Babi bodoh di hospital...(?) |
“Temu janji saya untuk mendapatkan rawatan lambat lagi, tetapi anak saya
nampak muka saya sudah lain dan perlu segera ke hospital. Tetapi bila
pergi hospital, kena maki pula dengan doktor yang kata saya ini babi dan
bodoh,” kata Hamid Salleh, 66.
Hamid adalah antara enam pesakit dari pekan ini yang mendakwa menerima layanan kasar dan tidak memuaskan, termasuk dicemuh dengan kata-kata kesat oleh doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas, baru-baru ini.

Hamid mendakwa, ketika dia ingin mendapatkan rawatan di wad kecemasan
hospital berkenaan, seorang doktor mengeluarkan kata kesat iaitu ‘babi
dan bodoh’ terhadapnya disebabkan tidak mengikut jadual rawatan yang
betul.
“Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, dia (doktor itu) tidak patut berkata begitu. Apatah lagi, saya ini orang tua yang dia kena hormat. Jadi, saya minta perkara ini disiasat kerana ia bukan perkara remeh. Ia membabitkan maruah dan kerjaya yang dianggap mulia oleh masyarakat,” katanya pada sidang media di Penang Golf Resort, di sini, semalam.

Selain Hamid, tiga lagi pesakit lain yang hadir semalam ialah Mariani Mansor, 22, Shahidah Saad, 27 dan Nor Zawani Zakaria, 28.
No comments:
Post a Comment