Sazzy nafi...(?) |
Gara-gara berkongsi sebuah rencana yang ditulis oleh
seorang penulis blog di laman sosial Facebook miliknya mengundang padah
apabila pengacara dan pelakon jelita Sazzy Falak dihentam teruk oleh
pengguna Facebook lain.
Menurut laporan Malaysian Digest, Sazzy telah dikritik kerana
dikatakan tidak memahami konteks perilaku yang terjadi di negara yang
berbilang kaum dan masyarakat serta dilihat seakan-akan menyebelahi
pasangan blog seks, Alvin Tan dan Vivian Lee.
Alvin dan Vivian yang turut dikenali sebagai Alvivi telah menimbulkan
kemarahan orang ramai apabila mereka memuat naik sekeping gambar
berbuka puasa dengan Bak Kut The (makanan berasaskan sup herba dan
khinzir).
Sebelum ini Alvivi turut menjadi perhatian ramai apabila menyiarkan gambar dan video aksi seks mereka di blog.
Walaubagaimanapun pengacara berusia 32 tahun ini menafikan dirinya telah berkongsi rencana tersebut di laman Facebook.
"Saya tak tulis apa-apa di Facebook saya. Saya tak share apa-apa pun. Saya memang jarang buka Facebook, selalunya ia dikemaskinikan oleh admin saya. Saya rasa ada orang yang terkongsi dan menggunakan akaun saya.
"Sejujurnya saya tidak tahu sangat mengenai isu pasangan tersebut.
Saya hanya tahu tentang pasangan tersebut. Saya hanya tahu tentang
pasangan itu pun melalui berita tapi saya tak ambil tahu cerita sebenar
mengenai kontroversi.
"Nampak macam memang saya yang tulis tapi sumpah itu bukan saya.
Apapun saya mohon maaf kalau 'saya' telah menimbulkan kemarahan ramai.
Kalau saya nafikan pun, nanti orang tentu akan cakap yang nampak sangat
macam 'saya' bersalah. Jadi adalah lebih baik saya minta maaf kepada
mana-mana yang terasa dengan hal ini," ujarnya.
Tambah Sazzy lagi, dia tidak menyokong kepada pasangan itu, tambahan dia tidak tahu cerita sebenar.
"Apa yang penting, jujur itu bukan saya. Pendirian saya yang sebenar
tentunya saya tidak berpihak kepada pasangan itu. Tambahan pula saya
tidak tahu cerita sebenar. Sebagai rakyat yang tinggal di negara
berbilang kaum, kita mestilah jaga sensitiviti budaya dan agama bangsa
lain.
"Saya juga tak rasa ada pihak yang cuba nak burukkan nama saya. Saya
minta maaf kalau 'saya' menimbulkan kemarahan ramai. Biarlah orang nak
benci saya pun. Saya tak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Sebab saya
ada banyak hal lagi nak buat dan uruskan."
Pada masa sama, Sazzy berkata dia akan meminta penjelasan sebenar daripada admin yang menguruskan laman Facebook miliknya.
No comments:
Post a Comment