Nik aziz dihalang Solat...(?) |
Pengerusi NGO Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera
(KERABAT) Mejar (B) Yusoff Ali mempersoalkan tindakan pengurusan kem
tentera Gong Kedak di Besut yang menurutnya menghalang mursyidul am PAS
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menunaikan solat di masjid kem
tersebut.
Laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan Yusoff menyebut,
pengurusan kem pada awalnya membenarkan bekas menteri besar Kelantan itu
diundang untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut pada malam
tadi.
Namun pengurusan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu
bertukar fikiran di saat akhir, kata Yusoff yang menambah, tindakan itu
mungkin dibuat atas arahan pihak atasan.
Katanya, perkata itu tidak sepatutnya dibuat kerana pemimpin Umno sebelum ini juga bebas mengunjungi masjid tersebut.
"Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya
yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan
atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa," katanya seperti dipetik
Harakahdaily .
Menurut laporan itu lagi, Masjid di kem Tentera Udara Diraja Malaysia
itu mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari sejak penamaan calon
pada Jumaat lepas.
Sedangkan, masjid berkenaan sebelum ini tidak pernah membuat majlis
berbuka puasa secara besar-besaran setiap hari, yang terbuka kepada
penduduk tempatan, lapor lidah parti PAS itu lagi.
No comments:
Post a Comment