Pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim
mengaku sudah bernikah kali kedua dengan wanita yang digosipkan
dengannya iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand, Ahad lalu.
kepada Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.
Dipetik dari mStar, berikutan pengakuan yang dibuat di Mahkamah
Tinggi Syariah hari ini, Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab
membenarkan pelakon berusia 32 tahun itu menarik balik permohonannya
untuk berpoligami sebelum ini.
Sebelum ini Ashraf telah menafikan hubungannya dengan wanita tersebut
selepas khabar angin tentang hubungan mereka hangat diperkatakan.
Terdahulu Ashraf telah berkahwin dengan isteri pertamanya, Noor Dayana
Lokman, 26, pada 30 Ogos 2011 tetapi mereka masih belum dikurniakan
cahaya mata.
Sementara itu, mahkamah turut mengarahkan Ashraf untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada Noor Dayana.
No comments:
Post a Comment