KAMBING GOLEK
Bukan senang nak jumpa kedai yang memanggang kambing golek di hadapan
gerainya. Rasanya ini hanya boleh dilihat apabila ada kenduri tertentu
atau pun di hotel.
SOTONG BAKAR
Dijual di bazaar Ramadan Bandar Sri Permaisuri, sotong ini dibakar
kering dan diletakkan sos dan kacang di atasnya. Nikmati kelazatannya!
Nyum
GULAI LEMAK TEMPOYAK
Ianya bukanlah makanan yang pelik dan semestinya ia boleh dimasak di
rumah. Namun apabila ia dijual di bazaar Ramadan Jalan Chow Kit, pasti
ramai yang mahukannya!
BURUNG PUYUH GORENG
Ketepikan ayam goreng, ikan goreng dan sebagainya. Burung puyuh segar
yang digoreng garing sememangnya sedap dimakan bersama nasi putih panas
ketika berbuka puasa.
ITIK PANGGANG
Itik panggang yang dijual dengan harga RM38 seekor ini jarang sekali
ditemui di bazaar Ramadan sekitar Kuala Lumpur. Dapatkannya di Bandar
Sri Permaisuri!
SOMTAM
Makanan yang berasal dari Thailand ini adalah campuran betik bersama
kacang panjang dan udang kering ini enak dimakan bersama nasi putih atau
nasi goreng. Selalunya dijual di kedai-kedai tertentu sahaja tetapi
kini ianya boleh didapati di bazaar Ramadan.
STEW KAMBING BIRI-BIRI
Jika berjalan sahaja ke bazaar dan melihat kedai ini pasti anda akan
berhenti seketika kerana bau rempahnya yang begitu menyelerakan!
Keunikan gerai di sini adalah mereka menjual stew kambing biri-biri yang
jarang sekali boleh didapati di bazaar Ramadan lain.
AIR DURIAN
Buah durian dan pulut durian adalah biasa. Bagaimana pula jika dibuat
air? Pasti jadi tarikan buat penggemar durian! Dapatkannya di bazaar
Ramadan Jalan Chow Kit.
GULAI ITIK
Jika tadi itik panggang, kini gulai itik pula. Dimasak dalam periuk
besar, aroma rempah-ratus yang digunakan pasti membuat orang ramai
terliur apabila membaunya ketika lalu-lalang. Makan bersama nasi putih
panas, pasti kenyang sampai sahur!
~Selamat Berbuka ~
2 comments:
suka sangat dgn itik ye? rare ni hehehe
jom try....
Post a Comment