saya
memijak kepala Alvin dan Vivian, tentu sudah pecah kepala saya kerjakan.
Pada saya, mereka boleh bertelanjang dan mengadakan pertunjukan seks di
depan pintu masuk Universal Studio atau di patung kepala singa di
Singapura"
-blog MyKMU.net
Jika itu terjadi, tiada apa yang boleh dilakukan sebaliknya bersedialah
menyaksikan akibat buruk berikutan kelemahan agensi tertentu
melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kerana umat Islam
tidak akan selama-lamanya mendiamkan diri jika agama suci kita terus
dipersendakan. Oleh itu bertindaklah sebelum terlambat!
Dalam menghadapi isu-isu ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil
mereka yang terlibat. Mereka mungkin diberi amaran atau teguran. Mereka
yang melakukan ketelanjuran itu sama ada sengaja atau tidak sengaja akan
memohon maaf. Tidak lebih daripada itu.
Selepas itu apa pula yang akan
berlaku? Adakah episod seperti ini akan berulang pada Ramadan akan
datang? Jika berulang, sekali lagi, mereka akan dikecam, kemudian
dipanggil pihak berkuasa dan akhirnya muncul kami memohon maaf...
.
No comments:
Post a Comment