July 03, 2013

Diana Danielle bersalin...(?)



Perkhabaran gembira buat pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle yang sudah selamat menimang cahayamata lelaki menggunakan kaedah dalam air (water birth) di Sydney, Australia pada petang Selasa. Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu dilaporkan telah selamat melahirkan puteranya dengan berat 4.4kg pada jam 4.17 petang.

Farid yang merupakan seorang pengarah dan pelakon, di laman Instagramnya telah mengumumkan berita baik itu dengan berkata, “'I’m a Papito now...Alhamdulillah.. :) Thank you to my wife for the excellent ' hoohoohaah' job". Beliau telah berangkat untuk bersama dengan isteri tercinta empat hari lalu.

Ketika dihubungi pengarah urusan Metrowealth International Group David Teo berkata yang Farid ada menelefonnya selepas Diana selamat bersalin.

“Perbualan kami amat singkat kerana talian terputus. Farid memberitahu berita gembira ini (melalui kiriman SMS) untuk mengesahkan yang isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat,” kata Teo.

Beliau turut berkata yang Diana hanya ditemani suaminya ketika bersalin. Ahli keluarga kedua-dua pihak dikhabarkan belum sempat lagi berkunjung ke sana untuk menyambut kelahiran putera sulung pasangan pelakon tersebut. 





Anak Farid Kamil


 

No comments: