July 10, 2013

Tragedi Mesir; Pelajar Malaysia di serang...(?)



Subuh berdarah

Kementerian Luar mengesahkan rakyat Malaysia di Mesir selamat meskipun terdapat insiden serangan dan rompakan terhadap tiga pelajar negara ini di Kaherah, Ahad lepas.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, insiden itu merupakan kes terpencil yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan demonstrasi dan kekacauan yang sedang berlaku di negara berkenaan.


Kenyataan itu menyebut pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sudah menyalurkan bantuan sewajarnya kepada pelajar terlibat serta menasihati mereka agar tidak mendekati kawasan konflik atau menyertai aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan politik semasa di Mesir.


"Rakyat Malaysia turut diingatkan agar mematuhi garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kedutaan Besar Malaysia serta pihak berkuasa tempatan dan pelajar yang telah menamatkan peperiksaaan akhir mereka, digalakkan untuk segera pulang ke negara ini.


"Wisma Putra akan terus memantau perkembangan terkini secara dekat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin," katanya.


Krisis politik di negara Arab itu bertambah buruk apabila tentera mengguling Presiden Mohammed Morsi dengan kekacauan terbaharu yang menyaksikan sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh.



-- BERNAMA

 

No comments: