July 08, 2013

Atlet SUKMA dirogol ...(?)

Polis akan menjalankan siasata terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius
perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan
jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci
mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.

Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan
itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan.


Add caption

 

No comments: